Monday, January 19, 2009

Cara Solat Sunat Taubat

assalamualaikum,
saya ada nak mintak tanyer.

bolehkan ustaz - ustaz di al-ahkam forum bagi tahu saya cara-cara untuk melakukan solat sunat taubat ?
apakah yg perlu dibaca?

terima kasih

************
wa'alaikumusalam

Alhamdulillah Kami akan cuba menjawab soalan adik ubu233 dengan sekadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Mazhab Malik, Syafie, Hanafi dan Ahmad berpendapat bahawa adalah mustahab(digalakkan) bagi seseorang itu melakukan solat taubah. Ini berdasarkan hadith :- dari Abi Bakr ra berkata : aku telah mendengar dari Rasulullah saw berkata :-

ما مِن رجل يُذنب ذنبًا ثم يقوم فيتطهَّر ثم يُصلِّي ـ أي ركعتين ـ ثم يَسْتغفر الله إلا غُفِرَ لَه"، ثمَّ قرأ هذه الآية: (وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ . أُولَئِكَ جَزَاؤُهُمْ مَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ) (سورة آل عمران:135-136).

"Tidak ada seorang lelaki berdosa yang melakukan dosa, kemudian dia berdiri membersihkan diri lalu bersolat - 2 rakaat - kemudian memohon pengampunan dari Allah swt, melainkan dosa telah diampunkan. Kemudian dia membaca ayat ini :-Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. ''-[surah Aali Imran 135-136]" - [Hadith Hasan, riwayat Abu Daud, Al-Nassa'i, Ibn Maajah, al-Bahaqi dan al-Tirmudzi, didalam sahihnya al-Albani ].

Kafiat solat taubah menurut hadith di atas ialah :-

a. Ambil wudhu'
b. Lakukan Solat sunat 2 rakaat
c. Setelah selesai solat, beristigfar / mohon ampun daripada Allah swt.

Solat taubat ini boleh dilakukan pada bila2 masa, melainkan pada waktu-waktu yang dilarang bersolat. Tidak ada bacaan do'a khusus selain dari istigfar selepas solat, dan tidak ada bacaan surah-surah tertentu semasa bersolat. Ulama' mengatakan bahawa memadai membaca surah-surah yang mudah bagi yang melakukan. Lakukan seperti solat sunat biasa. WA.

wassalam.
==============
Rujukan :

1. Markas Fatwa pimpinan Dr Abdulllah al-faqih. ماذا تقرأ في صلاة التوبة . url : http://www.islamweb.net/ver2/Istisharat/ShowFatwa.php?lang=A&Id=50932&Option=FatwaId

2. Markas Fatwa pimpinan Dr Abdulllah al-faqih. وقت صلاة التوبة ودعاؤها . url : http://www.islamweb.net/ver2/Istisharat/ShowFatwa.php?lang=A&Id=42052&Option=FatwaId

Sheikh Hj Kamin - AAN

22 comments:

Anonymous said...

salam, saya hamba Allah yang pernah melakukan kesilapan. saya betul2 dah bertaubat, n saya dah tak pernah lagi ulangi kesilapan saya yang lalu.. dan sekarang saya juga sudah berumah tangga,punya seorang anak dan sangat bahagia. tapi hati saya masih tak tenang dah saya sering di bayangi kesilapan n dosa2 yg lalu.. saya nak mintak nasihat dan pendapat dari yg berkenaan. apa yang perlu saya buat???????

Admin said...

Lakukan solat taubat 2 rakaat di atas, sebaik-baiknya lepas tengah malam, istighfar dan berdoa memohon ampun dengan sungguh-sungguh.

Perbanyakkan solat sunat malam dan baca quran, menderma kepada anak-anak yatim.

Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Anonymous said...

Salah satu adab dalam bertaubat kepada ALLAH adalah, kita perlu bersangka baik dengan ALLAH. Setelah bertaubat, kita kena yakini dalam hati bahawa ALLAH telah menerima taubat kita dan dosa kita telah terampun. Dan kita kena sentiasa bersyukur atas kesedaran yg ALLAH berikan kpd kita, sentiasa menginsafi diri dan jaga diri kita dari melakukan maksiat kpd ALLAH.

rin_wan90 said...

Assalamualaikum... boleh ka sy dapatkan doa melayu lengkap solat sunat taubat?

Admin said...

w'salam...

sila muatturun himpunan doa-doa dalam ruangan Muatturun PDF sidebar.

Anonymous said...

Jikalau dilaksanakannya solat sunat taubat pada sore hari setelah sholat ashar apakah bisa ?

Admin said...

lebih baik dilakukan dalam waktu lain terutamanya akhir malam... tidak ada solat sunat selepas solat 'asar...

beezharith said...

bagaimana mahu menegmbalikan hak orang2 yang kita tak tahu mereka dimana.contoh saya seorang guru...kdg2 salah silap menyelenggara duit kutipan kelas...jadi nak pulangkan tak tahu dan tak ingat mereka dimana...so bolehkan diniatkan sedekah atas nama mereka.....sebab saya ade merujuk dalam beberapa kitab...jalan yang terbaik untuk masalh ini adalah bersedekah

Unknown said...

apaka jenis solat sunat yang boleh dilakukan pada waktu pagi (8-11 pagi)

Admin said...

solat sunat dhuha

Anonymous said...

assalam,

sy merupakan seorg pemuda, saya ingin berkahwin, tetapi bakal isteri saya enggan kerana ingin mengumpul wang untuk mengelakkan dari menyusahkan keluarganya. Masalahnya, kami sering terbayang2 melakukan persetubuhan bersama2. Ada juga beberapa kali kami menyewa hotel untuk bersama, tetapi sekadar ringan2, tidak sampai kepada persetubuhan sebenar. Adkah ianya dikira zina? sy sudah melakukan sunat taubat beberapa kali, takut x diterima Allah..Alhamdulillah, kami bersetuju untuk kahwin pada tahun hadapan. Tolong Ustaz.

Anonymous said...

bagaimana pula d0sa kita sesama manusia? terutama sekali apabila org yg kita lakukan kesilapan itu telah tiada. bagaimana untuk kita mohon maaf kpdnya? b0lehkah dgn cara memperbanyakkan solat taubat?

Admin said...

Anda belum berkahwin jadi itu tidak dinamakan zina namun ia tetap haram dan satu dosa. Dalam Islam duduk berduaan dengan bukan mahram adalah dilarang walaupun anda telah bertunang apa lagi membawa ke hotel dan tidur bersama. Taubatlah dengan sebenar benar taubat dengan azam kuat untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama dosa anda akan diampunkan oleh Allah. Itu janji Allah kepada kita.

Jadikan amalan bagi kita memohon ampun kepada Allah dengan solat sunat taubat. Perbanyakan istighfar selepas solat fardu memohon dosa-dosa kita diampunkan. Tambah lagi amalan sunat dan banyak membantu fakir miskin. WA

Admin said...

Dosa sesama manusia terpulang kepada kita untuk mengampunkan atau tidak. Adalah lebih baik kita mengampunkan dosa2 sesama manusia kerana itu yang diterangkan dalam Quran. Berjumpalah dengan waris simati dan ceritakan padanya kesalah yang kita lakukan dan kita memohon ampun, kembalikan hak mereka yang telah kita ambil jika ada.

Kasih sayang Allah mendahului murkaNya, perbanyakan taubat dan mohon ampun Allah akan mengampunkan dosa2 kita. Rujuk dan baca alQuran banyak sekali ayat2 yang menceritakan keampunan Allah. WA

miss Jj said...
This comment has been removed by the author.
miss Jj said...

assalammualaikum ustaz, saya nak tanya, sekiranya seseorang itu melakukan dosa besar,kemudian bertaubat. tetapi tidak lama selepas itu beliau mengulangi kesilapannya dengan melakukan dosa besar tersebut. adakah taubatnya akan tetap diterima sekiranya dia bertaubat semula. tolong bagi pendapat agar iman beliau dapat dikekalkan. terima kasih ustaz. wasalam.

Admin said...

W'salam miss Jj,

Taubat akan diterima oleh Allah namun taubat bukan perkara yg boleh dibuat-buat bukan satu lakunan. Perasaan insaf yang hadir bukan boleh diada-adakan, ia adalah cahaya iman yg membuat kita benar2 menghayati kebesaran Allah swt.

sila baca jawapan taubat bagi dosa yang berulang:

http://qawanitadanperkahwinan.blogspot.com/2010/12/masihkah-ada-taubat-bagi-dosa-yang.html.

nanie said...

adakah slh kalau menunaikan solat sunat taubat dengan berniat dlm bhsa melayu?? bagaimana hendak berniat dlm bhsa arab ( solat sunat taubat )??

agung hermawan said...

terimakasih

Anonymous said...

asslmualaikum... apakah hukumnya membayangkan perlakuan persetubuhan menerusi sms dengan pasangan? adakah dikira seperti dosa melakukan zina?

SUHAIZAH said...

assalammualaikum,saya hamba allah sering melalukan dosa,lepas saya buat solat taubat saya berazam tidak mahu mengulangi pekara itu tapi xlama kemudian saya buat jugak dosa itu ape yg saya perlu buat saya betul2 ingin insaf ke jalan yg benar...

Anonymous said...

assalamualaikum.
niat nyer macam maner?

Post a Comment