Saturday, December 13, 2008

Masbuk Solat

Assallamualaikum,

Sukacita jika dapat diperjelaskan terhadap hukum masbuq yakni di masjid yang mana terdapat imam dan bilal terlantik sembahyang jemaah apabila sahaja masuk waktu solat, adalah menjadi makruh jika seorang yang masbuq itu menjadi imam kepada jemaah yang terkemudian(lambat). Sebaliknya jika berlaku demikian ia hendaklah mendapat seorang yang dari jemaah terdahulu untuk sama-sama solat dengannya untuk mendapat pahala jemaah, jika tidak dia hendaklah solat sendirian. Hukum ini terkecuali jika surau/musolah tiada imam terlantik seperti surau di lebuhraya dan sebagainya. Sukacita juga jika dapat dijelaskan kaedahnya jika seorang mendapati dirinya dalam keadaan sedemikian. Terima Kasih.


Jawab:

1. Jika anda tiba di mesjid jami' dan solat telah pun selesai, kecuali beberapa masbuk yg sedang menyudahi solatnya. Dalam keadaan ini, anda hendaklah solat sendirian atau menunggu hingga ada orang yg baru tiba dan dirikan solat jama'ah yg baru atau ada volunteer dari jama'ah asal (yg sudahpun selesai) untuk menemani anda solat sebagai ma'mum, berdasarkan hadis riwayat Abu Daud dan Termidzi dari Abi Sa'eed al Khudry ra, "datang seorang lelaki sedangkan Nabi (saw) telah pun selesai solat. Maka bersabdalah Nabi," siapa yg mahu bersedeqah atasnya?" Maka bangunlah salah seorang sahabat dan solat bersama orang yg baru datang itu.

2. Solat di musolla atau surau spt lebuhraya adalah suatu yg baru dan hukum ke atasnya tidak sama dengan mesjid jaami' memandangkan orang solat sepanjang masa. Maka anda boleh saja menyertainya jika yakin mereka solat seperti anda, jama'-qasr atau solat tamam (sempurna). Jika anda tidak yakin boleh saja solat sendirian. (Yasaluunak)

8 comments:

Anonymous said...

Jemaah yang masbuk pada rakaat kedua solat asar selepas imam memberi salam apakah kena niat mubarakah kalau tidak tak sah solatnya

Anonymous said...

Assalam.saya ingin bertanya tentang hukum solat yg saya lakukan kan secara berjemaah dimana ketika solat maghrib, iman tersebut pada rakaat pertama tanpa membaca secara nyaring yg lazim dilakukan.terus saja rukuk sedangkan makmum yg lain menunggu bacaan al-fatihah.jadi sebagai makamun saya terus rukuk tanpa sempat membaca al fatihah juga.jadi apakah hukum solat saya itu..sah atau terbatal.?

Anonymous said...

jika kite msbuk dn selepas imam beri salam, ade ke niat atau bacaan y perlu kite bce??

Admin said...

Jemaah solat penuh yang masbuk kepada imam yang solat qasar adalah sah solatnya.

Admin said...

Tidak dengar imam baca fatihah pada rakaat pertama solat maghrib adalah masalah khilaf, ada pendapat yang mengatakan solat itu sah dan diterima, sementara ada pendapat yang mengatakan solat itu tidak sah.

Ada banyak pendapat kuat yang menyatakan makmum tidak dituntut membaca fatihah di belakang imam.

Bergantung kepada imam solat berkenaan, jika dia sujud sahwi makmum kena ikut sujud sama. Tanggungjawab makmum adalah mengikut imam. WA

Admin said...

Jika anda masbuk selepas imam memberi salam hendaklah anda menukar niat dari solat jamaah kepada solat persendirian. WA.

Anonymous said...

nak tnya :..sekiranya utk solat fardu..saf dan penuh tapi masih ade seorag jamaah yg masbuk ingin turut solat mengikut imam.. mcmana makmum yg masbuk 2 nak mengajak jamaah yg sedg solat tadi untuk duduk di barisan belakang bersama dengan dia(jamaah masbuk)..boleh x pergerakkan jaamaah yg paling hujung utk bergerak se saf belakang ??...

Anonymous said...

Assalamualaikum..
ingin bertanya..jika saya solat takbir ketika imam pada tahiyat awal solat zohor,sy trus duduk.slps tahiyat akhir.saya bangun dan apakah yang perlu saya baca untuk sambung 2 rakaat lg?dan apa yang perlu saya baca bila saya takbir ketika imam dirakaat kedua sebelum ruku\’

Post a Comment