Friday, January 23, 2009

Pergerakan Dalam Solat

Salam
boleh tak panel ahkam nyatakan sumber bagaimana terjadinya pendapat batas pergerakan maksimum dalam satu rukun solat ialah 3 kali shj??dan bagaiman pula komentar fuqaha muktabar dalamh hal ini??
syukran..

Wassalam
_________________
thtl
Wassalam

al-Jawab:

Sebenarnya tiada dalil dalam isu pergerakan dalam solat yang mengakibatkan solat menjadi batal. Oleh kerana tiada dalil, maka terjadilah perbahasan fuqaha'. Yang masyhur dalam madzhab Syafi'iy ditetapkan solat batal jika tiga (3) kali pergerakan secara berturut-turut (Abu Ishaq al-Syirazi, al-Muhadzaab (1/125). Maka setiap madzhab membataskan dan merincikan skop pergerakan dalam solat ini mengikut penyelidikan dan ijtihad masing-masing.

Komentar Syaikh Saleh al-Uthaimiin, mantan Mufti ' Aam KSA, katanya:
" Tidak ada ketetapan bilangan pergerakan yang boleh membatalkan solat. Ia dikembalikan kpd tanggapan kebiasaan orang ramai, jika ia bergerak dalam solat dengan banyak, seolah-olah ia bukan solat, maka solat itu menjadi batal. tapi tidak boleh menentukan bilangan pergerakan kepada bilangan yang spesifik kerana ia memerlukan dalil." [Majmu' Fatawa, 13/311) sekian WA

7 comments:

Anonymous said...

salam,ustaz kalau kite lihat dkt arb sane.....org2 arab nie tak berenti bergerak mase smayang....adakah meyebabkan mereka mazhab lain dr kite....boleh ustaz tlg jelaskan....

Admin said...

mazhab lain sekalipun kita masih sama berpandukan petunjuk alQuran dan Sunnah. Oleh kerana tidak ada dalil yang khusus soal pergerakan dalam solat, ulamak setempat memberi panduan mengikut ijtihad dari hasil penyelidikan sendiri.

Anonymous said...

ustaz...atas dalil ini jgk,sy telak melakukan pergerakkan dlm solat yg org menyangka sy telah batal solat semasa mengikut imam..ketika solat menjadi sorg makmum kpd imam,hanset yg sy letak di lantai telah berbunyi disebabkan terlupa sy "silent" kan..sy terus turun mengambil hnset tersebut & off kannya smbil sy undur ke belakang krn terdapat makmun yg baru maasuk...tanpa tubuh sy beralih dr kiblat..tujuan sy lakukan krn mahu elakkan imam dr terganggu khusyuk dek bunyi hnset tersebut..apakah perbuatan sy itu salah? imam secara spontan selepas perbuatan sy itu,memperlahankan suaranya krn menggap sy telah batal solat..

Admin said...

pergerakan untuk mematikan bunyi HP tidak membatalkan solat. Sepatutnya anda tidak perlu berundur kebelakang. Eloklah dipasti HP ditutup ketika mengerjakan solat. WA

Anonymous said...

undur ke belakang kerana terdapat seorang makmun baru...terima kasih ustaz

muhammad haiqal... said...

assalamualaikum...klau kita baca contohnya alif lam mim kn 6 harkat perlukah kita gerakkan jari???

Anonymous said...

pada rakaat akhir..sepatutnya kita duduk tahiyat akhit tetapi sy telah duduk tahiyat awal dan kemudian membetulkan kedudukan duduk sy kepada tahiyat akhir..adakah itu membatalkan solat sy??mohon pencerahan..tkasih

Post a Comment