Sunday, December 7, 2008

Doa Sebelum Salam

saya ada beberapa persoalan:

1)bolehkah saya berdoa ketika solat jemaah,sebelum memberi salam dengan doa yang agak panjang,sehinggakan terlewat untuk memberi salam selepas imam memberi salam?

2)adakah ketika tahiyat akhir,kita disunatkan melihat jari telunjuk?

3)jika ya,adakah pada keseluruhan tahiyat atau semasa bacaan dua kalimah syahadah?

terima kasih.

---------------------------------------------

بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد.

1) Apabila anda bersolat berjemaah, maka kewajipannya mengikut imam apabila Imam takbir maka makmum pun bertakbir

إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا وَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا وَإِذَا سَجَدَ فَاسْجُدُوا

Imam itu dijadikan untuk diikuti, apabila dia bertakbir maka takbirlah kamu, apabila dia rukuk maka rukuk lah kamu, apabila dia sujud maka sujudlah kamu. (al-Bukhari)

maka menjadi kesalahan makmum yang memanjangkan doa sebelum salam sedangkan imam telah pun selesai solat.

2) Ya, ketika membaca tasyahhud awal dan akhir mata melihat jari telunjuk

dalam hadis Muslim

ويشير بإصاعه التي تلي الإبهام إلى القبلة ويرمي ببصره إليها

Dan baginda mengisyaratkan telunjuknya ke arah qiblat, dan memandang kepadanya (jari telunjuk)

3) dalil di atas juga menunjukkan bahawa sunnahnya mengisyaratkat jari telunjuk dan memandang kepadanya dari mula sehinggalah salam.

wallahu a'lam

0 comments:

Post a Comment