Friday, January 23, 2009

Cara Istikharah

Salam
saya ada soalan yang nak ditanya kepada ustaz2 kat sini, harap dgn nas2 quran n hadis hendaknya.
soalannya: boleh tak seseorang tu solat istikarah dan selepas solat dan doa dia ambil kertas yang ada tulis cth: (pergi, tak, pergi, tak, pergi, tak. setiap kertas, dan kalau kertas yang dia ambil tu 2 drpd 3 tertulis pergi maka dia akan pergi). kalau tak sebaliknya?. atau pun ada cara lain yang lebih tepat dgn sunnah. sekian Wassalam .

************************
Abu_Umair
Panel Feqh

- Amalan solat istikharah dan berdoa meminta petunjuk Tuhan di dalam suatu urusan adalah sunat, sebagaimana tersebut dalam hadis yang sahih.

- Tetapi mencampuri ibadah ini dengan perbuatan yang anda nyatakan adalah suatu yang dicela syarak, kerana ia menafikan kesempurnaan tauhid.

- Perbuatan menulis 'ya' dan 'tidak', kemudian berpandukan kepadanya untuk melakukan atau meninggalkan suatu perbuatan adalah sejenis dengan amalan Tathoyyur/ Thiyarah yang dilarang syarak. Iaitu: merasa sial terhadap suatu perkara bepandukan pergerakan atau suara burung, atau haiwan2 lain yang berlaku di hadapannya.

- Ia juga satu bentuk 'Iyafah ????? iaitu satu amalan yg dilakukan oleh Arab Jahiliyyah, sebelum memulakan suatu urusan, mereka meletakkan seekor burung di hadapannya kemudian menghalaunya. Jika ia terbang sebelah kanan, bererti boleh diteruskan urusan itu. Kalau ia terbang ke sebelah kiri, maka hendaklah dihentikan urusan itu.

- Di dalam satu hadis Nabi melarang amalan 'Iyafah ini, iaitu sabdanya: "Iyafah, Thiyarah dan Khat (membuat garisan di tanah) adalah termasuk Jibt (amalan sihir)". Direkod oleh Abu Daud (no: 3909) .

- Perbuatan bergantung kepada tulisan 'Ya' dan 'Tidak' untuk membuat keputusan menafikan kesempurnaan tauhid kerana Qadha' dan Qadar tidak berpandukan kepada kertas tersebut. Tetapi ia adalah berdasar ilmu, dan kehendak Allah Taala.

- Oleh itu, yg sunnah ialah: berijtihad mengkaji adakah urusan anda adalah suatu yg baik atau tidak, bertanya kepada mereka yang berilmu dan berpengalaman, kemudian bersoalt istikharah dan berdoa, dan bertawakkal kepada Allah terhadap apa yang anda putuskan.

Wallahu A'lam.

rujukan:
- Tamhid Syarah Kitab Tauhid 306-308

0 comments:

Post a Comment