Friday, January 23, 2009

Menjawab Salam Semasa Sedang Solat

Syeikh Albani dalam Ensiklopedia Fatwa Albani dalam bab Menyebarkan Salam ada mengatakan bahawa memberi salam kepada orang yang sedang solat adalah sunnah.

Kemusykilan :

1) Bagaimanakah adab nya memberi salam kepada orang yang sedang solat?
2) Bagaimanakah tatacara nya orang yang sedang solat tersebut "menjawab" salam itu?

Jazakallah.

***********
g@y@t

Salam

Pertama: Hukum menjawab salam dalam solat.
Imam Nawawi dalam Syarah Muslim dan al-Azkar mengatakan bhw Imam Syafi'i dan kebykan ulama' yg lain berpendpt hukumnya sunat. Tetapi hendaklah dengan isyarat tangan sahaja, bukannya lisan. Dalilnya:

Drpd Syuiab ra katanya, "Saya berjalan dekat Rasulullah saw sewaktu baginda saw sedang solat. Saya beri salam kepadanya dan baginda saw menjawab dengan isyarat."[HR Tirmidzi dan Ahmad. Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam sahih sunan atTirmidzi.]

Walaubagaimanapun Imam Abu Hanifah berselisih daripada pendpt jumhur ini. Ada juga dikalangan sahabat spt Abu Hurairah dan juga di kalangan Tabiin spt Said bin Musayyab, Hasan alBashri dan lain2 mengatakan harus menjawab dgn lisan. Ataa', AnNakhaiy dan AtTsauri menyukai menjawab salam itu slps salam.

Adapun hukum memberi salam kpd org yg solat adalah dilarang sptmana Imam Nawawi mengatakan inilah pndpt mazhab Syafi'i. Imam Malik pula mengatakan hukumnya makruh dan dalam qaul yg lain harus. Walaupun begitu, jika diberi salam, org yg solat itu tidak diwajibkan utk menjawabnya sptma yg dijelaskan di atas.

Utk menjawab salam, spt yg dinyatakan dalam hadis di atas, memadailah dgn isyarat tangan spt mengangkat tangan kanan.

Sekian. WA.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment