Saya hendak tahu, sekiranya seseorang itu terlewat sikit bangun untuk menunaikan fardhu Subuh, tetapi masih di dalam waktu subuh. Selepas dia mandi dan berwudhu', waktu syuruk pula telah tiba. Kita telah diharamkan untuk bersolat semasa syuruk. Jadi dalam situasi tersebut, bagaimana sesorang itu hendak solat Subuh? Adakah dia harus menunggu habisnya syuruk? Dan berapa lama kah harus dia tunggu sehingga dia dapat menunaikan solat fardhu Subuh yang terlepas tadi? Sekian, syukran. :nari
-------
wa'alaikumussalam.
Secara ringkas, kelewatan disebabkan lupa atau tidur, membolehkan solat subuh dilakukan diwaktu yang terlarang menurut pandangan jumhur ulama'. Dalilnya diambil dari hadith Nabi saw :-
[color="#800000" size="3"]مَنْ نَامَ عَنْ صَلاةً أَوْ نَسِيَهَا فَلْيُصَلِّهَا إِذَا ذَكَرَهَا
"Barangsiapa yang tidur dan tertinggal solat atau terlupa, maka hendaklah ia solat apabila teringat" - [Riwayat al-Bukhaari #597, Muslim #684].
Jelas menunjukkan agama Islam tidak membebankan umatnya keatas perkara yang diluar kawalannya, seperti didalam kes ini ialah Lupa dan Tidur. Waktu larangan solat ini hanya diapplikasi kepada Solat-Solat yang tidak ada sebab yang mendatang. Didalam kes yang sdr ibnu_osman nyatakan, kelewatan bersolat disebabkan terlambat bangun, walaupun semasa baru bangun masa sebenar solat masih ada tetapi telah hampir penghujung, maka bolehlah dilakukan solat subuh dengan kadar yang segera tanpa melengahkan masa dan tidak perlu menunggu sampai waktu syuruq habis. Wallahu 'alam
-wassalam-








20 comments:
salam...sama seperti kes diatas/tlewat bagun subuh dan terus menunaikan solat subuh.tetapi tidak pasti samaada waktu syuruk itu telah tebe atau belum lantas niat qada subuh lanataran mengagap telah tibe soalt syuruk.apabila disedari,soalt qada ti masih didalam waktu subuh..jadi adakah soalt itu sah dan diterima?
kalau kita tak sedar masih ada waktu subuh tak apa sah juga solat subuh kita tu.
kalau dihujung waktu dan kita dapat 1 rakaat dalam waktu sah juga solat kita tu
saya bangun 7.07 am... pastu mandi, dan ambil wuduk, pastu tgk jam dah 7.24am, syuruk 7.18am. Pastu saya sembahyang subuh macam biasa. oleh kerana kurang yakin... saya sembahyang sekali lagi dengan niat qada'... Macam mana ye????
salam. klu tidak keberatan boleh terangkan kepada saya apakah maksud sebenar syuruk itu sendiri.
Syuruk adalah waktu matahari terbit sebelah pagi sehingga tingginya kadar segalah, waktu ini dilarang solat.
Tertinggal solat subuh kerana tertidur dibenarkan solat ganti waktu terbangun tidur walaupun waktu itu waktu syuruk berdasarkan hadis hendaklah kamu solat sebaik sahaja kamu terbangun/teringat... WA
salam,,,kalau kite solat dan dah nak hampir masuk watu syuruk,,,tiba2 wudhu' terbatal dan apabila selesai dengan wudhu' yang baru,,waktu syuru; telah tiba,, jadi perlu niat qada' atau niat solat subuh seperti biasa dan adakah solat tersebut boleh dilakukan walaupin dalam waktu syuru'?
Ada pendapat yang membolehkan solat pada masa syuruk terutamanya tertinggal solat subuh kerana terkewat bangun tidur misalnya. WA
as salam, kalau terlewat bgn smpai nk tengahari niat qadha je yea.. masalah lewat bgn sebb tak bleh tidur mlm atau tak lena, bila dh nk pagi baru terasa nk tidur...
salam.saya terlewat bangun utk solat subuh,dlm pukul 7.20pagi sy mlakukan solat subuh seperti biasa.adakah sah solat sy itu?
salam...mcm mne klu ad org terlewat smpai ke zhor?ank2 mude kebiasaannye mcm ni....
Salam...jika terlewat dan mengetahui telah terlepas waktu syuruk..bagaimana dengan niat solat subuh tersebut..adakah seperti biasa atau perlu niat qada' solat tersebut?
salam..
jika nak qada' solat subuh,mestikah doa qunut dalam solat subuh dibaca semasa mengqada' subuh...doa qunut itu wajib atau sunat kerana sesetengah pendapat menyatakan doa qunut adalah sunat?
Salam..berapa lama masa syuruk di Malaysia?
Salam..habis waktu syuruk boleh solat subuh ke? Kalau boleh,macam mana caranya?
cm ne kalo die bgun time dh syuruk..bole lg ke solat??k kena tunggu??
boleh saya tahu seandainye sudah lepas waktu syuruk, saya qada' subuh aje sah ke tak ?
salam.saya ingin bertanya.saya tinggal di pelabuhan klang dan bekerja di putrajaya.waktu pg saya naik komuter dr pelabuhan klang pkl5.41pg dan smapai ke komuter angkasapuri pkl 6.45@6.50 pg.saya akan naik bus kementerian dr angkasapuri pkl 7pg dan sampai di putrajaya dlm 7.30@7.35.ni adalah untuk bln puasa sahaja.saya tak sempat unt solat subuh kt angkasapuri.so saya akan solat di putrajaya tp dh terlewat.mohon dapat penjelas.
Perlukah baca doa iftitah jika terlewat solat jemaah?
Salam blh x bg mksd syuruk yg sbnarnya?
Solatlah bila azan dilaungkan. Kan bagus kalau sentiasa dlm wudhu. Jadi kalau sedang dlm komuter pun boleh solat dgn kaifiat solat di atas kenderaan. Pedulikan orang lain yg tak solat. Mana tahu dengan kelakuan kita tu boleh menyedarkan orang lain tentang kewajipan solat dan mudahnya nak solat.
Post a Comment