Tuesday, December 9, 2008

Sujud Sahwi 3

Salam

Terima kasih kerana menjawab soalan2 sebelum ini. Cuma ada beberapa kemusykilan lanjut dari situ.

1.Tentang jawapan tuan mengenai sujud sahwi:

c. Sujud sahwi kerana meninggalkan sesuatu sunat solat
Dalil: Subulus Salam (1:285 dari Tsauban) "setiap kelupaan itu dua sujud." (Abu Daud)

Q1: adakah maksud di sini sunat ab'ad sahaja atau termasuk juga sunat2 hai'ah?

2. Tentang makmum tak sempat menghabiskan fatihah dan imam telah sujud:

b. Jika anda jenis slow dan Imam jenis laju, maka anda dibenarkan membaca alfatihah hingga selesai (alHumam alMisri, AQwal atTaam fi ahkam al makmum wal Imam).

Q2:hmm... bukankah kalau begini, makmum telah ketinggalan lebih dua rukun?

dan tambahan soalan:

Q3: sekiranya makmum ketinggalan melebihi 2 rukun adalah dianggap tidak sah terus solatnya dan perlu mengulang dari awal atau perlu mufarakah?

terima kasih

================

Wassalam

Jawab:
Ma'afkan kami kerana tidak memahami hasrat anda yg mahukan jawapan dalam versi madzhab Syafi'iy shj.

Q1: Sujud sahwi dilakukan untuk sunat Ab'ad shj. Jika merangkumi sunat Hai'ah sudah tentulah pengikut madzhab ini akan sujud sahwi sepanjang waktu. Saya rasa anda sudah tentu tahu sunat ab'ad. (tasyahud, qunut subuh, qunut witr Ramadhan., selawat dalam tasyahud) (Hasyiah albajuri: 1/167)

Q2 & Q3: Makmum batal solatnya jika ketinggalan 2 rukun dalam keadaan dia sengaja. yang kita sebutkan di sini jika dia ada uzur; salah satu keuzurannya mengikuti madzhab ini ialah makmum yg bacaannya lambat mungkin kerana tua, maka dia dibolehlah lambat melebihi 2 rukun (Mughny Muhtaj: 1/255)

Pendapat sebelum ini adalah pendapat dari ahli Hadis yg tidak mentakwil sunnah. WA

3 comments:

tuah said...

salam..nak tanya macam mana nak duduk semasa nak sujud sahwi.adakah dalam keadaan duduk tahiyyat akhir terus sujud sahwi atau kaki ditukar denga nduduk antara 2 sujud?

salam...

Admin said...

Sempurnakan tasyahud akhir dulu dengan salam lepas itu baru terus sujud sahwi 2 kali, macam biasa lepas sujud yang pertama bangun untuk duduk iftirasy antara dua sujud dan bangun dari sujud ke 2 duduk tawaruk dan beri salam semula macam salam tasyahud akhir...

bacaan yang sama dengan dibaca dalam sujud solat fardu

Tuah said...

maksud saya,semasa hendak memulakan sujud sahwi itu,selepas sempurna tasyhud akhir dan salam dan hendak memulakan sujud sahwi itu, kaki nya mesti duduk tawaruk atau tukar ke dudu iftirasy?

Post a Comment