Friday, January 23, 2009

Solat Sunat

Salam

di sini ada satu soalan, bolehkah kita menghimpunkan 2 solat sunat seperti solat tarawih dgn solat hajat @ lain2 dlm 1 solat?? (soalan utk bulan puasa..)
SJ AAN pernah beritahu bahawa boleh menghimpun 2 solat sunat dlm satu2 masa, melalui mazhab maliki...sekian, syukran..

Wassalam

****************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Kaedah yang masyhur:
Apabila terhimpun dua perkara yang sama jenisnya, dan tidak berbeza maksud kedua-duanya, maka boleh berlaku tadakhul (pertindihan).
lihat: Al-Asybah wa al-Nazhair m/s 241.

Dari kaedah ini, difahami, syarat untuk berlaku pertindihan antara dua ibadah ialah:

i-kedua-duanya mestilah ibadah yg sama jenis, spt: sembahyang dgn smbahyang, puasa dgn puasa, tawaf dgn tawaf.

ii-kedua-duanya mestilah tidak berbeza maksud.

oleh itu boleh berlaku pertindihan sekiranya solat kedua itu solat yg tidak bermaksud spt: solat tahiyyat masjid, solat wudhu'. Adapun solat yg bermaksud spt: solat istikharah, solat hajat (jika dikatakan sabit), maka yg aula hendaklah dilakukan berasingan.

Wallahu A'lam.

0 comments:

Post a Comment