Friday, January 23, 2009

Solat Tahajud

Salam

ade sikit kemuyskilan ttg solat tahajjud ini...

1. perlukah tidur dulu baru boleh solat tahajud?
2. bile waktu bermulanya solat tahajud ini?

harap boleh mendapatkan jawapan beserta dalilnya sekali.

terima kasih

************
al-jawhar
Panel Feqh
Bismillah wal hamdulillah ,

al-Jawab :


Solat tahajjud disebut dalam kitab-kitab fiqh sebagai solat malam.Dalilnya ialah Firman Allah swt dalam surah Az-Zariyat : 17 :

“Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam”

Dan Sabda Rasulullah saw:

“Seafdhal-afdhal (sebaik-baik) dolat selepas solat fardhu ialah solat malam” [/b]( HR Muslim : 1163 )

Dalil di atas menunjukkan bahawa apa sahaja solat yang dilakukan pada waktu akhir malam adalah disebut sebagai solat Malam.Cuma terdapat sedikit perbezaan di bulan Ramadhan yang mana , solat Tahajjud yang dilakukan pada bulan tersebut disebut sebagai solat Tarawikh.

Berkenaan dengan adakah perlu tidur dahulu sebelum mengerjakan solat malam , perkara ini adalah khilaf dikalangan ulama.Sebahagian ulama tidak meletakkan syarat tidur sebagai sahnya solat malam atau solat tahajjud.Sekiranya seseorang kekal berjaga dengan tidak tidur dan kemudian terus melakukan solat malam/tahajjud , maka solatnya adalah sah mengikut kesepakatan ulama.

Manakala golongan yang meletakkan syarat tidur sebagai syarat utama untuk melakukan solat tahajjud pula ialah dengan mengatakan bahwa bangun daripada tidur dan melakukan solat itulah yang disebut sebagai tahajjud , sebagaimana al-Qurtubi menafsirkan ayat al-Quran dalam surah al-Isra’ ayat 79 :

“Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”

(Tafsir al-Qurtubi : 10/308]

Maka kesimpulannya ialah , tidak disyaratkan tidur ketika mahu mengerjakan solat malam.

Berkenaan dengan bilakah waktu bermulanya soolat tahajjud ialah bermula pada selepas solat isyak , tetapi sebaik-baik waktu ialah pada 1/3 akhir malam , sebagaimana dalil dari sabda Rasulullah saw :

“Allah swt akan turun ke langit dunia pada setiap malam ketika akhir 1/3 malam dan berkata : Akulah Tuhan , Akulah Tuhan.Barang siapa yang berdoa kepadaKU akan aku penuhi doanya , Barang siapa yang meminta kepadaKu akan aku beri kepadanya ,barangsiapa yang memohon ampun kepadaKu , akan aku ampunkan dosanya.”

(HR Imam Bukhari : 1145 , Muslim : 758 , Tirmizi : 239 )

WA

Ruj :

Kaifiat Adak al-Solawat al-faraidh wa al-Sunan , As-Syaikh Usamah Na’im Musthofa
Taudhih ahkam min bulughil maram , As-Syaikh Abdullah Abd Rahman Al-Bassam.

6 comments:

Anonymous said...

salam...

so, x kira solat sunat apa yang kita buat adalah dinamakan solat tahajjud??

fening...

aizuddin said...

Solat tahajud yang dimaksudkan adalah bagi solat-solat sunat yang dilakukan pada MALAM atau akhir MALAM sahaja...

Anonymous said...

boleh tak solat tahajud 20 minit sebelum waktu imsak?contoh,waktu subuh pukul 6.00 pagi waktu imsak pukul 5.50 pagi dan lakukan solat tahajud dan hajat pada pukul 5.30 pagi?

Anonymous said...

Saya ada terbaca salah satu blog yg mengatakan slps mmbaca surah al fatihah dlm kedua2 rakaat solat tahajud,tidak ada ditentukan surah apa yg boleh dibaca..sedangkan pada pengetahuan sy surah yg dibaca pd rakaat pertama seleps alfatihah adalah surah al kafirun dan pd rakaat kedua surah al ikhlas...yg mana satu adalh benar dan afdal..mohon pencerahan..

Iskandar said...

Maaf nak bertanya berkaitan solat tahjud ni..contoh kalau kita tidur selepas insyak dlm pkl 10pm dan bangun dlm pkl 1am tetapi kita buat perkara lain dahulu contohnya keluar mkn dan balik pkl 3am selepas tu buat tahjud..adakah solat tu masih di terima sebagai solat tahjud selepas bangun tidur ?

Anonymous said...

Adakah boleh mendirikan Solat tahajud jika terlena seketika dlm beberapa saat?

Post a Comment