Friday, January 23, 2009

lanjutan soalan sujud lama semasa tahiyyat akhir

Salam

Maaf kpd para panel sekalian.

sy ingin bertanya sedikit lg utk kesimpulan dr soalan terdahulu yg sy kirimkan.

Adakah ini bermakna tdk ada halangan bg sesiapa yg bersolat utk sujud lama sedikit semasa tahiyyat akhir utk berdoa dlm hati kerana sy difahamkan juge antara doa2 yg mustajab adalah semasa di akhir sujud dlm solat kita.

Berikutan Nabi juga pernah lakukan adakah ia juga merupakan sunnah ?

sy diberitahu bbrapa pendpt .Jadi sy mahukan sumber yg paling rajih dlm mazhab Syafie.

syukran...

*******************
Abu_Umair
Panel Feqh
Quote:

kerana sy difahamkan juge antara doa2 yg mustajab adalah semasa di akhir sujud dlm solat kita.

Memang antara tempat yg digalakkan berdoa ialah pada ketika sujud. Sebagaimana hadis sahih menyebut:
وأما السجود فاجتهدوا فيه الدعاء فقمن أن يستجاب لكم
ertinya: Manakala ketika sujud, maka bersungguh2lah berdoa. Sudah pasti akan diperkenankan kepada kamu.
HR Muslim 1/348 no: 479

TETAPI, menKHASkan doa pada sujud terakhir itulah yg tidak ditemui dalil2nya.

Quote:

Berikutan Nabi juga pernah lakukan adakah ia juga merupakan sunnah ?

jika yg dimaksudkan, Nabi pernah memanjangkan sujud terakhirnya, rasanya lebih baik dikemukakan hadis yg dimaksudkan itu. Jika dibawakan hadis itu, dan didapati ia SAHIH, maka barulah kita boleh mengatakan ia sunnah Nabi SAW.

Tetapi apa yg ana dapati dari fatwa2 ulama spt Jibrain dll mereka menfatwakan BUKAN SUNNAH memanjangkan sujud terakhir sahaja.
Malahan ada fatwa yg mengatakan ia satu perkara yg diada2kan dalam agama.

Oleh itu, tidak mengapa untuk memanjangkan sujud dalam sembahyang sunat anda. sebagaimana sunnah Nabi SAW. Tetapi ada baiknya tidak mengKHASkan pada sujud terakhir.

wallahu a'lam.
_________________
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam. Sekadar tambahan.

Berikut kami petikkan 2 fatwa berkenaan isu memanjangkan sujud didalam solat.

Fatwa 1 - dari Laman Islamweb dibawah pengawasan Dr Abdullah Al-Faqih :-

فإن السجود في الصلاة يعتبر من مواطن إجابة الدعاء التي ينبغي تحريها والاجتهاد في الدعاء فيها، ففي صحيح مسلم أنه صلى الله عليه وسلم قال: أقرب ما يكون العبد من ربه وهو ساجد، وفيه أيضاً: فأما الركوع فعظموا فيه الرب، وأما السجود فاجتهدوا في الدعاء فقمن أن يستجاب لكم. ثم إن التطويل في السجود جائز عموماً لكن تخصيصه بالسجود الأخير أو غيره أمر غير وارد، فلو وقع مرة أو صدفة فلا بأس بذلك، ولا يداوم عليه، هذا إن كان المصلي منفرداً، أما إذا كان إماما فلا ينبغي أن يطول طولاً يتضرر به من خلفه؛ لما في مسلم أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إذا أم أحدكم الناس فليخفف، فإن فيهم الصغير والكبير والمريض والضعيف، وإذا صلى وحده فليصل كيف شاء. قال النووي في هذا الحديث: الأمر للإمام بتخفيف الصلاة بحيث لا يخل بسننها ومقاصدها، وأنه إذا صلى وحده طول ما شاء في الأركان التي تحتمل التطويل، وهي القيام والركوع والسجود والتشهد دون الاعتدال والجلوس بين السجدتين.

Fatwa 2 - dari Laman Islamqa, fatwa Sheikh Saleh al-Munajjid dan Sheikh Abdul Karim al-Khudair :-

لا يجوز للمأموم أن يتقدم على الإمام ، فتحرم مسابقة الإمام ، وكذلك التأخر عنه تأخرا بينا بحيث يفوته الركن الذي يليه ، لقوله عليه الصلاة والسلام : " إنما جعل الإمام ليؤتم به ، فإذا كبر فكبروا ، وإذا ركع فاركعوا " ، فالعطف بالفاء يقتضي المبادرة بالمتابعة ، كما هو معروف مما تفيده الفاء من العطف والتعقيب.

الشيخ عبد الكريم الخضير .
وإتقان الصلاة لا ينافي متابعة الإمام ما دام الإمام يطمئن بالصلاة وتخصيص السجدة الأخيرة بالتطويل من دون بقية سجدات الصلاة ليس عليه دليل ولا يجوز الابتداع في الدين والله أعلم.


Kesimplan fatwa diatas :-

a. Terdapat hadith sahih yang membolehkan berdo'a semasa sujud.

b. Secara UMUMnya, memanjangkan sujud dibenarkan, akan tetapi tidaklah ada nas yang mengkhususkannya disujud akhir.

c. Memanjangkan sujud dilakukan semasa solat bersendirian eg: Solat Sunat.

d. Imam tidak dgalakkan memanjangkan sujud. Imam digalakkan meringankannya, agar tidak memudharatkan makmum yang mengikutinya bersolat.

e. Memperbaikkan solat (makmum) tidak menafikan (bertentangan) mengikuti Imam, selama mana Imam tidak tergesa-gesa didalam solatnya. Imam itu adalah untuk diikuti. Tidak cantik kalau Imam sudah selesai sujud, dan makmum masih belum selesai sujud lagi. WA.

Sekian, wassalam

1 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum,sy nk bertanya sy juga pernah sujud agak lama ketika solat fardu..ketika sudud yg terakhir adakah harus atau tidak harus.. tolong jawap ye ustaz..

Post a Comment