Wednesday, December 17, 2008

Kedudukkan Tangan Ketika Qiyam

Salam

Bolehkah panel menerangkan tentang kedudukan tangan ketika berdiri semasa solat (seperti ketika membaca al-fatihah). Adakah letaknya di dada atau pun di pinggang?

Terima kasih

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan menjawab soalan sdr AHelmi dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Didalam Talkhis Sifat Solat Nabi saw, Sheikh Nasyiruddin Al-Albani (no: 36-40) merumuskan:

a. Selepas bertakbir, tangan kanan diletak atas tangan kiri dan tidak membiarkan ia tergantung.
b. Tangan kanan diletakkan diatas pergelanggan tangan kiri.
c. Kedua tangan diletakkan diatas dada.
d. Tidak dibenarkan meletakkan tangan di pinggang

Kesemua ini berdasarkan nas-nas dibawah ini :

((كان يضع اليمني على ظهر كفه اليسرى والرسغ والساعد))، ((وأمر بذلك أصحابه))، و((كان - أحيانا - يقبض باليمني على اليسرى)).
و ((كان يضعهما على الصدر))

"beliau meletakkan tangan kanannya diatas punggung telapak tangan kiri, pergelangan tangannya dan lengannya." - (Riwayat Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Khuzaimah dgn sanad sahih dan disahihkan oleh Ibnu Hibban).

"Dan beliau memerintahkan para sahabat dengan cara ini". - (Riwayat Malik, Al-Bukhari dan Abu Uwanah).

"Kadangkala beliau menggengamkan tangan kanannya, ke tangan kirinya" - (Riwayat Al-Nasa'i dan Al-Daraqutni dengan sanad yang sahih)

Dan diriwayatkan bahawa :
"Beliau meletakkan kedua tangannya diatas DADAnya". - (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah)

-------------
Al-Albani didalam komentar terhadap hadith diatas mengatakan bahawa :

ويضعهما على الصدر هو الذي ثبت في السنة، وخلافة إما ضعيف أو لا أصل له

"Meletakkan kedua-dua tangan diatas dada adalah bertepatan dengan sunnah, sedangkan yang bertentangan dengannya itu adalah da'if atau Tidak ada Sumber/Asalnya".

Sebagai kesimpulannya, Muhammad Sideq Al-Minshawi mengatakan bahawa :"Tidak tsabit dari Nabi saw hadith yang sahih didalam meletakkan tangan ketika solat melainkan meletakkan kedua-duanya diatas dada, dan bagi yang meletakkan diatas perut atau pusat, atau selain darinya Tidaklah ada asal baginya"[3]. Maka pandangan yang paling sahih ketika Qiam (membaca Al-Fatihah dsb) ialah meletakkan kedua-dua tangan diatas dada.

wallahu 'alam

-wassalam-
----------------

Rujukan :

1. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani Talkhis Sifat Solat Nabi saw. url : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=pelbagai&Number=10647&page=0&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1

2. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Sifat Solat Nabi saw. cetakan ke 3. Damsyik : Maktab Al-Ma'aarif, 1996. ms 88

3. Muhammad Sideq Al-Minshawi. Akhtha'u Al-Musholiin. Kaherah : Islamiyyah Inc, 1996. ms 79.

0 comments:

Post a Comment