Friday, January 23, 2009

tertib bacaan surah ketika solat

salam kepada semua...

surah lepas fatihah dalam solat, kenapa kita kena baca ikut tertib kalau ikut quran dari kanan ke kiri. contohnya rakaat pertama baca surah qulhuallahu ahad. jadi rakaat kedua, kena baca surah al-falaq, atau an-naas. x bleh baca surah al-kafirun atau yg sebelumnya.

apakah hukum kalau kita buat sebaliknya? status solat?

trma kasih. wassalam


*********************
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan stutroop dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Ulama' khilaf mengenai susunan surah didalam al-Quran. Beberapa mushaf mempunyai aturan surah yang sedkit berbeza, contohnya Mushaf Ibn Mas'ud ra.

Mengenai aturan surah didalam solat, berikut adalah beberapa dalil bahawa membolehkan membaca surah tidak menurut susunannya.

a. Terdapatnya dalil dari Hudhaifah ra. yang pernah bersolat dengan Nabi saw, dimana baginda membaca al-Fatihah, diikuti dengan surah al-Baqarah, di ikuti dengan surah al-Nisaa' , dan barulah surah Aal 'Imran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim (# 772).

Didalam mensyarahkan hadith ini, Imam Nawawi memetik kata2 Qadi Ayyad : larangan salaf membaca al-Quran terbalik ditafsirkan sebagai mereka yang membaca dari hujung surah ke awal surah, dan bukannya aturan surah, yang merupakan permasalahan ijtihad.

b. Telah diriwayatkan oleh Anas ibn Malik ra., terdapat seorang lelaki dikalangan Ansar yang menjadi Imam di Masjid Quba, yang membaca surah al-Ikhlas pada 2 rakaat pertama solatnya. Apabila ditanya oleh baginda saw, dia menjawab "Aku mencintainya". Maka Baginda pun berkata :

حبك إياها أدخلك الجنة
"Cinta kamu membenarkan kamu memasuki Syurga" [Hadith riwayat al-Bukhari secara mu'allaq].

c. Para sahabat juga pernah membaca ayat tidak mengikut susunan. Al-Ahnaf pernah membaca dalam rakaat pertama al-Kahf, dan surah Yusuf atau Yunus dalam rakaat kedua, dan beliau mengatakan bahawa dia pernah bersolat dibelakang Umar ra. dan beliau melakukan bacaan yang sama [berkata al-Bukhari).

Kesimpulannya, tidak ada masalah jika surah yang dibacakan terbalik dan solat tersebut sah. WA.

Sekian, wassalam

0 comments:

Post a Comment