Sunday, October 18, 2009

Baca Fatihah 3 Kali Waqaf

New postby guest_airGas »
salam,

apa hukum baca al-fatihah 3 nafas je (3 kali berenti), sah ker

yakni;

bismillahirahmanirahimilhamdulillahiRabbil'alaminarrahimaaniRahiimiMalikiyaumiddin[berhenti]

Iyyakana'buduWaiyyanasta'iunuhdinassiraatalmustaqiim[berhenti]

Siraatallazinan'amta'alaihim.........ilal akhir

setau saya baca 7 waqaf sunat je.



********************************
Abu_Umair »


والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Di dalam pembacaan al-Quran, tidak ada waqaf wajib yang berdosa jika ditinggalkan, dan tidak ada juga waqaf haram yang berrdosa dilakukan. Kecuali jika ada sebab yang membawa kepada haramnya waqaf disebabkan ia mengelirukan dari sudut makna ayat.

Menjelaskan kaedah ini, berkata Imam al-Jazari:



وليس في القرآن من وقف وجب
ولا حــرام غــير ما له سبب

Maksudnya:
Tiada dalam Quran waqaf yang wajib,
Dan tiada waqaf haram kecuali yang bersebab.

Natijahnya, dalam bacaan Fatihah boleh dibaca samada dengan waqaf pada tiap-tiap ayat, atau dibaca tanpa waqaf kerana ia tidak menjejaskan makna.

Wallahu A'lam.

4 comments:

Anonymous said...

jika sy mampu membaca al-fatihah dlm senafas atau sedetik skali pun sah ke bacaan nye dlm solat?

Admin said...

boleh tak ada salahnya asalkan betul bacaannya dan tidak tersalah sehingga boleh mengubah erti setiap perkataan....

puan zin said...

Ada tiga bacaan alfatihah degn 3 wakaf. 1.bcn tjuh wakf. 2 .bacn 3 wakf DAN bcn 4 wakf .rujuk ulmk arif untk ktrgn lnjut.

المدرسة الشمائل محمدية said...

makruh

Post a Comment