Sunday, February 1, 2009

Sujud Di Atas Tujuh Anggota

Assalamualaikum.

1. Saya mahu tahu senarai anggota badan yang wajib kena pada tempat sujud ketika sujud untuk membolehkan solatnya sah.

2. Sedari dulu, saya diberitahu, sujud solat tak sah apabila ada objek yang menghalang antara dahi dengan tempat sujud, termasuklah telekung bagi perempuan. [Ada ketika, jika ditiup angin, telekung akan ke bahagian tempat sujud dahi sejurus sebelum sujud].

Saya ingin minta penjelasan tentang maksud tempat sujud. Sekiranya telekung adalah penghalang antara dahi dengan tempat sujud, tempat sujud itu mungkin ialah sejadah.

Atau boleh jadi juga tanah, sekiranya seseorang tidak bersolat di atas sejadah.

Jadi di sini boleh juga dikatakan sejadah itu jadi penghalang antara dahi dengan tanah sebagai tempat sujud. Apaka sebenarnya yang dimaksudkan sebagai tempat sujud?

Bolehkah sesiapa bantu saya huraikan pertanyaan ini? Didahulukan dengan terima kasih.

**************
Syukran sdr Farhan, berikut adalah jawapan lengkap dari Lajnah Fiqh dan Penyelidikan Ilmiah AFN:

1. Sujud di atas tujuh anggota:

Dalil hadith: dari Ibn Abbas ra
“aku diarahkan utk sujud di atas tujuh anggota sujud: di atas dahi (Nabi SAW menunjukkan ke arah dahinya, kedua-dua belah tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua hujung kaki,” [HR Bukhari dan Muslim, alFath (2/384, hadith no 812, 813)
Hujung jari.
Jumhur fuqaha’: wajib dibengkokkan jari kaki, minima satu jari wajib dibengkokkan
Malikiah: tidak wajib, anggota sujud hanya dahi sahaja
(Imam Nawawi, syarh sahih Muslim (4/431)

Dahi: Status hidung, khilaf, jumhur kata ia Cuma sunat, hanya Hanabilah (satu qaul Imam Ahmad) yg kata Wajib. (al-Mughni, 1/560)
Sifat sujud:
HR Ibn Hibban (iza sajadta…)
"apabila kamu bersujud, hendaklah kamu tekankan dahi kamu ke bumi dan jangan mencecah cepat semata-mata.” Sahih

2. Jika dahi terhalang?

Syafi’iyah, tidak sah sujud; Majoriti (jumhur) pulak harus berlapik
Namun Imam al-Bukhari meriwayatkan ada sahabat yang sujud di atas lengan baju dan kain serban mereka.
Kata Imam Ibn Qudamah, ia berlaku bila cuaca Madinah amat dingin atau terlalu panas atau ketika mereka solat di atas kerikil tajam (semasa musafir). Dalam keadaan biasa, maka hendaklah menggunakan dahi terbuka. Ini langkah keluar dari khilaf (kata Ibn Qudamah lagi), rukhsah itu hanya pakaian yg ada di badan pesolat, spt hujung serban, lengan baju dan lebihan kain di badan. Tidak boleh di atas tangan sendiri.
(alMughni 1/561) WA

thtl utk lajnah Fiqh dan penyelidikan Ilmiah AFN

11 comments:

harith said...

salam

erm...klu tapak tangan yang berlapik sah tak sujudnya??
contoh perempuan...tangan berlapik telekung

klu pergerakan yang membetulkan telekung supaya tangan/dahi dpt menyetuh sejadah tu membatalkan solat??

mieza said...

salam,

Mohon pihak tuan dapat memjawab soalan dari Harith kerana saya pun tertanya-tanya juga mengenai sujud( tangan berlapik telekung...).

saya betul-betul mahu tahu..

terima kasih.

Admin said...

Mengikut kebanyakan pendapat ulamak Solat anda adalah SAH dan diterima walaupun tapak tangan berlapik semasa sujud. Walau bagaimanapun sebahagian dahi hendaklah mencecah tempat sujud dan ada kelonggaran jika halangan cuaca yang terlalu panas atau terlalu dingin. Tidak menjadi kesalahan jika sebahagian dari rambut menutup sebahagian dari dahi, kerana ada larangan mengikat rambut ketika solat. Ulamak berbeza pendapat mengenai kedudukan hidung.

Wallahu'alam.

mieza said...

salam,

terima kasih. lapang hati saya.

Anonymous said...

nape tkle ikat rmbut ms sujud?t rmbut pjg sngat nmpak cm tk kemas lak..err

Admin said...

Ada larangan mengikat rambut masa solat (nanti kena cek balik hadisnya) tak pasti lagi maksudnya untuk samada khas untuk orang lelaki atau untuk semua... orang zaman nabi dulu kebanyakan berambut panjang

kazirinkato said...

assalamualaikum...saya copy hadis di atas untuk dijadikan rujukan...

Anonymous said...

Bagaimana pula kiranya tapak tangan wanita teralas dengan telekong ketika sujudnya. Apakah sah sjud dan solat itu. Musykil.

Anonymous said...

Bagaimana pula kiranya tapak tangan wanita teralas dengan telekong ketika sujudnya. Apakah sah sjud dan solat itu. Musykil.

Anonymous said...

Maaf sya mncelah,,tntg prbuatan mngikat rmbut smasa solat tu,, sya prnh mndgr ceramah dr sorang ustaz, dia kata yg x bolenya ialah,,,tocang rambut ketika brsolat.mksdnya jika kita tocang rmbut,,kita kena buka tocangan tu.sbb setan dduk mari d rmbut kita...wallahualam...

Nur Zafirah said...

Assalammualaikum , saya nak bertanya bagaimana jika tangan sewaktu sujud tidak begitu rapat ?

Minta pertolongan saudara , perkara ini membuat saya berasa was was

Post a Comment