Friday, January 23, 2009

Software Waktu Solat

Salam

Saya ada install satu software yang tentukan masa waktu solat. Yg menariknya, software tersebut menggunakan cordinat (Latitud dan Longitud) bagi menentukan kedudukan kawasan saya.

Hasil dari pengiraan, kebanyakkan waktu solat adalah sedikit berbeza (+- 2 minit) berbanding takwim.

Soalan : Adakah boleh jika saya ikut waktu solat dari software yang gunakan itu?

Wassalam

**********
al-jawhar
Panel Feqh

Wa'alaikumussalam .w.t.h

al-jawab :

Jawapan ringkas dari saya ialah , seharusnya saudara Ibn_ahmad menggunapakai waktu solat yang terdapat dalam taqwim yang memang jelas dan diyakini akan kesahihannya supaya enta tidak terjebak kepada perbuatan atau perkara yang meragukan...

Ini kerana sekiranya memang sudah jelas waktu solat yang dikira dengan menggunakan software tersebut terlebih atau terkurang 2 minit daripada waktu taqwim , maka perkara ini sememangnya telah menimbulkan syubhat yang seharusnya ditinggalkan.Tambahan pula kebanyakkan Islamic software yang banyak terdapat di internet atau di kedai-kedai pc adalah tidak pasti ketepatan dan kesahihannya , seperti naskhah al-quran yang digunakan dalam telefon bimbit yang mana mengikut kajian Majlis fatwa Kebangsaan dan JAKIM , banyak terdapat software al-quran tersebut yang salah dari segi ayat dan kandungannya.

Bukan ke lebih baik kita mengikut perkara yang telah disepakati dalam negara kita daripada kita mengikuti perkara-perkara yang masih belum pasti kesahihannya.

WA

0 comments:

Post a Comment