Tuesday, December 30, 2008

Masalah Buang Angin

Salam

Alhamdulillah... Jazaka Allahu Khairan... kat para ahli panel feqh... kerana menjawab soalan saya sebelum ini iaitu sambungan sedikit anjing dan masalah kentut/angin.

ya,saya masih ingin memohon jawapan/penerangan daripada panel feqh.. ini kerana soalan2 saya ini terpendam lama sebab tak dpt nak register dan tak dpt nak kemuka soalan. alhamdulillah,skrg saya dpt guna kemudahan ini.

mengenai masalah kentut/angin,saya masih menghadapinya setiap hari. utk pengetahuan panel feqh,time bulan Ramadhan,pun ada gejala kentut juga.

saya nak tanya,apakah yg saya perlu buat jika masalah angin/kentut ni dtg pada waktu saya sedang solat? apakah menahannya? apakah blh solat terus kerana masalah ini sukar nak dielakkan? nak tau,masalah kentut saya ni berterusan juga,selang 10 minit gitu. ia mmg membingungkan.. apakah haram meneruskan solat jika kentut dtg pada waktu itu sedangkan saya cuba sedaya upaya menahannya? apakah kena qada solat ke waktu lain? apakah ada rukhsah mengenai ini? sebab setakat ni,saya masih tercari-cari juga penyelesaian. ia mmg kentut dan ada angin keluar dari dubur saya...

1 lagi,saya ada kesukaran disebabkan masalah byk kentut/angin. saya ada terbaca angin ini ada keluar dlm bentuk cecair dan gas. jika keluar dlm bentuk cecair,maka ada najis lah pada seluar saya kan.. kadang2 ia berlaku semasa saya keluar dari rumah,jadi,saya tak dpt tukar seluar itu kan jika di luar rumah. apakah blh solat? kalau di rmh itu,saya ada khususkan baju,seluar dan seluar dlm utk solat sahaja. tapi jika di luar rumah,macam mana ye? mohon penerangan...

saya pernah terbaca 1 hadis Rasulullah SAW,bunyinya mcm ni,jilatan kucing kena dicuci sebyk 3 kali.. minta maaf,saya tak dpt jumpai hadis tersebut yg lengkap tapi saya ingat bunyinya mcm itu. jadi,apakah jilatan kucing itu termasuk najis pertengahan?

nak tau,kami ada pelihara 1 kucing. lagipun,saya selalu berjumpa dgn kucing2 liar utk beri makan. jadi,saya suka pegang/main2 dgn kucing ini.. saya ada ternampak juga kucing ni ada jilat2 pada bahagian badannya. jadi,jika saya pegang/sentuh badan kucing itu,apakah najis itu akan berpindah pada saya? atau pun jika kucing itu menjilat tangan saya,baru dikira najis itu pada tangan saya? wajib dicuci 3 kali kan dgn air? mohon penjelasan...

Jazaka Allahu Khairan...

---------
Wassalam

al-Jawab:

Nampaknya masalah kentut ni masih belum selesai lagi.

Dari apa yang anda ceritakan itu, maka anda termasuk dalam orang yg udzur sama seperti orang yang menghadapi salisul baul atau kencing tidak lawas atau dedas. Dalam keadaan begini, Islam memberi anda kelonggaran dengan dalil-dalil berikut:

" Maka bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu." AQT 64 (atTaghaabun) 16

Dalil hadith:

"apabila aku perintahkan sesuatu perkara, maka kerjakanlah semampu kalian." Bukhari (7288), Muslim (1337)

Caranya: anda berwudhu' setiap kali hendak solat dan jika terkeluar semasa solat, maka ia tidak membatalkan solat kerana ia diluar kawalan anda lagi. Maka jika anda hendak solat yang lain, maka hendaklah berwudhu' yg baru dan jika masih terkentut, maka ia tidak membatalkan solat. Rukhsah ini diperakui oleh madzhab Hanafi, Syafi'iy dan Hanbali. Disamping itu anda hendaklah berusaha mencari penyembuh kepada banyaknya angin yang berada dalam perut anda serta banyak berdo'a kepada Allah SWT ( Syaikh Abu Malik as-Sayyid Salim, Sahih Fiqh Sunnah, edisi terjemahan, Pustaka atTazkia, 1/133)

2. Quote:
saya ada terbaca angin ini ada keluar dlm bentuk cecair dan gas

Kentut yang keluar dalam bentuk cecair itu adalah najis dan dinamakan terkicit dalam bahasa daerah. Tahi manusia adalah naji yang tidak dimaafkan. Maka anda hendaklah membersihkan dubur dan mendapatkan pakaian yang lain utk bersolat. kebanyakan surau atau mesjid ada menyediakan kain untuk musafir.

3. jilatan kucing
Quote:
jilatan kucing kena dicuci sebyk 3 kali

Jilatan kucing tidak najis. Kita sudah bahaskan dalam syarah Fiqh Sunnah, lihat hadith dalil # 50 dalam Fiqh Sunnah oleh al-Sayyid Sabiq.
hadith abi Qatadah, "Sesungguhnya kucing bukanlah najis, melainkan termasuk hewan yg berkeliaran di sekeliling kamu jua."
Adapun pendapat yang mengatakan jilatan kucing dibasuh tiga kali adalah pendapat madzhab Hanafi bila kucing memakan najis atau bangkai, maka hendaklah dibasuh 2-3 kali (Prof Hasbi Siddiqi (Fiqah Islam, 1/61) WA

12 comments:

anne said...

berkaitan masalah kerap buang angin, bagaimana pula jika terkeluar sebelum bersolat? adakah perlu berwuduk semula atau terus sahaja takbir?

Admin said...

maksudnya tengah berdiri untuk solat kan? teruskan solat jangan susahkan diri sebab ini termasuk bab sakit diluar kawalan kita.... jika perlu gunakan pad sebagai alas.

tapi perlu juga berwuduk untuk solat dalam waktu2 yang lain...

Anonymous said...

mcm mne pula kalau kencing tidak lawas,kita sebelum ambil wuduk dah berdeham 3 kali.tapi waktu ruku dalam solat ade sedikit air kencing keluar.kene ambil wudu semula atau teruskan solat?

Admin said...

kencing tidak lawas dimaafkan kerana ini termasuk dalam masalah sakit... alas dengan kertas tisu supaya tidak terkena pada pakaian dan teruskan solat... WA

Anonymous said...

Assalamualaikum...
wife masuk wad ketika mengandung dan dia dimasukkan tiub ke pundi kencing. Bila nak buang air, air tu akan kluar ke tiub dan ada yg kluar dari tiub maknanya pakaian kena la.
Pergerakan isteri saya adalah terhad. Soalannya
1. Adakah isteri saya solat secara qada bila semua alat2 itu dibuang pada badannya.
2. Pakaiannya itu bagaimana kerana kencingnya tak boleh dikawal dan pakaiannya selalunya basah dgn air kencing.
3. Dan apabila tiub2 di alat perkumuhan ditanggalkan, tiub ditangan masih belum ditanggalkan. Bagaimana hendak mengambil wudu dibahgian tangan yang berplaster itu. Adakah sekadar menepuk dinding wad(tayamum) dan menyapukan ke bahagian tersebut sah wudunya.
Terima kasih...Wasalam

Anonymous said...

saya juga menhgadapi masalah kentut yang kerap terutamanya apabila ada wudhuk....saya x tahu sebab apa....tetapi lately ni masalah saya agak terkawal...walaupun tidak seratus peratus tapi semakin berkurang....saya mengamalkan bacaan doa angin ahmar setiap hari....

Anonymous said...

SALAM USTAZ
1. APA HUKUMNYA JIKA SAYA TERKENTUT SEMASA MEMBACA ZIKIR SEBELUM ATAU SELAPAS SOLAT? ADAKAH TERBATAL? SEBAB SAYA JUGA MENGALAMI KENTUT YANG SUKAR DIKAWAL.. DAN KERAP BERLAKU..

2. BOLEHKA MEMBACA ZIKIR TANPA BERWUDUK @ TIDAK BERTUDUNG? DAN APAKAH HUKUMNYA?

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz. Saya mengalami kencing tidak lawas, kadang-kadang terkeluar semasa solat. Kadang-kadang tidak. Soalan saya, adakah saya boleh meneruskan solat? Atau perlu berwuduk kali kedua? Ada perbezaan niat wuduk orang yg sihat dgn orang yg uzur?

Anonymous said...

Kalau sy kentut time solat jemaah tp sy rasa law sy solat kat umah lepas tu i'allah x kntut..kira wajib ke sy solat balik sedangkankan sy nak sgt solat berjemaah...kalau tiap2 hari mcm 2 sedihlah sebab hmpir tiaptiap hari mcm 2..,,,kalau puasa,boleh teruskanjeke walau terkentut kentut time terawikh???

Anonymous said...

Mcmna bacaan niat mengangkat wuduk klu yang ada masalah mcm ni?

Anonymous said...

bagaimana cara hendak solat jika pundi kencing masih ada tiubnya didalam badan kita?

Unknown said...

Setelah saya baca banyak jgk org yg mengalami hal yg sama tentang buang angin semasa solat ni...
Sebab sy pun begitu juga time solat pasti rasa mcam nak buang angin ...trpaksa ambil wudhu lagi...bukan sekali dua kali setiap nak solat cam tu...klok tak time solat jrang buang angin...kadang saya brtanya sendiri knapa sy dibuat macam ni saya ni niat betul nak solat...mungkin ini permainann Setan yg terkutukk...
Terkadang yg kecewa ny lgi dah tahiyat akhir bacaan nak habis disitu nak rasa buang angin ... 😯

Post a Comment