Friday, January 2, 2009

Waktu-waktu Dilarang Solat

Salam

Saya cuba mencari dalam arkib baru & lama tetapi tak jumpa mungkin kelemahan saya. Ingin mendapatkan kepastian dari ustaz tentang kesahihan maklumat dibawah ini yg saya dapat menerusi email. Tentang waktu haram solat, saya tak ragui tetapi maklumat yang lain itu adakah sohih ataupun tidak. Minta tolong ustaz Tuan Hassan atau yg lainya komen.

Waktu haram Solat ialah:

1. Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketika matahari baru
naik ke langit ie subuh from 5.35am to 7.05am. 7.05am + 28mins=7.33am.
Therefore from 7.05am to 7.33am ialah waktu syuruk. Waktu ini adalah haram utk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari. Rasulullah mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai org yang menyembah matahari. Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7.00pg dan ingin mengqadakan sembahyang subuh, kita harus melepasi waktu syuruk itu.

2. Waktu zawal/Istiwa/rembah iaitu matahari berada tegak di atas kepala iaitu apabila kita berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali di bawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan berkeliaran. Waktu ini panjangnya dalam 5-10mins sebelum waktu zohor.

3. Waktu fadilat/afdal untuk solat ialah sepertiga waktu selepas azan ie 20 mins selepas azan. Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat. Kecuali Isyak, afdalnya ialah sepertiga malam ie sesudah azan hingga 10.30mlm.

JKK.

Wassalam
--------

Wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. Kami pun ada juga menerima e-mail yang yang sama sepertimana e-mail yang Akhi Zakaria Md Tap terima. Terdapat beberapa kekeliruan didalam kenyataan no:2 itu, Insyaallah akan kami bincangkan sekadar yang mampu.

1 Anggaran 28min waktu diharamkan solat selepas Subuh itu adalah lebih kurang waktunya, sebagaimana yang dinyatakan oleh Sheikh Al-Utsaimin :-

من بعد صلاة الصبح حتى تطلع الشمس وترتفع بمقدار رمح . أي : 15 دقيقة تقريباً

"Dari lepas sehingga matahari terbit dan naik pada kadar tinggi lembing, lebih kurang 15 minit"- (al-Sharh al-Mumti’, 4/162).

Menurut Ibn Utsaimin didalam buku Majmu' fataawanya :-

والحكمة من النهي اجتناب مشابَهَةِ الكفار ، الذين يسجدون للشمس إذا طلعت ترحيبا لها وفرحا ، ويسجدون لها إذا غَربت وداعاً لها

"hikmah tidak dibenarkan solat pada waktu itu ialah kerana orang-orang kuffar akan menyembah matahari pada waktu itu dan mereka melahirkan kegembiraannya, maka kita dilarang menyerupai mereka". - (fatawa Ibn ‘Utsaimin, 1/354)

Alasan matahari naik diantara 2 tanduk syaitan itu terdapat dari hadith 'Amru bin 'Abasah yang terdapat didalam kitabSahih Muslim, Abu Daud dan Al-Nassai'. Maka hikmah larangan tersebut ialah kerana Nabi saw tidak mahu kita menyerupai orang kafir.

**Kenyataan "Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7.00pg dan ingin mengqadakan sembahyang subuh, kita harus melepasi waktu syuruk itu." ini menyalahi nas yang sahih. Jika seseorang itu terbangun selepas waktu Subuh maka waktu solat subuhnya adalah pada waktu dia bangun, tidak perlu menunggu sehingga waktu Duha. Didalam Al-Mughni (2/515) ada menyatakan bahawa 'jika seseorang tu mempunyai alasan seperti tidur, lupa, yang menyebabkan dia tidak dapat menunaikan solat pada waktu itu, ia hendaklah melakukan solat apabila alasan tersebut tidak lagi dipakai, walaupun pada waktu yang dilarang bersolat. Ini adalah pandangan jumhur ulama', sebagaimana didalam hadith Nabi saw :-

مَنْ نَامَ عَنْ صَلاةً أَوْ نَسِيَهَا فَلْيُصَلِّهَا إِذَا ذَكَرَهَا

"Barangsiapa yang tidur dan tertinggal solat atau terlupa, maka hendaklah ia solat apabila teringat" - [Riwayat al-Bukhaari #597, Muslim #684].

Begitu juga dengan mereka yang tidak sempat atau terlupa bersolat Sunat Fajar, ulama' membenarkan Solat Sunat Fajar dilakukan selepas Solat Subuh, malah jika matahari dah terbit pun dibenarkan bersolat sunat fajar. Disana terdapat hadith yang membolehkan Solat Sunat fajar walaupun matahari telah terbit; Dari Abu Hurairah ra. bahawa Nabi saw bersabda :

"من لم يصل ركعتي الفجر حتى تطلع الشمس فليصلها" رواه البيهقي، قال النووي: وإسناده جيد"

"Barangsiapa yang tidak bersolat 2 rakaat Fajar sehingga terbit matahari, maka hendaklah ia bersolat" - Riwayat Al-Baihaqi, berkata Imam Nawawi: dan Isnadnya yang baik. Menurut pandangan bekas Mufti Saudi, Shiekh Abdul Aziz bin Baaz, katanya:

إذا لم يتيسر للمسلم أداء سنة الفجر قبل الصلاة فإنه يخير بين أدائها بعد الصلاة أو تأجيلها إلى ما بعد ارتفاع الشمس،

"Jika seorang Islam itu tidak mudah untuk menunaikan Solat Sunat Fajar sebelum Solat Subuh, maka dibolehkan menunaikannya selepas Solat subuh atau melewatkannya sehingga matahari naik"

Jadi amat jelas bahawa Solat Subuh masuk pada waktu-waktu haram boleh dilakukan dengan alasan tidur atau pun terlupa. Begitu juga dengan Solat Sunat Fajar yang tidak sempat dilaku, bolehlah dilakukan selepas Subuh sebagaimana yang terdapat didalam hadith diatas. Solat-Solat lain juga mempunyai pengecualiannya, yang akan kita bincangkan secara umum dibawah nanti.

2. Sheikh Ibn Utsaimin mengatakan bahawa, pada waktu matahari tegak atau rembang dilarang melakukan solat kerana pada waktu tersebut Api Neraka sedang dinyalakan (وأما النهي عند قيامها واستوائها في وسط السماء حتى تزول فلأنه وقت تُسجَّر فيه النار) sepertimana yang telah dinyatakan didalam hadith riwayat Amr ibn ‘Abasah al-Sulami. Menurut Abdul Aziz Bin Baaz (Majmu' Fatawaa -4), waktu itu adalah waktu yabng pendek sebelum zohor, iaitu kira-kira 1/4 jam atau 20 minit (يقارب ربع ساعة أو ثلث ساعة). Ada juga ulama yang mengatakan ia lebih singkat daripada waktu tersebut. Ibn Qaasim mengatakan waktu tersebut terlalu ringkas sehinggakan tidak sempat untuk menunaikan solat, dan hanya sempat Takbir Al-Ihram sahaja jarak waktunya. (Haashiyat Ibn Qaasim ‘ala’l-Rawd al-Murabba’, 2/245). Maka tidaklah bercanggah sebagaimana waktu yang telah dinyatakan didalam persoalan diatas.

3. Seafdal-afdal waktu solat ialah pada awal waktunya. Ini adalah bertepatan dengan firman Allah swt :-

إِنَّ الصَّلاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا

"Sesungguhnya solat diwajibkan keatas orang Mukmin pada waktu yang ditetapkan" - [al-Nisa’ 4:103]

Waktu afdal solat, berbeza ikut solat. Secara umumnya katakan azan mengambil masa 5 minit, kemudian diikuti dengan sunat Qabliyah selama 5-8 minit, dan diikuti dengan iqamah Solat. Pada waktu Margrib pula scenarionya agak bertukar, kerana ketiadaan solat qabliyah magrib. Bolehlah dikatakan antara Azan dan Solat Qabliyah, dan dikuti oleh iqamah mungkin mengambil masa 15 minit, dan mungkin ia berbeza antara satu masjid dengan masjid yang lain. Disamping sunnah melakukan Solat diawal waktu, dan terdapat juga solat yang sunat dilewatkan. Menurut Ibn Utsaimin :-

فصلاة العشاء مثلاً يُسن تأخيرها إلى ثلث الليل ، ولهذا لو كانت امرأة في البيت وقالت أيهما أفضل لي ؟ أن أصلي صلاة العشاء من حين أذان العشاء أو أؤخرها إلى ثلث الليل ؟ قلنا : الأفضل أن تؤخرها إلى ثلث الليل ؛ لأن النبي صلى الله عليه وسلم تأخر ذات ليلة حتى قالوا : يا رسول لله رقد النساء والصبيان ، فخرج وصلى بهم وقال : " إن هذا لوقتها لولا أن أشق على أمتي " فالأفضل للمرأة إذا كانت في بيتها أن تؤخره

"Bagi solat Isya; misalnya, disunatkan melewatkannya sehingga 1/3 malam, bahkan jika ada wanita dirumah yang bertanya mana yang lebih baik bagi mereka, Solat Isya' tatkala setelah mendengar azan atau melambatkannya sehingga 1/3 malam ? Kami mengatakan : Afdal dilambatkan sehingga 1/3 malam! Sesungguhnya Nabi saw melambatkannya pada satu malam sehingga mereka berkata :'Ya Rasulullah saw, wanita dan kanak-kanak telahpun tidur.' maka baginda pun keluar dan bersolat dengan mereka dan bersabda :'Inilah waktunya, dimana ia tidak menyusahkan UmatKu'. Maka jika wanita berada dirumah, adalah lebih afdal dilewatkannya." (Fataawa Arkaan Al-Islam, ms 287).

========================
Secara ringkas, menurut Dr Wahbah Zuhaily (Al-Fiqh Al-Islami, 1/524, thn 1989 cetakan ke 3) Mazhab Syafie, terdapat juga Solat yang dibenarkan pada waktu-waktu terlarangt. Diantaranya :

1. Hari Jumaat :- Tidak dilarang melakukan solat pada hari Jumaat semasa matahari tegak, sebagaimana yang terdapat didalam hadith riwayat Al-Baihaqi daripada Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah.

2. Di kawasan Tanah Haram Mekah :- Boleh menunaikan solat diwaktu-waktu dilarang di Tanah Haram sebagaimana didalam hadith riwayat Jubair bin Mut'im.

3. Solat sunat yang mempunyai sebab yang terdahulu (الصلاة ذات السبب غير المتأخر). Contohnya :- Solat yang lumput seperti Solat Sunat Fajar, Solat Sunat Tahiyat Al-Masjid, Solat Sunat Gerhana, Sunat Wudhu', Solat Jenazah, Solat Istisqaa', dan sebagainya. Maka sebagai contoh, jika berlakunya gerhana atau kematian pada waktu-waktu dilarang bersolat, maka dibenarkan bersolat. Begitu juga dengan Qadho' solat menurut Imam Al-Syafie, ia boleh dilakukan bila-bila waktu sahaja. Menurut Lajnah Fatawa Daaimah Saudi Arabia :

ووقت القضاء مفتوح ليلًا ونهارًا عند الشافعي، ومنعه أبو حنيفة في أوقات النهي عن الصلاة، وقال مالك وأحمد: يُقضي بعد الفجر ما لم تُصلِّ الصبح.

"Waktu Qadha' terbuka dari malam sehingga siang disisi Mazhab Syafie, dan Abu Hanifah melarang melakukannya pada waktu-waktu yang dilarang bersolat. Dan berkata Malik dan Ahmad : Qadho' selepas Fajar apa yang tidak disolatkan di waktu Subuh".

wallahu'alam, wassalam

-------------
Rujukan :

1. Sheikh Muhammad Salih ibn Al-Utsaimin. Majmu' fatawa - 1.. Riyad : Muassasah Ibn Al-Utsaimin, 2000.

2. Sheikh Ahmad bin Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' Fatawa Sheikh Abdul Aziz bin Baaz - 4. Riyad : Dar Al-Watan, 1997.

3. Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 7. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'ayyad, 2000.

4. Dr Wahbah Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa'adilatuhu - 1. cetakan ke 3. Beirut : Dar Al-Fikr, 1989.

21 comments:

ingin kepastian said...

assalammualaikum..sy mngerjakan solat subuh antara waktu 7.20-7.30.sy slalu ngun tidur antara pukul 7-7.10..adakah sah solat subuh sy itu?harap ustaz dapat mmberi jawapan krana sy ragu2 dgn solat subuh sy itu.t.kasih

Unknown said...

Jika seseorang itu terbangun selepas waktu Subuh maka waktu solat subuhnya adalah pada waktu dia bangun, tidak perlu menunggu sehingga waktu Duha

nak tahu said...

asm.boleh ke kita solat hajat dalam 10-15 minit sebelum asar?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

assalamualaikum, saya ingin mendapatkan penjelasan tentang solat sunnat taubat di lakukan pada waktu haram, sebagai contoh solat pada waktu syuruk, mohon penjelasan , boleh di dilakukan ke tak ?

Anonymous said...

Ahaa, its good dialogue on the topic of this paragraph at this place at
this weblog, I have read all that, so at this time me also commenting here.


my homepage :: click here

Anonymous said...

It's very trouble-free to find out any matter on net as compared to books, as I found this piece of writing at this site.

My web-site; click here

Anonymous said...

rosacea laser treatment Cogdell

Review my blog - Paron rosacea specialist

Anonymous said...

asssalamualaikum...

saya ada masalah berhubung solat subuh. cara apakah yang terbaik untuk saya menunaikan solat subuh? perjalanan saya ke tempat kerja bermula dari pukul 5.30 dan sampai di pejabat pada pukul 7.30 setiap hari dengan menaiki pengangkutan awam.saya difahamkam haram untuk memumaikan solat subuh selepas waktu 7.30...bolehkah saya menunaikan solat subuh setiap hari selepas pada pukul 10 atau 11 pagi?rakan saya pernah sarankan untuk menunaikan solat dalam perjalanan iaitu secara dududk atau isyarat mata.tetapi saya masih berasa was-was...kerana ada rakan lain yang berpendapat solat duduk/isyarat mata hanya boleh dilakukan oleh orang yang tidak berupaya atau uzur sahaja.saya kurang arif mengenai solat dalam perjalanan..adakah ia hanya boleh dilakukan di dalam kenderaan yang bergerak?ataupun bolehkan saya lakukan solat secara duduk ketika berada di kawasan bus stand? untuk makluman perjalanan saya ke tempat kerja tidak sampai 2marhalah/80km..

Anonymous said...

asslaimualaikum

saya ada masalah berhubung dengan solat...kawan saya ada bagi tahu kalau waktu solat masih tinggal dalam 15minit kite dah tak boleh sembahyang sebaliknye kita kene mengqadakan solat itu..jadi betul ke apa yang dikatakan oleh kawan saya itu

Unknown said...

salam,nak tanya,adakah solat hajat diterima sekiranya solat fardu tak cukup?

Unknown said...

salam,nak tanya,adakah solat hajat diterima sekiranya solat fardu tak cukup?

Unknown said...

assalamualaikum..saya solat subuh tanpa lihat jam.apabila selesai solat jam sudah menunjukkan pukul 7.13..sedangkan syuruk 7.10..adakah solat saya td sah dan diterima? mohon penjelasan..terima kasih..

Anonymous said...

saya sentiasa melakukan solat sunat taubat pada bila2 masa ..pertanyaan saya disini adakah sah solat saya?atau adakah solat saya terbatal sebab kadang2 solat pada waktu yang diharamkan utk solat. saya pernah terbaca melakukan solat sunat taubat boleh dilakukan pada bila2 disaat kita terasa telah berbuat dosa...mohon penjelasan..terima kasih

Anonymous said...

Waktu haram solat asar tu macam mana ya ?

mama.insyirah.blogspot.com said...

Solat sunat taubat dan solat qada..tidak termasuk dlm waktu haramnya solat..ia terkecuali..

Anonymous said...

Kefahaman sy, qadha solat xkisah bla2 masa. Yg haram solat sunat

Anonymous said...

salam,nak tanya,adakah solat hajat diterima sekiranya solat fardu tak cukup?

Wasalam.. saya nk tolong jwb skdar yg mampu mngikut pgetahuan saya.. solat hajat ni bukan solat wajib macam solat fardhu.. sepatutnya yang WAJIB itu dibuat dan sangat dipentingkan..iaitu solat 5 waktu itu.. jika tiada ini..pahala nk letak dimana..? Inilah yang saya belajar dari tuan guru dato hassan din al hafiz ..bahawa mengerjakan yg wajib itu sangat penting dari yg sunat. Iaitu SOLAT 5 WAKTU.jika xbuat yg wajib ini..mana nak letak pahala sunat yg kita kejar sangat tu..macam saya skarang ni.. saya lebih kepada mengQodok atau mnggantikan balik solat2 wajib yg tertinggal dulu2 .. tak mengejar yang sunat sangat. Skian..ada yg silap dari saya yang betulnya dari allah. Ilmu dan nasihat untuk saya sendiri juga dan kawan2 semua.

Behind the smile said...

Mcm mana kalau solat zohor 15 minit sebelum masuk waktu asar ?

dds said...

Jom ke waktusolatmalaysia.com untuk info solat terkini di tempat anda.

Anonymous said...

kalau saya solat sunat hajat sebelum saya solat subuh? apakah hukumnya?

Post a Comment