Friday, January 23, 2009

Tarawih 2 Rakaat Sahaja

Bagaimana dengan orang yg terlalu letih bekerja atau kepenatan berpuasa, maka dia hanya solat tarawih 2 rakaat saja seorang diri.

Apakah ia dianggap solat tarawih?

********************************
thtl
al-Jawab:

solat malam Ramadhan atau tarawih itu diamalkan pada masa RasuluLlah saw dan Abu Bakar ialah 11 Raka'at secara sendirian.
Tiba masa Umar alKhattab, beliau memerintahkan secara berjama'ah sebanyak 20 raka'at. Itulah maksud tarawih Ramadhan sempena maksud istilah tsb yg bermaksud solat dan diselangi dgn waktu rehat.

Bagi orang yang keletihan, dia boleh melakukan sendirian di rumah selepas tidur terlebih dahulu dan bangun ketika isterinya bangkit utk memasak makanan sahur dan solat seberapa raka'at yang disukainya tapi kena lebih dari 2 raka'at. Kalau cuma 2 raka'at aje, maka itu cuma solat sunat biasa saja. sekian

9 comments:

Anonymous said...

Salam... boleh sy cut n paste jawapan diatas. TK

Admin said...

silakan tak ada masalah, ilmu untuk semua asalkan mengikut tuntutan alQuran dan AsSunnah.

Tidak ada copyright control dari tuan punya laman cuma jangan gunakan untuk keuntungan individu.

Unknown said...

Kalau isteri jugak bekerja dan keletihan, siapa nak masak sahur?
Zaman sekarang bukan lelaki sahaja bekerja. Kaum hawa pun bekerja dan buat kerja rumah juga....

Hizwa asty said...

kalau xde sapa nk masak.. ketuk pintu rumah jiran.. pinjam 6 biji kurma.

Anonymous said...

Assalam. Andai kata solat tarawikh 2 rakaat dan witir 1 rakaat dikira lebih 2 rakaat tak? Tkasih

Anonymous said...

kenapa nak fikir sesuatu yg menyusahkan..banyak lagi cara yg boleh menyenangkan anda..beli je makanan berbuka dan utk sahur sekaligus..celik mata terus makan jer..

Anonymous said...

Buku panduan cara2 solat kan banyak..jangan pening2

Anonymous said...

Waalaikumussalam. Tidak sbb dia 2 solat sunat yg berbeza.

Anonymous said...

Boleh ke solat terawih 4 rakaat 2 salam 3 witir?

Post a Comment