Friday, January 2, 2009

Hadis Azab Meninggalkan Solat

Assalamulaikum,sya ada persoalan mengenai sepotong hadis yang mafhumnya....ketima zaman nabi dulu telah berlaku mayat yang diseksa oleh seekor ular yang besar ini krana semasa hidupnya mayat tersebut tidak pernah mengerjakan solat....adakah hadis ini sahih atau tidak?Moho penjelasan.
----------

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan yang sdr bktnibong keutarakan mengenai hadith azab meninggalkan solat yang kadar yang mampu, Insyaallah.

Hadith mengenai dihantar seekor ular kedalam kubur seseorang jika ia meninggalkan solat terdapat didalam hadith yang berbunyi :

عن أبي هـريرة عـن النبي صلى الله عليـه وسلم قال :( من تهاون في الصلاة عاقبه الله بخمسة عشرة عقوبة منها ستة في الدنيا وثلاثة عند الموت وثلاثة في القبر وثلاثة عند خروجه من القبر . أما الستة التي تصيبه في الدنيا :
1. ينزع الله البركة من عمره .
2. يمسح الله سيما الصالحين من وجهه .
3. كل عمل يعمله لا يؤجره الله عليه .
4.لا يرفع له دعاء في السماء .
5. ليس له حظ في دعاء الصالحين .
6. تخرج روحه بغير إيمان .
أما الثلاثة التي تصيبه عند الموت فهي :
1. أنه يموت ذليلاً .
2. أنه يموت جائعاً. 7
3. أنه يموت عطشاً ولو سقي ماء الدنيا ما روي من عطشه .
وأما الثلاثة التي تصيبيه في قبره فهي:
1. يضيق الله عليه القبر حتى تختلف ضلوعه .
2. يوقد الله عليه في قبره ناراً ويتقلب على الجمر ليلاً ونهاراً .
3.يسلط الله عليه في قبره ثعباناً يسمى الشجاع الأقرع يضربه على ترك صلاة الصبح من الصبح إلى الظهر وعلى تضييع صلاة الظهر من الظهر إلى العصر وهكذا كلما ضربه يغوص في الأرض سبعين ذراعاَ .
وأما الثلاثة التي تصيبه يوم القيامة فهي :
1. يسلط الله عليه من يسحبه إلى نار جهنم على جمر على وجهه .
2. ينظر الله تعالى إليه بعين الغضب وقت الحساب فيقع لحم وجهه.
3. يحاسبه الله عز وجل حساباً شديداً ويأمر الله به إلى النار وبئس القرار ؟

Dari Abi Hurairah, dari Nabi saw bersabda : "Barangsiapa yang melalaikan akan solat akan menerima 15 balasan dari Allah. 6 balasan semasa hidup, 3 semasa saat kematian,3 didalam kubur dan 3 semasa keluar dari kubur (hari akhirat). Bagi 6 balasan semasa hidup :

1. Allah akan mencabut barakah dari umurnya
2. Allah akan membuang ciri-ciri orang yang baik dari wajahnya
3. Setiap amalan yang dilakukan Allah tidak akan dibalas
4. Do'anya tidak akan naik ke langit
5. Bukan darinya dianggap sebagai do'a orang yang soleh
6. Roh dikeluarkan tanpa Iman

Bagi 3 balasan semasa hendak mati :

1. Mati didalam keadaan memalukan
2. Mati didalam keadaan lapar.
3. Mati didalam keadaan haus, walaupun jika ia minum air seluruh lautan sekalipun ia masih haus.

Bagi 3 balasan semasa didalam kubur :

1. Allah menyempitkan kuburnya sehingga tulang rusuknya bertemu
2. Allah membakar kuburnya dengan api dan menukarkan bahan pembakar api siang dan malam
3. Allah menghantarkan seekor ular yang bernama "al-syujaa'" yang akan memukulnya dari pagi sehingga tengahari kerana meninggalkan solat Subuh, dari tengahari sehingga Asar kerana meninggalkan Asar dan seterusnya. Dengan setiap pukulan ia boleh menimbuskan seseorang sejauh 70 ela kebawah tanah.

Bagi 3 balasan dihari Kiamat :

1. Allah menghantar mereka yang bersamanya kedalam neraka dengan cara menarik mukanya.
2. Allah melihatnya dengan marah yang menyebabkan daging dimukanya jatuh kebawah
3. Allah mengadilkannya secara ketat dan mencapakkannya kedalam api neraka dan ia adalah satu keputusan yang buruk!

------
Menurut Dr Husamuddin bin Musa Afana, pensyarah Usul Fiqh di Universiti Al-Quddus :-

؟ هو حديث مكذوب على الرسول صلى الله عليه وسلم وهذا ظاهر من ركاكة ألفاظه وضعف سياقه وقد نص أهل الحديث على أنه مفترى على النبي صلى الله عليه وسلم وقد كذب هذا الحديث وركبه أحد الكذابين على رسول الله صلى الله عليه وسلم ويدعى محمد بن علي بن عباس البغدادي العطار .

"Hadith itu merupakan satu penipuan keatas Rasulullah saw, dimana kelihatan perkataan / bahasa yang digunakan agak lemah dan ulama' telah mengatakan bahawa Hadith ini satu fabrikasi (yang diada-adakan) keatas Nabi saw dan berbohong mengenai hadith ini dan merupakan penipuan keatas Nabi saw sebagaimana yang dipanggil oleh Mohammad bin Ali bin Abbas Al-Baghdadi Al-'Athar. "

ونقل الحافظ ابن حجر كلام الإمام الذهبي وقال الحافظ :[ زعم المذكور أن ابن زياد أخذه عن الربيع عن الشافعي عن مالك عن سمي عن أبي صالح عن أبي هريرة وقال الحافظ بن حجر : وهو ظاهر البطلان من أحاديث الطرقية ]. لسان الميزان 5/334.
ذكر الإمام بن عراق الحديث من ضمن الأحاديث المكذوبة على الرسول صلى الله عليه وسلم ونقل كلام الإمامين الذهبي وابن حجر ووافقهما على ذلك . تنزيه الشريعة 2/ 114.

Al-Hafiz menaqalkan perkataan Imam Al-Zahabi, kata Al-Hafiz : 'Dakwaan bahawa Ibn Zaid menerima dari Al-Arbi' dari Al-Syafie, dari Malik, dari Sami, dari Abi Sooleh dari Abi Hurairah, kata Al-Hadiz bin Hajar : Dia pada luaran/zahirnya terbatal dari perjalanan Hadith]. (Lisaan Al-Miizaan, 5/334). Al-Imam bin Iraaq menyebut bahawa hadith yang menipu Rasulullah saw dan menaqalkan perkataan 2 Imam iaitu Al-Zahabi dan Ibn Hajar dan persetujuan mereka berdua. (Tanzih Al-Shariah, 2/114)."

Seterusnya Dr Husamuddin melarang penggunaan hadith ini,

ولا يجوز نشره على الناس ولا تعليقه في المساجد ، لأن ذلك من الكذب على الرسول صلى الله عليه وسلم

"dan tidak boleh disebarkan dan [yang kebiasaannya] ditampalkan di masjid-masjid, kerana ia merupakan satu pembohongan keatas Rasulullah saw."

Menurut bekas Mufti Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz bin Baaz :

أما الحديث الذي نسبه صاحب النشرة إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم في عقوبة تارك الصلاة وأنه يعاقب بخمس عشرة عقوبة الخ : فإنه من الأحاديث الباطلة المكذوبة على النبي صلى الله عليه وسلم كما بين ذلك الحفاظ من العلماء رحمهم الله كالحافظ الذهبي في " لسان الميزان " والحافظ ابن حجر وغيرهما .

"Mengenai hadith yang mana pengarang risalah itu mengaitkan Rasulullah saw mengenai pembalasan-pembalasan keatas mereka yang meninggalkan solat, dimana ia mengatakan 15 siksaan dihantar keatasnya dsb.., Ini merupakan hadith yang direka-cipta dan batil yang dikaitkan keatas Nabi saw, sebagaimana yang dinyatakan oleh ulama' seperti Al-Hafiz al-Zahabi didalam Lisaan Al-Miizaan, dan juga Al-Hafiz Ibn hajar dan lain-lain" - Majalah al-Buhooth al-Islamiyyah (22/329).

Bekas Mufti Saudi selepas Bin Baaz, Sheikh Ibn Utsaimin pula berkata :

هذا الحديث موضوع مكذوب على رسول الله صلى الله عليه وسلم لا يحل لأحد نشره إلا مقروناً ببيان أنه موضوع حتى يكون الناس على بصيرة منه

"Hadith ini Mawdhu' (palsu) dan batil yang dikaitkan kepada Rasulullah saw. Tidak dibenarkan menyebarkannya, hanya jika ia ditulis dengan kenyataan bahawa hadith ini rekaan, agar orang yang membaca mempunyai pemahaman yang jelas mengenainya"

Fatwa yang dikeluarkan oleh al-Lajnah Al-Daaimah yang benombor : 8689 juga mengatakan bahwa hadith in batil sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Hajar didalam Al-Lisaan.... dan pada zahirnya batil dari perjalanan hadith-hadith sebagaimana yang dikatakan oleh Al-Zahabi didalam Al-Miizaan.

Kesimpulannya ialah Hadith bagi orang yang meninggalkan solat akan dihantar ular yang bernama "Al-Syujaa'" semasa didalam kubur, termasuklah didalam hadith 15 siksaan keatas orang yang meninggalkan solat, dimana taraf hadithnya ialah Mawdhu' dan batil. Ulama' mengatakan apa yang diturunkan oleh Allah dan dinyatakan oleh Nabi mengenai pembalasan Allah swt telah mencukupi.

---------------------
Rujukan :

1. Dr Husamuddin bin Musa Afana. حديث مكذوب في حكم تارك الصلاة . url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=51455

2. Sheikh Ibn Utsaimin. Al-Fatawaa. Markaz Dakwah bi‘Anayzah[/b] - 1. ms 6.

3. Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta - 4. Riyad : Dar Al-Mu'ayad, 2000. ms 480

3 comments:

Tantariyamlaklam said...

hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Unknown said...

Asalamualaikum...
Saya ingin bertaya..
Apa maksut de gan mati yang dimalukan.
Mohon penjelasan dan contoh..
Terimakasih dari saya Darto Adam hamba yang masih buta ilmu agama.

Unknown said...

Ada satu rahsia yang akan mengubah hidup anda buat selama lamanya dan juga memastikan anda capai kebebasan kewangan anda jauh lebih cepat dari apa yang anda rancang sebelum ini.
Jangan terkejut. Begitu mudah dan senang...Hanya klik di link dibawah ini..

http://www.rm20segera.com/?r=duitpantas64

Mesti anda tidak sabar untuk mengetahuinya kan....apa tunggu

http://www.rm20segera.com/?r=duitpantas64
http://www.rm20segera.com/?r=duitpantas64
http://www.rm20segera.com/?r=duitpantas64

Post a Comment