Friday, January 23, 2009

Hukum Kuatkan Bacaan Maghrib Isyak

APAKAH HUKUM KUATKAN BACAAN DALAM MAGHRIB & ISYAK

APAKAH HUKUM MENGUATKAN BACAAN DALAM SOLAT MAGHRIB DAN ISYA',
APAKAH DALIL YANG MENYOKONG BAHAWA PERLU DIBACA SECARA KUAT PADA 2 RAKAAT PERTAMA SOLAT MAGHRIB DAN ISYA' SECARA PERSEORANGAN(BUKAN SECARA BERJAMAAH).

**********************
alitantawi

setakat ana tahu...

hukum menguatkan bacaan dalam solat maghrib,isyak dan subuh adalah sunat dan tidak wajib. dalilnya adalah amalan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW sepanjang beliau solat. wallahu a'lam.

******************
Tambahan thtl

Dalilnya yang masyhur ialah "Syallu kama ra`aitumuunii Usyalli" maksudnya "solatlah kamu sekelian sebagaimana kalian lihat aku solat."
[HR Bukhari-Muslim]

Lajnah Daaimah lil Buhuth KSA memfatwakan tatacara kuat perlahan itu hukumnya sunnah dan umat Islam disyari'atkan mengikuti sunnah ini. (Jld 6/392)

Dr Abdul Karim Zaidan dalam al-Mufassal, madzhab Ahmad menetapkan, seseorang yg solat secara sendirian mempunyai pilihan samada nak baca kuat atau perlahan (1/220)

Maka, sunnah ini diberatkan dalam solat berjama'ah tapi dilonggarkan dalam solat sendirian. Sekian

5 comments:

Nor Aziha Ibrahim said...

mintak izin share ya~

Anonymous said...

nak share jgak

Admin said...

Tak perlu mintak izin, sila hebahkan...

Ilmu agama bukan milik individu, ia milik bersama.

SharifahAli said...

apa pula hukum menguatkan bacaan pada 2 rakaat pertama solat zohor dan asar

Admin said...

Zuhur dan 'asar adalah solat sirr (bacaan perlahan)
maghrib, isyak dan subuh adalah solat jahr (baca kuat)

Kalau kita baca kuat dalam solat sirr bermakna kita tidak mengikut sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah saw, bererti juga kita melanggar perintah Rasul hukumnya haram dan berdosa.

Apa tujuannya solat itu ada yang jahr ada yang sirr tidak dijelaskan, kita hanya dengar dan kita patuh.

bacaan sirr adalah bacaan perlahan dengan menggerakan bibir dan lidah, sekadar boleh dengar sendiri bukan baca dalam hati. WA

Post a Comment