Monday, December 8, 2008

Mendongak Ke Langit Ketika Solat

Assalamualaikum,
Apakah hukum sekiranya kita mendongak ke langit ketika solat? Saya ada jumpa hadis Bukahri dan Muslim berkaitan ini yang melarang kita melihat ke langit ketika solat. Apa pendapat ahli panel mengenai hadis ini?



Salam

Menurut Syed Sabiq dalam Feqhus Sunnah, hukum memandang ke atas ketika solat adalah makruh. Dalilnya spt berikut:

[color=red]
أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: لينتهين أقوام يرفعون أبصارهم الى السماء في الصلاة أو لتخطفن أبصارهم
[/color]

Ertinya: Bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Hendaklah orang2 itu menghentikan perbuatan memandang ke langit/ke atas ketika solat, atau jika tidak, akan dicungkil mata mereka.
(HR Ahmad, Muslim & Nasa'i)

Hadis di atas menunjukkan hukum makruh perbuatan berkenaan.

0 comments:

Post a Comment