Tuesday, December 9, 2008

Qadha Solat Untuk Orang Mati

Assalamualaikum,

Berkaitan dgn ceramah Dato Mufti Harussani (mufti negeri Perak),pada 13 Januari 2003(mlm) beliau ada menyatakan bahawa jumhur ulama bersepakat membolehkan anak mengqadakan sembahyang (ganti) utk arwah ibu/bapa. Beliau berkata demikian dgn alasan bahawa darah yg mengalir dlm tubuh badan si anak adalah asalnya dari kedua ibu/bapa. Dgn syarat si anak hendaklah memastikan bahawa sembahyangnya telah sempurna/cukup. Beliau juga menggaitkan pendapat beliau dgn qada haji, dimana si anak boleh mengqada haji utk arwah ibu/bapa.
Sebelum ini saya ada mendengar pendapat, sembahyang qada utk org lain (termasuk ibu/bapa) tidak boleh dan tidak sampai. Wallahualam....pendapat Al-Ahkam (yg berkonsepkan Fekhul Mukaram) amatlah dialu-alukan.

Terima kasih :flame

================

Wassalam
Jawab:

Rasanya kenyataan "Jumhur Ulama' bersepakat" itu agak misleading. Kalau dikatakan sebahagian ulama', maka ia adalah lebih hampir kpd kebenaran.
Ia berpunca dari sebuah hadis Daruqutni dari Jabir ra. Pentahqeeq ulung Imam Syun'ani (Subulus Salam, 4/91) berpandapat hadis ini terbatal dgn sendirinya dgn oleh alQur'an (anNajmi:39) maksud, "bahawasanya seorang manusia tidak memperolehi melainkan apa yg diusahakannya sediri."

Jumhur fuqaha' Syafi'iyah berpendapat demikian: yakni solat si mati yg luput tidak boleh diganti oleh orang lain atau dibayar fidyah (I'anat atTolibin, Juz 1/ms 24)

Kalau kita tinjau pendapat Imam Ibn Qayyim (ahkam asSolat) dan Imam Ibn Hazm (alMuhalla), hukum solat Qadha yg ditinggalkan seseorang secara sengaja ini tidak sah. Solat qadha' ialah untuk kes-kes lupa atau tertidur sahaja.

Seorang ahli hadis terkenal, alMuhaddith al-Albani (Fatawa Madinah alMunawarrah, bab Aqeedah, fatwa no 7) menetapkan apa jua amalan anak yg soleh boleh dilakukan kepada orang tuanya. Ini juga pendapat Ibn Qayyim dan Imam Ibn Taymiyah. (Mungkin anda keliru bahawa Ibn Qayyim menegah solat qadha' bagaimana pula dia membolehkan si anak melakukan amalan (termasuk solat) utk orang tuanya? Maksudnya solat2 sunat bukan solat Qadha')
Tetapi Ustaz A Hasan Bandung menetapkan tiada seorang salaf yg berfatwa seseorang solat menggantikan solat orang lain. Majalah alHidayah, suntingan A Zakariya, Persis)

Maka kita berpendapat pendapat SS Mufti itu mengelirukan kerana tidak dibedzakan apakah si anak boleh melakukan solat sunat dan dihadiahkan pahala pada arwah ibubapanya atau si anak mengganti solat si mati yg ditinggalkan dengan sengaja semasa dia masih hidup:

Hukum solat Qadha' bagi solat yg ditinggalkan dgn sengaja adalah wajib bagi mukallaf. Ini pendapat jumhur. Ibn Qayim dan Ibn Haz pula menetapkan hukum solat qadha' bg solat yg ditinggalkan dgn sengaja ditegah kerana tidak sah.

Seseorang yg mati dan masih ada baki solat yg ditinggalkan dengan sengaja. Di sini ada khilaf fiqhi, samada waris2nya terutama anak2 si mati diwajibkan mengqadha solat si mati.

Jika ada orang berfatwa, Jumhur fuqaha' mewajibkan ahli waris menggantinya solat yg luput dengan sengaja (oleh si mati) baik oleh anaknya sendiri, atau warisnya atau boleh diupah orang lain atau boleh diganti dgn fidyah memerlukan dalil. Dan dalil itu tidak ada menurut tahqeeqan ahli Hadis. Inilah pendapat Imam Syun'ani dan pentahqeeq Nusantara: A Hasan dan Prof Hasbi Siddiqie (Pedoman Solat). Allah saja yg mengetahui dalam urusan yg masih diperselisihkan
WA

0 comments:

Post a Comment