Wednesday, December 17, 2008

Qadha Solat Ketika Matahari Naik

Adakah boleh seseorang islam sembahyang wajib yang tertinggal di waktu matahari naik atau selepas asar dan apa kah hukumnya.



Jawapan
Terimakasih kerana mengunjungi aL-AHKAM online. Alhamdulillah inilah jawapannya:

Terdapat lima waktu yang diharamkan mengerjakan sembahyang . Menurut Syaeikh Abu Syujak di dalam kitab matannya:
"Terdapat lima waktu yang tidak boleh seseorang itu mengerjakan sembahyang, iaitu: Selepas sembahyang subu hingga terbit matahari, ketika terbit matahari hingga menjadi sempurna dan naik hingga setinggi tombak, ketika matahari berada betul-betul ditengah langit hingga tergelincir, selepas sembahyang Asar sehingga terbenam matahari, ketika terbenam matahari sehingga terbenam dengan sempurna."

Penetapan waktu yang dilarang ini adalah berdasarkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w., antaranya ialah:
Uqbah binAmir berkata: "Terdapat tiga waktu yang Rasulullah s.a.w melarang kita mengerjakan sembahyang atau menguburkan mayat, iaitu ketika terbit matahari secara nyata sehingga naik, ketika sesuatu berdiri tegak di tengahhari hingga tergelincir matahari, dan waktu matahari condong hampir terbenam." (Riwayat Muslim)

Abu Hurairah meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w.:
"Bahawasanya Rasulullah s.a.w. menegah sembahyang selepas sembahyang Asar hingga terbenam matahari dan selepas sembahyang Subuh sehingga terbit matahari." (Riwayat Syaikhan)


Pengecualian >>>
. Tidak mengapa mengerjakan sembahyang pada lima tempat berkenaan di Mekah.
. Dikecualikan juga sembahyang-sembahyang yang mempunyai sebab yang mendahului, seperti sembahyang sunat tahiyatul masjid, sembahyang sunat wudhuk, sembahyang jenazah, sujud tilawah, sujud syukur, sembahyang istisqa' (gerhana). Juga termasuk sembahyang yang mempunyai sebab ialah sembahyang qadhak. Diharamkan pada waktu berkenaan mengerjakan sembahyang sunat yang tidak bersebab, seperti sembahyang sunat mutlak, atau sembahyang yang mempunyai sebab yang terkemudian seperti sembahyang sunat ihram, sembahyang tasbih dan sembahyang istikharah.


Sila berkunjung lagi ke aL-AHKAM online
Wallahu a'lam


Rujukan
1. Fathul Mu'in (bihamisy I'anah al-Thalibin), Syeikh Zainudin al-Malbari
2. Kifayatul Akhyar, vol 1, Imam Taqiyuddin Abu Bakar bin Muhamad al-Husaini

2 comments:

hanturaya said...

mana de matahari naik atau menurun,, yang ada bumi yang berpusing itu yang menyebabkan nampak matahari naik dan menuurun.Matahari tetap kat tempat dia...bumi yang berpusing.

Ema brutal said...

haiss kmu tu hantu raya mana tahu apa2 bab agama.yg kamu tahu merasuk org!dh nama pn hantu raya.keja kmu nyesat kn org je le

Post a Comment