Tuesday, December 29, 2009

Bacaan Semasa I'tidal

Postby salahuddin »
salam

Saya ada terbaca satu hadis dan maksudnya lebih kurang macam ini

"semasa solat berjemaah Rasulullah bangun iktidal dan menyebut samiallah....., lepas tu ada seorang sahabat menyebut hamdan kathiran tayyiban mubarakan fiih ... dab Rasulullah suka dengan apa yang disebut oleh sahabat tadi

soalannya

1) boleh tolong berikan maksud penuh hadis tersebut dan kalimah arab untuk lafaz "hamdan katheeran ....." supaya dapat menyebutnya dengan makhraj yang betul

2) Bolehkah lafaz "hamdan katheeran...." tersebut disebut semasa solat bersendirian kerana dalam peristiwa hadis tersebut, sahabat berkenaan menyebutnya dalam solat berjemaah?

3) Jika sebutan tersebut hanya untuk solat berjemaah.... adakah kita boleh menambah lafaz tersebut semasa iktidal dalam solat sunat?

jawapan daripada panel al-ahkam amatlah dihargai

sekian, terima kasih

wassalam




<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Postby Abu_Umair » Nov 7th, '09, 02:42
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه

1- Lafaz penuh bacaan tersebut ialah:

ربنا ولك الحمد حمدا كثيرا طيبا مباركا فيه

Maksudnya: Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian, dengan sebanyak-banyak pujian yang baik lagi diberkati padanya.

2. Kata Imam Nawawi, bacaan tersebut disunatkan samada bagi imam, makmum dan orang bersolat sendirian.(Al-Azkar, hlmn: 55).

Walaupun kisahnya berlaku dalam solat jemaah, tetapi tidak bermakna ia hanya khas pada solat jemaah. Kerana sebutan solat jemaah dalam kisah ini bukan satu elemen yang memberi kesan untuk mengkhaskan perkara ini. Di dalam ilmu Usul, ia dinamakan sebagai sifat thardiyyah.

Kalau kita mengambil kira semua elemen-elemen yang disebut dalam hadis ini, termasuk yang thardiyyah, maka zikir ini hendaklah dikhaskan jika bersolat di Masjid Nabawi sahaja, dan ketika Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menjadi imam sahaja. Kerana zikir ini dibaca oleh sahabat ketika berimam dengan Nabi di masjid baginda.

Oleh kerana elemen2 itu adalah sampingan, maka kita tidak boleh mengkhusukan seperti tersebut.

3. Boleh dibaca samada solat fardhu atau sunat.

Wallahu A'lam.

10 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...saya melihat satu video di youtube yg menjadikan hadith ini utk melakukan bidaah hasanah...adakah ini boleh dijadikan hujah

Admin said...

kalau dah ada hadisnya macamana pulak boleh dipanggil BIDA'AH? Bida'ah adalah rekaan atau perkara baru dalam ibadah yang diada-adakan tanpa sebarang fakta dalil.

Anonymous said...

bukan itu maksud saya...ada sesetangah pihak mengatakan hadith ini menunjukkan sahabat itu menambah bacaan zikir ketika iktidal yg mana zikir itu tidak diajar oleh nabi...mohon pencerahan

Anonymous said...

Ini linknya:

http://www.youtube.com/watch?v=ft_lPw-gRXg

Admin said...

Oleh kerana tambahan yang dibuat adalah didepan dan didengar oleh Rasululllah saw dan baginda setuju dengan bacaan yang dibuat maka dengan sendirinya ia menjadi sunnah. Maksudnya bukan tambahan baru yang dibuat kemudian dari zaman salaf. WA

Anonymous said...

Shukran dgn penjelasan...

Anonymous said...

wajib ke bacaan ketika bangun dari rukuk?

Anonymous said...

bukan sami allah, tapi samianlahu (lihat ejaan jawi)

Anonymous said...

Al-Adzkar.. riwayat oleh..? Maaf bukan saya sangkal Imam An-Nawawi.. tapi nak tahu mantan penuh hadith, saya tak simpan al-Adzkar..

Anonymous said...

jika bacaan samianlahu tertukar kepada 'allahu akbar' ketika i'tidal,adakah batal solat ?

Post a Comment