Bolehkan membaca Ayat Kursi (sebagai surah pendek) dalam solat lima waktu? :before
=============
Salam
Jawab:
Petunjuk Nabawi mudah sahaja mengenai apa yg patut dibaca:
HR Abu Daud (Sunan, 1/216, no 818) dari Abu Sa'eed ra, " kami diperintah supaya membaca alfatihah dan (kemudian) apa yg mudah."
'Tayassara' dalam hadis ini bermaksud secara umum apa yg mudah dari mana-mana surah dan apa yg mudah dari mana-mana ayat."
Bila kita mengkhususkan hanya kepada ayat Kursiy sahaja, ini bermakna kita sudah menyempit dan mempersulit. Fiqh Sunnah dari Ibn Qayyim. WA
Tuesday, December 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)










4 comments:
kesimpulannya, tak boleh baca ayat Kursi dalam solat. ok, terima kasih.
Aisyah (RA) berkata bahawa RasuLULLAH (SAW) bersabda: "Membaca al-Quran di dalam solat adalah lebih afdhal daripada membaca Al-Quran di luar solat; membaca Al-Quran di luar solat lebih baik daripada tasbih dan takbir; tasbih adalah lebih tinggi daripada sedekah; sedekah adalah lebih bik daripada rozah (puasa sunnat); dan rozah adalah penghalang daripada api neraka." - Riwayat Baihaqi
Berkata Qais bin Abi Hazim rahimahullahu:
“Aku shalat di belakang Ibnu Abbas di Bashrah kemudian pada rakaat pertama beliau membaca Alhamdulillah (yakni:Al-Fatihah) dan ayat pertama dari surat Al-Baqarah (yakni ألم), kemudian beliau ruku’, kemudian ketika rakaat kedua beliau membaca Alhamdulillah (yakni: Al-Fatihah) dan ayat kedua dari surat Al-Baqarah, kemudian beliau ruku’. Setelah selesai shalat maka beliau menghadapkan diri beliau kepada kami seraya berkata: Sesungguhnya Allah berfirman: فاقرؤوا ما تيسر منه (Maka bacalah apa yang mudah darinya) (Dikeluarkan oleh Ad-Daruquthny 1/136 no:1279, dan Al-Baihaqi 2/60 no:2371, isnadnya dihasankan oleh Ad-Daruqutny)
salam..tuan...boleh lanjut kan penerangan mengenai bacaan ayat kursi dalam solat fardu...keliru sikit sebab telah kebiasaan saya dengan ayat kursi... maka tiada la ia kesusahan bagi saya....
Post a Comment