Tuesday, December 9, 2008

Solat Luput

Assalamu'alaikum!

Baru2 ini oleh krn terlalu letih, saya tertidur selepas solat Asar dan kemudian terjaga ketika waktu Maghrib hampir luput. Saya kemudian teringat akan maksud hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim supaya "Solatlah kamu ketika ingat" berdasarkan ayat AQ "Solatlah kamu untuk mengingatiku”

Namun begitu, sebelum saya sempat takbiratul ihram utk solat Maghrib, azan isya' telah pun berkumandang. Saya cuba berfikir (ijtihad) manakah yg lebih utama, mendahulukan solat Maghrib (yg telah luput) atau Isya’ berjemaah di musolla.

Saya kemudian memilih utk solat Isya’ di musolla dan kemudian kembali ke rumah dan menunaikan solat Maghrib. Adakah tindakan saya itu betul atau sebaliknya?

Jzk.

=============
Wassalam
Jawab:
Fiqh Syafi'iy menetapkan apa yg anda lakukan itu adalah baik sekali. Jika kedua-dua solat itu dilakukan sendirian, maka sunat tertibnya: yakni solat qadha' itu didahulukan kecuali waktu solat tunai sudah singkat. Tapi ketika anda ingin menunaikan solat qadha' dan solat tunai berjama'ah akan dilangsungkan bila-bila masa, maka diutamakan berjama'ah tunai dulu. Kita memilih pendapat Syafi'iy dalam masalah yg tidak ada nas (Mughny Muhtaj, Jld 1/137) WA

2 comments:

maria mariana said...

Assalamualaikum!
wujudkah SOLAT SUNAT LUPUT?
Saya pernah mendengarnya tetapi waswas tentangnya...
Jzk.

Pencerahan said...

saya pernah dengar solat luput adalah kaedah solat utk 'cover' solat2 yg tertinggal bertahun2 dahulu, mungkin ketika itu belum mendapat hidayah seperti contoh kelalaian semasa zaman remaja dan zaman muda.

betul kah ada kaedah khas SOLAT LUPUT seperti kes tersebut?

Post a Comment