Friday, January 23, 2009

Kitab Sahih Shalat Nabi VS Sifat Solat Nabi?

Salam Kitab Shahih Shifat Shalat an- Nabi karya Hassan bin Ali As-Saqqaf dan sifat Solat Nabi saw yang mana betul.

Apabila kita membaca kedua-dua kitab ini seolah-olah kitab karangan Hasan As Saqqaf lah yang paling sahih atau benar cara Muhammad saw bersolat.Apatah lagi jika dilihat tajuknya. Sebaliknya kitab Sifat Solat Nabi karya Al Albani ada beberapa kesalahan. Saya telah membaca dan memahami kitab Sifat Solat Nabi karangan Al Albani yang mememuatkan dalil-dalil hadits Nabi saw bagi menguatkan hujah beliau.

Kini saya membaca sebuah kitab yang mendakwa kitab PALING SAHIH, PALING BENAR cara Nabi bersalat. Saya membaca baris demi baris, bab demi bab terutama bab-bab yang bercanggah dengan kitab Al Albani. Saya ingin pastikan siapakah yang paling benar hujah berdasar Quran dan Hadits.

Bab-bab yang yang bercanggahan seperti:-

• Niat -galakkan lafaz,qias ibadat haji
• Tempat Letak Tangan Atas Dada
• Sunat Perempuan merapat kedua-dua tangan
• Menggerak atau tidak menggerak jari telunjuk.
• Qunut dalam Solat Subuh
• Sunat Menjahar Zikir secara berjamaah
• Lafaz Salawat ada “ Saiyidina” paling sahih
• Hadis “ Aku Tinggalkan Pada Kamu dua Pusaka –Kitab Allah dan Ahlul Baits.

Bab-bab yang diatas hampir sama sahaja dengan kitab-kitab perukunan sembahyang yang orang Melayu dan kitab cara solat yang lain. Bab-bab ini membela dan menyokong amalan beragama di Nusantara. Tidak hairanlah kitab karya Hassan Bin As Saqqaf telah menjadi rujukan untuk membetulkan amalan golongan yang beramal berpandu kitab Sifat Solat Nabi karya Al Al Baani.

Minta penjelasan lanjut mengenai kitab tersebut.
Wassalam

***************
thtl
Maqam 7

Wassalam

al-Jawab:

Anda hendaklah mengutamakan kitab Sifat Solat Nabi al-Albani ke atas Sahih Sifat Solat Nabi karya Hasan Saqqaf. Ini kerana Syaikh Hasan Saqqaf menulis bukunya itu untuk membantah (radd) kitab al-Albani sedangkan alSaqqaf (Ulama' Jordania) ini terkenal memusuhi al-Albani dan manhaj salafiyah. Syaikh Saqqaf juga tertuduh menganut aliran syi'ah dan terbukti pada penghujung kitab Sahih Sifat Solat Nabi dia menonjolkan kesyi'ahannya. Sekian

5 comments:

Umar Mukhtar Bin Mohd Noor said...

salam. syeikh, awat pendek gitu ja penilaian tuan. tolong berikan laman ke atau perbahasan terhadap Bukuk Sahih Sifat Soalt Nabi. Sebab apabila kita baca buku itu nyata beri kesan yg kuat bg diri. Dua2 kitab ada dalam rumah saya.

Anonymous said...

Tidak ada qiyas pada ibadah.
Jika melafazkan niat pada sholat qiyas dari ibadat haji maka sholat sambil berjalan pun boleh seperti ibadat haji.

anuar said...

ni dh khatam ke ilmu usul fiqh.? taarud tarjih?.. jgn memandai je bt keputusan.. buruk padahnya.. perbahasan qias (analogy) telah di perdetailkan oleh ulama.. baca semua kitab n perbahasan..

Anonymous said...

kalau ingin menghujat orang harus memperlihatkan bukti dalil dan dasar-dasarnya
jawaban di atas tidak ilmiyah, cuma mencerca satu vigur dari sisi pribadinya, seperti perkataan "ia sudah sejak dulu memusuhi albani", ini adalah sisi pribadi, yang harus dileteliti adalah benarkan apa yang diakatakannya
untuk itu,silahkan setiap orang membanding-bandingankan kitab yang dituduhkan kontradiksi tersebut
jika benar ternyata albani kontradiktif, kadang ia berkata ini shahih kadang ia katakan dhaif,jika setelah kita baca bukunya, memang ia demikian,kita harus menerimanya...dan orang yang tidak punya pendirian tidak bisa dijadikan rujukan hadits.
tapi sayang banyak orang yang taassub (fanatik), bagi mereka albani adalah segalanya, tidak mungkin salah...

atexin said...

kalau tak suka albani pun jangan lah sampai menyokong as saqaf, as saqaf ni memang bermasalah dgn aqidah beliau. dah ramai ulama yang komen tentang as saqaf. buku beliau berjudul wahabiyah salafiyah menghukum mujasimah ulama2 kita antaranya abdullah bin ahmad bin hambal, ibn khuzaimah, ibn abi daud, ibn khudamah almaqdisi

Post a Comment