Wednesday, December 17, 2008

Tayamum Al Maidah Ayat 6

assalamualaikum,
apakah yang dimaksudkan firman Allah SWT "Qashadkan olehmu akan tanah yang suci" (Al-Maidah: 6) dalam soal bertayammum?



<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

wa'alaikumussalam

Terima kasih sdr rizal1039 diatas soalan tersebut. Ayat 6 didalam surah Al-Maidah ini menceritakan mengenai perintah Allah swt berkenaan dengan cara-cara mengambil wudhu' dan bertayamum. Sebelum itu eloklah di bentangkan dahulu ayat tersebut disini, firmah Allah swt:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur." - Al-Maidah:6

Mengenai makna : "Qashadkan olehmu akan tanah yang suci" ,minta-ma'af, tidak pula kami berjumpa dengan perkataan 'Qashad' disitu. Mungkin juga yang maksudkan ialah petikan ayat yang menyatakan :

فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا

"sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih"

Ayat ini menyatakan jika seseorang itu sakit, atau didalam perjalanan, atau tidak berjumpa air, dan wudhu'nya batal, maka hendaklah dia bertayamum dengan debu yang bersih. Ini boleh dilihat dari 3 perkataan yang digunakan iaitu:

a. Maka bertayamumlah kamu (فَتَيَمَّمُوا) - fa'il atau kata kerja (تَيَمَّمَ ) menujukkan perbuatan bertayamum.

b. Debu (صَعِيدًا)

c. yang baik/bersih (طَيِّبًا), dan Tafsir Jalalain mengatakan "Debu Tanah yg bersih" (تُرَابًا طَاهِرًا)

Kesimpulannya ialah ayat 6 surah Al-Maidah menjadi nas/dalil tentang kaedah wudhu' dan juga nas/dalil perintah bertayamum kaedahnya, serta syarat-syaratnya. Kalau kita lihat didalam mana-mana kitab wudhu', ayat ini lazimnya akan dirujuk. Mungkin kalau sdr rizal1039 dapat menyatakan dari terjemahan mana yang diambil (perkataan 'Qashad') bolehlah mengemukakan kepada pihak kami sekali lagi.

wallahu 'alam

wassalam

======
Rujukan:

1. Al-Quran Al-Harf.
2. Tafsir Imamain Jalalain. dar Al-Mar'rifah
3. Drs. Edham Syifa'i. Kamus lengkap Al-Quran. Jakarta : CV. Al Hasanah, 1993. ms 286.

0 comments:

Post a Comment