Monday, January 19, 2009

Koyak Otot Kerana Solat

assalamu'alay-kum...

ana ada sorang kenalan di sini... dengar citer, sblm ni, dia mmg sorang yg jarang semayang...

sehinggalah pd suatu hari... dia telah diberi hidayah utk SOLAT...

(p/s : DIA merupakan sorang yg BERSAIZ XXXXL... ~Hyper Sizee~)

dan sewaktu menunaikan solat itu, ketika sedang rukuk, OTOT bhgn belakangnya telah mengalami keceedaraan dan terpaksa dibawa berjumpa doktor dan akhirnya disahkan KOYAK sedikit bhgn otot belakangnya...

Maka sejak itu, dia smakin malas menunaikan solat... huh...

bgmana agaknya ISLAM memandang kpd permaslahn ni ?

bgmana nk nasihatkan dia >> bhw sbnrnya di sana ada rukhsoh utk mereka yg KEUZURAN ?

WA

*************
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr VHoutenJr dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Agama Islam bukanlah agama yang rigid. Apabila kita diajar bagaimana untuk Solat; Rasulullah saw merupakan contoh ikutan yang baik. Kaifiat Solat Rasulullah saw menunjukkan kesempurnaan ibadat Solat. Akan tetapi, bagi mereka yang sakit dan menghadapi beberapa keuzuran yang lain (seperti contoh yang sdr bawakan), Agama Islam memberi keringanan didalam bahagian2 solat yang tidak mampu dilakukan eg: tidak mampu berdiri tegak, tidak sempurna rukuknya, tidak melakukan duduk tawaruk pada tashahud akhir dsb. Dalilnya sebagaimana firman Allah swt :-

فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ

"Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu" - [al-Taghaabun 64:16]

Firman Allah swt lagi :-

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." - [al-Baqarah 2:286]

Rasulullah saw bersabda :

إِذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ

"Jika aku menyuruh kamu melakukan sesuatu, maka lakukan sebanyak mana yang kamu daya" - [Hadith riwayat al-Bukhaari #7288, Muslim #1337].

Mengenai kaifiat orang yang menghadapi keuzuran bersolat, di riwayatkan bahawa Imran ibn Husain ra. berkata :-

كَانَتْ بِي بَوَاسِيرُ ، فَسَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الصَّلاةِ ، فَقَالَ : صَلِّ قَائِمًا ، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا ، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ .

"Aku menghadapi penyakit buasir dan bertanya Nabi saw mengenai solat. Baginda bersabda 'Solatlah secara berdiri, maka jika kamu tidak berdaya maka lakukan secara duduk, maka jika tidak berdaya maka lakukan secara berbaring" - [Hadith riwayat al-Bukhari #1117].

Hadith ini menunjukkan bahawa kesempurnaan solat bagi orang tidak uzur ialah dengan cara berdiri, akan tetapi jika seseorang itu menghadapi keuzuran maka bolehlah dia melakukan sedaya mana yang termampu. Allah swt Maha Mengetahui akan kemampuan hambanya, sehinggakan Nabi saw mengatakan bahawa ganjaran yang diterima sama sahaja dengan yang lain. Abu Musa al-Asya'ari mengatakan bahawa Nabis saw bersabda :-

إذا مرض العبد أو سافر كتب له مثل ما كان يعمل صحيحاً مقيماً

"Jika seseorang mendapat sakit atau bermusafir, dia akan mendapat ganjaran yang sama sebagaimana dilakukan diwaktu sihat atau bermukim (menetap, tidak musafir)" - [Hadith riwayat al-Bukhaari #2834]

Syiekh Abdul Aziz bin Baaz [Ahkaam Salaat al-Mariid wa Tahaaratihi] apabila membicarakan mengenai seseorang yang mampu berdiri didalam solat akan tetapi tidak dapat melaukan ruku' dan sujud dengan sempurna, kata beliau :-

ومن قدر على القيام وعجز عن الركوع أو السجود لم يسقط عنه القيام ، بل يصلي قائماً فيومئ بالركوع ( يعني وهو قائم ) ، ثم يجلس ويومئ بالسجود . . . ويجعل السجود أخفض من الركوع

"Barangsiapa yang mampu berdiri tetapi tidak mampu rukuk atau sujud TIDAK dikecualikan dari kewajipan berdiri (qiam), bahkan ia hendaklah solat berdiri, kemudian kedepan sedikit untuk rukuk (yakni dia masih qiam), kemudian duduk dan kedepan sedikit untuk sujud, ia harus kedalam sedikit bagi membezakan dengan rukuk"

Tambah beliau lagi :

ومتى قدر المريض في أثناء الصلاة على ما كان عاجزاً عنه من قيام أو قعود أو ركوع أو سجود انتقل إليه وبنى على ما مضى من صلاته

"Dan semasa solat, jika seorang yang sakit itu boleh melakukan sesuatu yg ia tidak boleh melakukan sebelum itu, seperti berdiri, duduk, rukuk atau sujud, dia harus mula melakukannya dan meneruskan dari apa yang dia boleh bagi menyempurnakan solat"

Begitulah kaedah keringan yang diberikan Islam kepada umatnya bagi menunaikan tanggunggung jawab kefarduan mereka. Alhamdulillah, sahabat sdr tadi telah mempunyai kesedaran untuk melakukan solat. Beri galakkan kepadanya dan tunjukkanlah keringanan2 yang Islam berikan kepada umatnya bagi membantu mereka berdirikan solat. WA.

wassalam

Sheikh Hj Kamin - AAN

0 comments:

Post a Comment