Friday, January 2, 2009

Mengaminkan Doa Qunut

Salam

Telah diperjelaskan tentang masalah qunut yg mana membuat atau meninggalkannya adalah sunnah. Akan tetapi saya ingin mengetahui sekiranya kita solat di belakang imam yg berqunut, adakah kita wajib/sunat mengaminkan secara jahar? Atau mengaminkan secara sirr. Ataupun hanya perlu mengangkat tangan (seperti angkat tangan berdoa).

Bolehkah tuan panel berikan dalil yg menerangkan bagaimana keadaan/cara solat para sahabat ketika Nabi SAW sedang berqunut!

Jzk. Wassalam :confused:
_________________

Salam

Oleh kerana ditanyakan perihal qunut subuh, maka kita lampirkan petikan dari kitab Al-Azkar karangan Imam An-Nawawi. Ini kerana amalan qunut Subuh ini merupakan amalan yg famous dalam mazhab syafi’I ala Nusantara.

Para Ashab berselisih pendapat tentang mengakat tangan pada doa qunut dan menyapukannya ke muka setelah selesai qunut. Ada tiga pendapat mengenai masalah tersebut. Pertama pendapat yang lebih sahih, disunatkan mengangkat dua tangan dan tidak menyapukannya ke muka. Kedua, mengangkat kedua tangan dan menyapukannya apabila selesai ke muka. Ketiga, tidak mengangkat tangan dan tidak menyapukannya.

Para ulama bersepakat bahawa selain daripada muka tidak ada yang disapu, misalnya dada dan lain-lain, bahkan menyapu selain daripada muka adalah makruh hukumnya.

Para ulama berselisih pcndapat mengenai suara membaca qunut. Pertama, kebanyakan ulama daripada Ash-hab berpendapat, jika seseorang itu solat sendirian, qunut dibaca dengan suara
bunyi (berbisik) dan jika menjadi imam qunut dibaca dengan suara jahar (nyaring). lnilah pendapat yang sahih dan terpilih oleh kebanyakan ulama. Kedua, qunut dibaca dengan bunyi sebagaimana doa-doa lainnya dalam solat.

Adapun makmum yang berada di belakang imam dengan bacaan qunut bunyi, maka ia baca qunut dengan bunyi pula sebagaimana ia membaca doa-doa lainnya. Jika imamnya membaca dengan jahar sedangkan makmum dapat mendengarnya, cukup bagi makmum mengaminkan doa qunut imamnya, dan ia baca bersama-sama imam dengan suara bunyi beberapa kalimat terakhir yang mengandungi puji-pujian kepada Tuhan. Jika suara imam tidak terdengar olehnya ia baca qunut dengan suara bunyi di belakang imam. Ada pula pendapat yang mengatakan cukup bagi makmum mengaminkannya.

Ada lagi pendapat lain, boleh makmum membaca bcrsama-sama imam walaupun suara imam terdengar olehnya. Pendapat yang dipilih oleh kebanyakan ulama adalah yang pertama di atas.

Apabila qunut dibaca pada selain daripada solat subuh, misalnya solat maghrib dan isyak, maka berlaku hukun, yang sama dengan bacaan qunut solat subuh. Atau dibaca misalnya pada solat zuhur dan asar, maka ada pendapat yang mengatakan dibaca dcngan suara sir dan ada pula yang berpendapat dibaca seperti solat subuh.

Hadis sahih menyebutkan bahawa qunut Rasulullah saw. yang dibacanya dan ditujukan buat mereka yang membunuh guru-guru Al-Quran di Bir Ma’uunah mcnunjukkan bahawa qunut itu dibaca dengan jahar pada semua solat wajib.

Tamat petikan

Sekian. WA.

Wassalam
_________________

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Terima kasih Ust Gayat diatas petikan diatas. Mengenai kaifiat Qunut didalam Solat kami lampirkan petikan dari buku Muhadith Sheikh Nasyiruddin Al-Albani yang berjudul Talkhis Sifat Solaah Al-Nabi saw ( ms 16) :-

Qunut Nazilah dan caranya :-

156- ويسن له أن يقنت ويدعو للمسلمين لنازلة نزلت بهم.

156. Baik untuknya membaca Qunut dan berdo'a kepada orang-orang Islam apabila bencana menimpa mereka.

157- ومحله إذا قال بعد الركوع: " ربنا ولك الحمد ".

157. Qunut harus dibaca setelah berdiri dari ruku' dan berkata "Rabbanaa wa laka’l-hamd (Tuhanku, pujian bagi engkau)."

158- وليس له دعاء راتب، وإنما يدعو فيه بما يتناسب مع النازلة.

158. Tiada doa yang khusus, dan bilamana berdo'a keatas mereka hendaklah sesuai dengan bencana yang khusus.

159- ويرفع يديه في هذا الدعاء.

159. Harus mengangkat tangan apabila membaca do'a

160- ويجهر به إذا كان إماماً.
160. Harus membaca kuat jika ia menjadi Imam

161- ويؤمِّن عليه مَنْ خلفه.
161. Mereka yang bersolat dibelakangnya membacakan Amin

162- فإذا فرغ، كبر وسجد.
162. Apabila selesai, bertakbir dan ruku'.

Qunut Al-Witr, tempatnya dan bacaannya :

163- وأما القنوت في الوتر فيشرع أحياناً.
163. Qunut didalam witir dilakukan kadang-kala.

164- ومحله قبل الركوع خلافاً لقنوت النازلة.
164. Ia harus dibaca sebelum ruku', berlainan dengan Qunut dimasa bencana.

Kita ringkas persoalan angkat tangan dan mengaminkan doa Qunut dengan memetik sebuah fatwa dari Al-Lajnah Al-Daa'imah yang bernombor : 6985 :-

يشرع التأمين على الدعاء في القنوت، وعند الثناء على الله سبحانه يكفيه السكوت وإن قال سبحانك أوسبحانه فلا بأس، ويرفع يديه في دعاء القنوت وتكبيرات الجنازة والعيدين، لأنه قد ورد ما يدل على ذلك.

"Disyara'kan mengAminkan doa Qunut, dan ketika Imam memuji Allah swt adalah mencukupi berdiam diri, dan jika berkata "Subhaanaka" (Maha suci engkau) atau "Subhaanahu" (maha sucinya), tidaklah mengapa (La ba'sa) baginya, dan menangkat tangan semasa do'a qunut dan berTakbir semasa Janaazah dan 2 hari raya, kerana sesungguhnya terdapat dalil mengenainya yang diriwayatkan" - [Al-Lajnah Al-Daa'imah - (7/53)].

wallalhu 'alam. wassalam.

===============
Rujukan :-

1. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Talkhis Solaah Al-Nabi saw. Beirut : Al-Maktab Al-Islami, 1971. ms 16

2. Fatawa Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 7. cetakan ke 3. Riyad : dar Al-Mua'yad, 2000. ms 53.

1 comments:

Anonymous said...

Salam..

Terdapat bacaan qunut yg berbunyi (Allah humah dini fiman hadait) dan Allah humah dina fiman hadait) yang manakah bacaan yg tepat? atau salah satunya di baca jika manjadi imam @ makmum?

Post a Comment