Tuesday, December 9, 2008

Solat Sunat Di Hujung Waktu

Assalamulaikum,

1. Apakah hukumnya apabila kita solat sunat pada akhir waktu disebabkan kesibukan atau kerja? Cth: solat zohor pada pukul 2 pm secara berjemaah tetapi ada meeting selepas itu, setelah selesai meeting +-pada pukul 4.15pm kita lakukan solat sunat baadiah zohor.

2. Bagaimana pula jika alasan kita disebabkan malas atau tgk TV dll. Cth: solat zohor berjemaah dekat surau, selesai solat berdo'a sikit dan terus balik tgk TV, cerita habis pukul 4.15pm, lepas itu baru solat sunat baadiah zohor. :happydevi

3. Bagaimana pula dgn solat sunat qabliah, bila kita solat fardu agak lewat tetapi masih sempat pada anggaran kita utk menunaikan solat sunat itu, adakah digalakkan?

4. Waktu manakah yg paling afdal utk menunaikan solat sunat qabliah & ba'adiah ini?

T.kasih......Jazakallah,


============
Wassalam
Jawab:

0.0 Dasar ibadah:
a. HR Bukhari-Muslim dari Malik bin Huwarith ra," hendaklah kamu solat sebagaimana kamu melihat aku solat."
b. Kaedah: "asal hukum dalam ibadah ialah menunggu perintah dan mengikut."
c. HR Bukhari-Muslim dari Jabir ra:"B/siapa mengada-adakan perkara baru dalam urusan agama kami yg tidak berasal darinya, maka ia tertolak."

1. Ba'diyah Zuhur itu hendaklah dilakukan selepas solat fardhu Zuhur setelah sejenak membaca wirid2. Jika dilakukan dgn selang waktu yg lama jatuhlah ia solat sunat mutlak sahaja.

2. Alasan malas berlawanan dgn hakikat solat sunat. Orang malas selalunya memadai dgn solat fardhu sahaja, manakala orang rajin dan menjejaki sunnah akan berjihad terhadap perasaan malas. Jawapannya: solat sunat ba'diyah dilakukan selepas solat fardhu dgn selang sejenak selepas zikir dan wirid. Jika melakukan selain itu adalah bid'ah.

3. Muslim yg masih belum disiplin dalam solat yg wajib tidak payahlah bersusah mengejar yg sunat sedangkan yg wajib pun masih tak terkejar. Sunah juga solat pada awal waktu. Dalil: HR Termidzi dan alHakim (Bulughul Maram:55) dari Ibn mas'ood ra," se afdhal-afdhal amal ialah solat pada awal waktunya."
Solat cara Nabi saw ialah solat pada awal waktu dan qabliyah sebelumnya. Jika solat diakhir waktu dan kemungkinan tergelicir waktu kerana qabliyah bukanlah sunnah Muhammad saw. (Ruj: Pedoman Solat oleh Prof Siddiqiey). WA

0 comments:

Post a Comment