Friday, January 2, 2009

Kedatangan Haid Belum Solat Zuhur

assalamualaikum,
Saya ingin mendapatkan kepastian berhubung ttg wanita yg datang haid selepas masuk waktu solat (cthnya zuhur) dan dia belum bersolat ketika haid itu datang. Adakah ia perlu mengqado' solat zuhur tersebut?

wassalam.
--------

Salam

Kebetulan isu ini pernah dibincang di Bicaramuslim.com oleh saya, Kulopatoi dan Madini. Berikut saya edit diskusi tersebut.

Berlaku Keuzuran dalam Waktu Sembahyang Setelah Berlalu Masa yang Cukup untuk Melakukan Sembahyang

Perkara-perkara yang boleh menyebabkan berlaku demikian ialah gila, pengsan, haid dan nifas. la tidak berlaku dalam kes menjadi kafir dan mencapai umur baligh.

Jika seorang dewasa (baligh) menjadi gila atau pengsan, ataupun seorang perempuan datang haid atau nifas, pada awal waktu bagi mana-mana sembahyang fardu atau dalam mana-mana bahagian waktunya dan masih ada baki waktu yang cukup untuk sembahyang, menurut jumhur selain ulama' Mazhab Hanafi wajib dia mengqada' sembahyang tersebut sekiranya telah berlalu tempoh yang mencukupi untuk sembahyang fardu dan bersuci, dan tidak diwajibkan sembahyang yang kedua (Asar atau Isya') yang dikirakan satu waktu dengan sembahyang yang pertama (Zuhur atau Maghrib).

Ini disebabkan waktu sembahyang yang pertama tidak layak untuk sembahyang yang kedua kecuali jika disembahyang-kan kedua-dua secara jama' (himpun), tetapi tidak sebaliknya, (iaitu waktu sembahyang yang kedua layak untuk sembahyang yang pertama).

Dalil pendapat jumhur yang mengatakan wajib qada' sembahyang bagi waktu yang mana berlaku keuzuran di dalamnya ialah awal waktu menjadi sebab bagi wajib sembahyang (tanda diperintahkan oleh syara').

Oleh itu, apabila bermula waktu, maka seorang yang mukallaf dituntut supaya melakukan sembahyang bagi waktu itu dengan diberi pilihan untuk melaku-kannya dalam mana-mana bahagian daripada waktu itu, dengan syarat dia seorang yang berkelayakan bagi taklif pada awal waktu lagi...

Sumber:Fiqh Islami oleh Dr Wahbah al-Zuhaily

Quote:
Dalam penjelasan di atas ingin dijelaskan petikan berikut:
Ini disebabkan waktu sembahyang yang pertama tidak layak untuk sembahyang yang kedua kecuali jika disembahyang-kan kedua-dua secara jama' (himpun), tetapi tidak sebaliknya, (iaitu waktu sembahyang yang kedua layak untuk sembahyang yang pertama).

Maknanya dalam masalah mengqadakkan solat yang tak sempat dilakukan kerana haid,maka Malikiah dan Syafi'iah menghimpunkan diantara 4 solat,iaitu zuhur dengan asar dan maghrib dengan isyak,tetapi ada sedikit perbezaan diantara 2 mazhab tersebut...

Sekiranya seorang itu didatangi haid selepas masuknya waktu zuhur dengan kadar antara masa masuknya waktu zuhur dengan masa ia kedatangan haid itu adalah melebihi dari kadar 4 rakaat,maka wajib ia mengqadakkan solat zuhur tersebut berserta dengan asar.Tetapi jika kadar masa antara masuknya waktu zuhur dan masa haidnya itu hanya cukup sekadar 4 rakaat (tidak lebih),maka yang wajib ia qadak hanyalah solat zuhur itu sahaja.

Dan sekiranya ia suci dari haidnya pada waktu asar,iaitu paling kurang masa semasa ia suci dalam waktu asar itu ialah melebihi dari kadar 4 rakaat sebelum terbenam matahari,maka wajib baginya bersolat asar tersebut berserta dengan zuhur sebelomnya.Tetapi jika jarak antara masa ia suci dengan masa terbenamnya matahari itu hanya sekadar 4 rakaat atau kurang,maka hanya solat asar tersebut sahaja yang wajib keatas dirinya.

Berbeza sedikit dari Malikiah,iaitu mereka hanya mengambil kira waktu yang kedua sahaja utk dihimpunkan dengan yang pertama...iaitu sekiranya seorang itu kedatangan haid dalam waktu zuhur sedang ia belom lagi menunaikan solat zuhur tersebut,maka yang wajib baginya hanyalah mengqadakkan solat zuhur itu sahaja tanpa disertakan dengan asar sebagaimana Malikiah. Tetapi sekiranya ia telah suci dari haidnya dalam waktu asar dengan kadar 1 rakaat sebelom terbenam matahari (qaul pertama dalam mazhab Syafie) maka ia wajib menunaikan solat asar tersebut berserta dengan solat zuhur
sebelomnya.

Sumber: Kitab Bidayatul Mujtahid Wa Nihayatul Muktasid (Ibnu Rusyd) = Penjelasan Madini

Sekian. WA.

0 comments:

Post a Comment