Friday, January 2, 2009

Baring Masa Azan Mayat Jadi Berat

assalamualaikum,

Saya nak tanya sekadar nak kepastian sbbnya saya sering dgr org kata jgn baring ketika azan berkemundang sbb nanti bila kita mati mayat kita berat. Betul ker? Maaf kalo soalan ni soalan ntah apa²..... saya cuma nak pastikan betul ker tak....

wassalam
--------

Salam

‏و حدثني ‏ ‏علي بن حجر السعدي ‏ ‏حدثنا ‏ ‏إسمعيل ‏ ‏عن ‏ ‏عبد الحميد صاحب الزيادي ‏ ‏عن ‏ ‏عبد الله بن الحارث ‏ ‏عن ‏ ‏عبد الله بن عباس ‏ ‏أنه ‏
‏قال لمؤذنه في يوم مطير إذا قلت أشهد أن لا إله إلا الله أشهد أن ‏ ‏محمدا رسول الله ‏ ‏فلا تقل حي على الصلاة قل ‏ ‏صلوا في بيوتكم قال فكأن الناس استنكروا ذاك فقال أتعجبون من ذا قد فعل ذا من هو خير مني إن الجمعة ‏ ‏عزمة ‏ ‏وإني كرهت أن أخرجكم فتمشوا في الطين ‏ ‏والدحض
-------------

Dari Abdullah bin Abbas r.a bahawa Beliau telah berkata kepada tukang azan ketika hari hujan lebat: "Setelah kamu berkata: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ Maka janganlah kamu ucapkan: حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ (Marilah sembahyang) Sebaliknya ucapkanlah: صَلُّوا فِي بُيُوتِكُمْ (Sembahyanglah di rumah kamu) Beliau berkata: Orang ramai seolah-olah mengingkari perbuatan tersebut. Lalu Abdullah bin Abbas berkata: "Adakah kamu semua hairan dengan perbuatan ini sesungguhnya orang yang lebih mulia dariku (Rasulullah) telah mengajarkan perbuatan ini. Sesungguhnya sembahyang berjemaah itu wajib tetapi aku tidak mahu kamu keluar rumah dan kamu berjalan di atas tanah yang licin dan berlumpur." (Hadith Sahih Muslim)

‏حدثنا ‏ ‏مسدد ‏ ‏قال حدثنا ‏ ‏حماد ‏ ‏عن ‏ ‏أيوب ‏ ‏وعبد الحميد ‏ ‏صاحب ‏ ‏الزيادي ‏ ‏وعاصم الأحول ‏ ‏عن ‏ ‏عبد الله بن الحارث ‏ ‏قال خطبنا ‏ ‏ابن عباس ‏
‏في ‏ ‏يوم ردغ ‏ ‏فلما بلغ المؤذن حي على الصلاة فأمره أن ينادي ‏ ‏الصلاة في ‏ ‏الرحال ‏ ‏فنظر القوم بعضهم إلى بعض فقال فعل هذا من هو خير منه وإنها ‏ ‏عزمة ‏
------------------

Dari Abdullah bin Al-Harith bahawa beliau berkata, "Ibn Abbas berkhutbah di hadapan kami pada hari radghin. Ketika muazzin sampai kepada ucapan حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ , maka beliau memerintahkan dgn berkata, ‏الصلاة في ‏ ‏الرحال (Solatlah di tempat tinggal). Kami semua saling pandang memandang, maka beliau berkata,"Hal ini telah dilakukan oleh org yang lebih baik darinya. Sesungguhnya ia merupakan keharusan." (Hadith Sahih Bukhari)

Keterangan hadith:
Yang dimaksudkan bab berbicara saat azan ‏الكلام في الأذان‏ adalah mengucapkan perkataan selain azan pada saat azan dikumandangkan. Imam Bukhari tidak menegaskan hukum ini kerana hadith ini tidak ada tanda2 suruhan secara tegas. Akan tetapi keterangan yang disebutkan di tempat ini bahawa beliau membolehkan hal tersebut. Al-Hafiz Ibn Munzir telah menukilkan pendapat yg membolehkan secara mutlak dari Urwah R.A, Atha', Al-hassan serta Qatadah R.A dan inilah pendapat imam Ahmad Rh.

Kmdn dinukilkan dari An-Nakha'ie, Ibn Sirin dan Al-Awza'ie bahawa ia adalah makruh. At-tsauri tidak membolehkannya. Adapun Imam Abu Hanifah serta sahabatnya berpendapat meninggalkannya adalah lebih baik. Pendapat ini juga terdapat pada Imam Malik dan As-Syafie. Ishaq bin Rawahaih mengemukakan pendapatnya bahawa berbicara ketika azan adalah makruh kecuali bicara itu ada kaitan dgn solat. Pendapat Ishaq dipilih oleh Ibn Munzir.

Ad-dawudi berpendapat hadith ini tidak dapat dijadikan hujjah tentang bolehnya berbicara ketika azan tetapi berdasarjan pendapat sblmnya adalah sesuatu yg disyariatkan apabila perbicaraan itu termasuk sbhgn azan (spt mengajak manusiaa mengerjakan solat dsb)

Jadi adalah tidak benar sekiranya orang yg bercakap ketika azan akan dihukum mati berat sebelah kerana sesetengah fuqaha membenarkan manusia bercakap ketika azan.

Wallahua'lam

Rujukan:
1. فتح الباري بشرح صحيح البخاري Ibn Hajar Al-Asqalani Juz 4 Kitab ‏الأذان
2. صحيح مسلم
_________________

Wassalam

Tambahan:

Apa yg anda dengar itu adalah termasuk petua orang2 tua Melayu kita dalam bab targheeb dan tarheeb (menggalak dan mencegah), maka direkanya petua dan semisal hadis palsu.

Cth yg lain:
a. Janganlah memanjat pokok pisang, nanti buruk kemaluan
b. Jangan duduk atas bantal, nanti naik bisul
c. jangan main waktu maghrib, nanti disembunyikan hantu

Maka " jangan baring ketika azan, nanti mayat berat" adalah termasuk dalam jenis ini.
Yang benar: mayat memang berat kerana ia menjadi solid mass. Tambahan kalau si fulan tu dan Heavyweight, maka sudah tentulah mayatnya berat. Kalau kita dah mati, apa nak dirisaukan mayat kita berat atau ringan, yg kita kena fikirkan ialah beratnya amal. WA

16 comments:

Anonymous said...

Macam tsk jawab soalsn pon? Soalsn pasal baring, jawab pasal bercakap

BlogkuBlogmu said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

tlh dijawab bwah skali TAMBAHAN...jazakallah

Norazwan Syah Ahad said...

terjawab la..baca la sampai habis...

Anonymous said...

Ohh. Baru saya tahu :) terima kasih atas perkongsian. Kepada Awak yg cakap tak jawab soalan tu cuba baca dgn teliti. Dan fahamkan.

Anonymous said...

Terima kasih atas perkongsian itu

Unknown said...

Alhamdulillah

Yellowstar said...

Assalamualaikum..saya nak tanya..megeliat ketika azan dikatakan adalah tanda2 seseorang akan menemui ajal?? Benar atau tidak?

Yellowstar said...

Assalamualaikum..saya nak tanya..megeliat ketika azan dikatakan adalah tanda2 seseorang akan menemui ajal?? Benar atau tidak?

Unknown said...

Baring ketika azan hanyalah kata2 org tua. Takda termasuk dlm hadith al-qur'an yg berkata baring ketika azan mayat manusia jadi berat.

Anonymous said...

Kalau dah ajal dia masa mengeliat mmg lah dia mati. Semua org akan temui ajal . Bukan YANG MENGELIAT JE ��

Unknown said...

Tq pencerahan

Unknown said...

Okay nmpak pncerahan diaitu

Saifulexia said...

Ko baca x sampai abis ke

Unknown said...

Apolah..bace sampai habis😂

Unknown said...

Salam. Adakah baring ketika azan tanda tidak hormat trhadap azan?

Post a Comment