Friday, January 23, 2009

Cara-cara Solat Bagi OKU

Salam

Saudara sy mengalami accident. Kaki kiri terpaksa dipotong diatas paras lutut. Oleh yg demikian beliau mengerjakan solat dgn cara duduk.

Disini sy pohon penjelasan dari ahli panel tentang;

i. cara menunaikan solat secara duduk,
ii. bagaimana cara yg betul dlm membezakan ruku' dan sujud,
iii. berdasarkan pandangan syara', adakah sah solat jika beliau memakai kaki palsu ketika mengerjakan solat?

Sekian, terima kasih

Wassalam

************
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Berdiri (Qiam) merupakan rukun solat sebagaimana firman Allah swt :-

وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ
"....dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk. " [Surah al-Baqarah : 238]

صل قائماً
"Solatlah secara berdiri" [Hadith Riwayat al-Bukhari #1066]

Walaubagaimanapun, berdiri, rukuk, sujud etc yang sempurna, dilakukan oleh mereka yang mempunyai kemampuan dan keupayaan. Bagi golongan yang kurang upaya (OKU), mereka boleh bersolat ikut kadar mana yang mereka mampu. Tidak ada pergerakkan spesifik yang dinyatakan. Golongan OKU terdapat pelbagai; ada yang buta penglihatan, cacat anggota, atau ada yang sakit terlantar di katil. Oleh itu, mereka akan bersolat menurut kemampuan masing2. Berikut kami papar-paparkan beberapa hadithnya :-

Imran bin Husain berkata :

كانت بي بواسير فسألت الرسول صلى الله عليه وسلم فقال : صلِّ قائماً فإن لم تستطيع فقاعداً فإن لم تستطيع فعلى جنب
"Aku mempunyai bawasir dan aku bertanya kepada Rasulullah mengenainya dan baginda bersabda : Solatlah berdiri, jika kamu tidak mampu, maka solat duduk, jika tidak mampu, maka solat mengiring" [Hadith Riwayat Bukhari #1066]

Didalam hadith lain, Imran bin Husain berkata : Rasulullah saw bersabda :-

صلِّ قائماً فإن لم تستطع فقاعداً ، فإن لم تستطع فعلى جنب
"Solatlah berdiri, jika kamu tidak mampu, maka solat duduk, jika tidak mampu, maka solat mengiring [Hadith Riwayat al-Bukhari #1117]

Diriwayatkan dari Jabir ra. bahawa Nabi saw bersabda kepada serang yang sedang sakit yang bersolat menggunakan bantal untuk melakukan ruku' dan sujud :

صلِّ على الأرض إن استطعت ، وإلا فأومِ إيماءً ، واجعل سجودك أخفض من ركوعك
"Bersolatlah diatas bumi jika kamu mampu, jika tidak mampu, gerakkan kepala kamu (atau guna isyarat), dan jadikan sujud kamu lebih rendah dari ruku" [Hadith Riwayat al-Baihaqi #4359]
---------

Hadith diatas menjelaskan bagaimana seorang yang sakit menunaikan solat; samada berdiri, duduk ataupun baring. Untuk membezakan antara sujud dan ruku', bezakan sahaja kadar tunduk kepala, dimana sujud lebih rendah dari ruku'. Kadarnya ; ikut kemampuan masing-masing.

Seseorang itu boleh bersolat menggunakan kaki palsu. Malahan, kerusi roda atau kerusi biasa juga boleh digunakan didalam solat. WA.

sekian, wassalam

3 comments:

Anonymous said...

kerana cacat kekal-lutut patah saya mampu solat berdiri dan rukuk tapi tak boleh duduk tahyat dan bangun dari tahyat ,saya solat di atas kerusi..jika musafir akan solat duduk sahaja..saya terbaca jika mampu berdiri solat tidak dikira sah jika solat secara duduk..minta pandangan dan jawapan..Assalamualikum.

Unknown said...

Apakah hukum memakai jari palsu ketika solat?

Unknown said...

Apakah hukum memakai jari palsu ketika solat?

Post a Comment