Monday, January 19, 2009

Kesalahan Solat Yang Lalu

assalamualaikum

saya bknlah dr golongan org yg x solat tapi hari ni br saya tau saya dh lakukn kesilpn besar dlm hidup sehingga menjlng umur yg ke 23 esok....saya ckp yakin bl solat tp rupanya hari ini lbh kurang 13 thn solt rupanya solat saya x sah sbb tingglkn perkara wajib dlm solat iaitu al fatihah dlm rakaat ke 3 dn ke 4...itupun stelh terbaca dlm al ahkm ni....adakhn saya perlu ganti solat yg spnhjg 13 thn itu ..saya terlalu takut skrang ini dn terasa dosa ini akn mmbawa saya ke neraka..nauzubillah..tolongla saya,apa yg perlu saya buat

**************
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab kemuskilan sdr bertatih dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Membaca al-fatihah didalam solat merupakan rukun solat. Solat tidak akan sempurna tanpa membaca surah al-fatihah. Nabi saw bersabda :-

لا صَلاة لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ
"Tidak ada solat bagi sesiapa yang tidak membaca al-Fatihah" - [Riwayat al-Bukhaari, al-azaan #714]

Jika seseorang itu terlupa akan membaca al-fatihah, maka hendaklah dia mengulangi Solat tersebut, sebagaimana yang Nabi saw telah mengarahkan seorang lelaki yang tidak sempurna toma'ninahnya didalam solat mengulangi solat tersebut. Sabda baginda :-

ارجع فصل ، فإنك لم تصلِّ
"Kembali bersolat, kerana sesungguhnya kamu belum lagi bersolat" - [Muttafaq 'alaih].

Didalam kes sdr bertatih, 13 tahun merupakan jangkamasa yang lama. Solat yang boleh diqadha'kan ialah apabila kita meninggalkannya (atau rukun2nya) akibat lupa, tertidor dsb, sebagaimana hadith Nabi saw :-

من نسي صلاة أو نام عنها فليصلها إذا ذكرها لا كفارة لها إلا ذلك
"barangsiapa yang terlupa bersolat atau tidor dan tertinggalnya, maka bersolatlah apabila ia ingat, dan tidak ada kafarah baginya melainkan itu" - [Hadith Riwayat Al-Bukhaari #572; Muslim #1564]

Selain dari faktor lupa dan tertidur, terdapat dikalangan ulama' seperti Ibn Taimiyah [Majmu' fataawa Majmoo’ 21/103], Syiekh Abdul Aziz bin Baaz [Majmu' fataawa bin Baaz, 4/157], Ibn Utsaimin [Fataawa al-Syiekh Ibn Utsaimin, 1/322] mengatakan bahawa solat tidak perlu diqadha'.

Didalam kes, meninggalkan al-fatihah akibat jahil mengenai hukumnya dan melakukannya didalam suatu masa yang panjang, disini saya membawa pandangan Syiekh al-Islam ibn Taimiyah mengenai seorang wanita yang merasakan bahawa solat ini hanya wajib bagi wanita tua sahaja. Kata al-Syeikh ibn Taimiyah rh :-

وقد ثبت عندي بالنقل المتواتر أن في النساء والرجال بالبوادي وغير البوادي مَن يبلغ ولا يعلم أن الصلاة عليه واجبة ، بل إذا قيل للمرأة : صلِّي ، تقول : حتى أكبر وأصير عجوزة ! ظانَّة أنه لا يخاطَب بالصلاة إلا المرأة الكبيرة كالعجوز ونحوها ، وفي أتباع الشيوخ ( أي من الصوفية ) طوائف كثيرون لا يعلمون أن الصلاة واجبة عليهم ، فهؤلاء لا يجب عليهم في الصحيح قضاء الصلوات سواء قيل : كانوا كفَّاراً أو كانوا معذورين بالجهل ...
"Telah thabit disisi, dari pandangan yang mutawatir, mengenai wanita dan lelaki yang tinggal dikawasan padang pasir atau mana2 tempat yang telah sampai umur baligh dan tidak tahu bahawa solat itu wajib bagi mereka, dan walaupun telah diperkatakan kepada wanita tersebut 'Kamu hendaklah bersolat' dan dia mengatakan 'Tidak sehingga aku berumur dan menjadi wanita tua', merasakan bahawa arahan solat hanya ditujukan kepada wanita tua, atau pengikut dikalangan kumpulan syeikh (seperti ahli sufi) yang tidak tahu bahawa solat itu wajib bagi mereka, menurut pandangan yang benar, mereka tidak perlu mengqadha' solat yang lepas tidak kiralah samada mereka dikatakan kafir atau mereka adalah orang2 yang diberi perlepasan akibat jahil" - [Majmu' fataawa 21/101-102].

Saudara tidak perlulah mengqadha' solat yang tertinggal rukun selama 13 tahun. Apa yang perlu dilakukan menurut Syiekh Ibn Baaz Majmu' Fatawa bin Baaz, 4/157-158] bahawa :-

a. Bertaubat nasuha, dan memohon pengampunan dari Allah swt.
b. Memperbanyakkan solat2 sunat.
c. Jika mempunya reski yang lebih sedikit, lakukan sedekah.

Nasihat kami :- pelajarilah solat dengan betul, kerana Solat itu asas binaan agama Islam. Carilah seorang guru yang mahir serba-serbi mengenai solat, maka pelajarilah dengannya secara mendalam, sehingga sdr boleh membezakan syarat2 solat, rukun2 solat, wajib solat, sunat2 solat dan perkara yang membatalkan solat. Solat yang terbaik adalah solat sebagaimana Solat Nabi saw. Kami mendo'akan agar sdr diampunkan Allah swt diatas kejahilan sdr dan moga2 sdr dapat mempertingkat ilmu untuk beribadat kepada Allah swt. WA.

Disini, kami paparkan beberapa URL mengenai permasalahan mengqadha' solat :-

SJ - 3231: Qada Salat DiWaktu Megerjakan Haji.
http://al-ahkam.net:2020/forum2/viewtopic.php?t=23888

SJ - 3225: [Susulan] Re: SJ-2187: tiada Qadha' dalam ibadah
http://al-ahkam.net:2020/forum2/viewtopic.php?t=23861

SJ - 2748 : Qoda Sembahyang Subuh -- Qunut
http://al-ahkam.net:2020/forum2/viewtopic.php?t=16149

000015-SJ-SOLAT: Qadhak sembahyang yang sengaja ditinggalkan
http://al-ahkam.net:2020/forum2/viewtopic.php?t=14990

SJ-2187: tiada qada dalam ibadah
http://al-ahkam.net:2020/forum2/viewtopic.php?t=13323

SJ-2196: Qada sembahyang utk Arwah
http://al-ahkam.net:2020/forum2/viewtopic.php?t=9850


wassalam
==============
1. Mohammad bin Abdul Rahman Qasim. Majmu' fatawa Shiekh Al-Islam Ibnu Taimiyah - 22. Mekah : Percetakan Al-Hukumah, 1969.

2. Prof. Dr Abdullah bin Muhammad al-Thayyaar [penyusun]. Majmu' Fataawa Samaahat al-Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baaz - 4. Riyad : Dar al-Watan, [tt].

3. Fatwa Syiekh bin Baaz didalam program Nur 'ala Al-Darb, kaset 110 :

س : السائل : ع . أ . م . ع- قنا- جمهورية مصر العربية يقول : لم أصل إلا بعد ما بلغت الرابعة والعشرين من عمري ، وصرت الآن أصلي مع كل فرض فرضا آخر ، فهل يجوز لي ذلك؟ وهل أداوم على هذا ، أم إن علي حقوقا أخرى؟ أفيدوني أفادكم الله .
ج : الذي يترك الصلاة عمدا ليس عليه قضاء على الصحيح ، وإنما عليه التوبة إلى الله عز وجل؛ لأن الصلاة عمود الإسلام ، وتركها أعظم الجرائم ، بل تركها عمدا كفر أكبر في أصح قولي العلماء؛ لما ثبت عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال : العهد الذي بيننا وبينهم الصلاة فمن تركها فقد كفر أخرجه الإمام أحمد ، وأهل السنن بإسناد صحيح ، عن بريدة رضي الله عنه؛ ولقوله عليه الصلاة والسلام : بين الرجل وبين الشرك والكفر ترك الصلاة أخرجه الإمام مسلم في صحيحه ، عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما ، وفي الباب أحاديث أخرى تدل على ذلك .
فالواجب عليك يا أخي التوبة إلى الله- التوبة الصادقة- وذلك؛ بالندم على ما مضى منك ، والإقلاع من ترك الصلاة ، والعزم الصادق على أن لا تعود إلى ذلك ، وليس عليك أن تقضي- لا مع كل صلاة ولا في غير ذلك- بل عليك التوبة فقط ، والحمد لله ، من تاب تاب الله عليه ، يقول الله سبحانه : وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ويقول النبي صلى الله عليه وسلم : التائب من الذنب كمن لا ذنب له
فعليك أن تصدق في التوبة ، وأن تحاسب نفسك ، وأن تجتهد بالمحافظة على الصلاة في أوقاتها في الجماعة ، وأن تستغفر الله عما جرى منك ، وتكثر من العمل الصالح ، وأبشر بالخير ، يقول الله سبحانه : وَإِنِّي لَغَفَّارٌ لِمَنْ تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا ثُمَّ اهْتَدَى ولما ذكر الشرك والقتل والزنا في سورة الفرقان قال جل وعلا بعد ذلك : وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ يَلْقَ أَثَامًا يُضَاعَفْ لَهُ الْعَذَابُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَيَخْلُدْ فِيهِ مُهَانًا إِلا مَنْ تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ عَمَلًا صَالِحًا فَأُولَئِكَ يُبَدِّلُ اللَّهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
نسأل الله لنا ولك التوفيق ، وصحة التوبة ، والاستقامة على الخير .


Sheikh Hj Kamin - AAN

0 comments:

Post a Comment