Wednesday, January 21, 2009

Dalil-dalil Solat Isyak

Assalaamu'alaikum,

Minta tolong Akh s2s, Ustaz Kamin atau sesiapa saja beri penerangan beserta dalil seputar mengerjakan solat Isya' - mengenai dua (?) pendapat bagi batas akhir solat Isya' serta 'anjuran melambatkan sedikit' (?) solat Isya'.

Terima kasih atas responnya nanti.

wassalaamualaikum

tiara

jawapan:

THTL-

Spt yg dijanjikan, inilah jawapan berdasarkan dalil

Satu: Waktu solat Isyaa'

Hadis # 1: Dari Aisyah ra
" hendaklah kalian solat Isya' ('Atamah), waktunya bila lenyapnya syafaq (ufuq merah) iaitu hingga sepertiga awal malam (pukul 10:00 hingga 11:00 malam). (Sahih alBukhari (kitab alAzan/1/219))

Hadis # 2: Dari Abi Hurayrah ra
" Kalau tidaklah memberatkan ummatku tentu aku perintah mengundurkan (waktu) Isyaa' sehingga sepertiga atau seperdua malam." HR atTermidzi (sunan, 1/310,#147), Ibn Majah (Sunan/1/226/#691; Imam Ahmad (Fath Rabbani/2/274/#150) Disahihkan oleh attermizi, alAlbani dan asSyawkani

Hadis #3: Dari Anas ra
" Nabi saw telah melewatkan solat Isyaa' hingga ke sparuh malam, barulah baginda solat." (Muttafaq 'alayh; Nail alAwthor/2/12)

Maka waktu mustahab atau waktu afdhal bg solat isya' ialah sekitar pukul 10:00 atau 11:00 malam (Syaukani, Sail alJarar: /183; Sadiq Hasan Kha, syarh adDurar: 1/70)

DUA: Solat di Awal Waktunya

Dalil #1: Dari Ibn Mas'ood ra
" aku bertanya RasuluLlah saw, apakah amal yg lebih disukai ALlah?" Sabda baginda," asolah 'ala WAQTIHA" (bermaksud solat tepat pada waktunya) mengikut alHakim dalam alMustadrak, maksud yg benar ialah solat pada waktunya) Bukhari-Muslim (alMundziri, atTarghieb/1/220)

Dalil#2: Juga dari Ibn Mas'ood tapi matanya ialah "assolah fi awwali Waqtiha" (solat pada awal waktunya) (Sunan adDaruqutni: 1/246 no 4, Sahih Ibn Khuzaimah 1/169, Sahih ibn Hibban no 1475, alHakim, almustadrak 1/300 no 677)

Dalil#3: Dari Ibn Umar ra
" solat pada awal waktu mendapat keredhaan Allah, solat pada akhir waktu mendapat kema'afan Allah." HR atTermdizi

Komentar Imam Syafi'iy mengenai hadis ini. Ia adalah hujah. Maksud keredhaan Allah ialah kerana solat diawal waktu adalah perbuatan Ihsan (excellence), manakala kema'afan Allah kerana telah cuai dgn melengah-lengahkan solat.

Bagaimana kita menjama'kan dua dalil ini: Umumnya: afdhal solat dalam waktu atau awal waktu, manakala bagi solat Isya': khusus disebut afdhalnya diakhirkan.

Tarjih:

Fiqh Syafi'iy: sunat solat pd awal waktu termasuk Isya'.(alMuhadzb: 1/53
Fiqh Maliki: sunat solat pd awal waktu termasuk Isya' (syarh alKabir, 1/179)

Fiqh Hanbali: Sunat solat pada awal waktu kecuali Isya'(jika tidak mendatangkan kesulitan makmum), jika mendatangkan kesulitan makmum, maka makruh dilewatkan (alMughni;1/385)

Fiqh Hanafi (tidak dikaji kerana ia amat teknikal utk difahami)

Fiqh Sunnah: Sunat dilewatkan solat Isya' tapi Nabi menghentikan kerana ia membebankan orang ramai (fiqh Sunnah, edisi tahqeeq: 1/134, darul fatah, cairo)
Dalilnya:
#1: Hadis Aisyah ra:
"sekarang waktu yg sesungguhnya, KALAU tidaklah membebankan ummatku."
Muslim, kitab almasajid hadis # 219
Kata alNawawi: inilah masanya bukanlah terlalu lewat sangat

#2: Hadis Jabir ra
" (baginda solat isya'. kekadang di undurkan (dilewatkan) kekadang
dimajukan (diawalkan).." Bukhari, Muslim, alsahih, kitab almasajid,
no 233)

rumusan: bagi wanita yg solat di rumah, maka afdhal adalah
dilewatkan sikit, itupun kalau disenangi suami. Jika suami tidak
senang, maka hendaklah diawalkan. s2s

4 comments:

vanieyla_89 said...

salam..sy nak tnya?
kenapa solat ada waktu2 tertentu n apakah dalil2 nya,
contoh nya kenapa solat subuh pada waktu sblm terbit nya matahari,

Admin said...

Salam vanila, selamat hari rayat,

Hud 114) dirikanlah solat pada tepi siang dan pada bhg permulaan malam.
(Al Israa' 78) dirikanlah solat dari sesudah tergelincir matahari sampai gelap malan dan Qur'anal fajri...

Untuk hadis-hadis sila rujuk http://soalsolatumum.blogspot.com/2009/09/dalil-dalil-tentang-waktu-solat.html

Wallahu'alam...

Anonymous said...

salam,bagaimana pula jika ana hendak menunaikan solat sunat?adakah perlu dilambatkan solat isyak?

Admin said...

sudah tentulah yang wajib (isyak) mesti diutama dan didulukan (kecuali sunat qabliyah)... anda punya banyak waktu dan kesempatan selepas solat isyak untuk melakukan solat sunat. WA

Post a Comment