Sunday, December 7, 2008

Qadha Solat

Assalamu'alaikum,
Apa khabar saudara ahli panel? Saya ada kemusykilan tentang solat yang tertinggal dgn sengaja. Perlukah diqada semula solat tersebut atau hanya cukup dgn sekadar bertaubat nasuha?


Jawab:

Ijma' fuqaha' berpendapat solat yg ditinggalkan dgn sengaja, wajib diqadha seperti mana solat yg tertinggal akibat tertidur, atau terlupa (Muhalla # 278; Syarah Sahih Muslim 3/367; alMajmu' 3/75; Bidayah alMujtahid 1/175; alMughny 2/372; Nailool Awthor 2/261)


Segelintir fuqaha' membantahnya, antaranya Imam Ibn Hazm yg berpendapat hukum qadha utk solat yg ditinggalkan dgn sengaja adalah batil dan tidak ujud hukumnya. Ini kerana solat tidak boleh ditinggalkan dgn sengaja. Ini juga pendapat Syaikhul Islam Ibn Taymiyah dan muridnya alHafeedz Ibn Qayyim alJawzea dan fuqaha Salafiyya dari Saudi Arabia. Pendapat minoriti ini disandarkan kepada fatwa Umar alKhattab, anaknya, Abdullah, Ibn Mas'uud, Sa'ad bin Abi Waqs, semuanya raa. Fatwa Umar alKhattab ra," barangsiapa meninggalkan solat dgn sengaja hingga habis waktunya, tidak dapat diqadha selama-lamanya."


Jika anda memilih Ijma' (Ijma' adalah sumber hukum yg sah), maka kenalah qadha dan taubat nasuha. Jika anda memilih pendapat Ibn Hazm dan Ibn Taymiya, hendaklah diperbanyakkan amal saleh dan solat2 sunnat. Allahu a'alam

5 comments:

Izz said...

salam...saya ada kemusykilan..saya mahu menqhada solat tila terbaca ttg qadha solat ini saya jadi bingung, perlu solat qadha atau tidak??atau saya hanya perlu buat solat taubat??

Anonymous said...

pesakit baru buat pembedahan di bahagian perut (seperti orang bersalin)dan perlu menggunakan bag untuk buang air kecil di bahagian badan nya. Bagaimana cara solat untuk pesakit itu, tolong jelaskan?

Admin said...

Jika pesakit tidak boleh bangun dia boleh solat tanpa mengambil wuduk (solat dengan berbaring). Mengikut mazhab Shafie dia wajib mengulangi solat itu kemudian nanti. Mengikut Imam Ahmad tidak perlu mengulang semula solat tersebut. Mengikut imam Malik gugur kewajipan solat ketika sakit. Sila baca:

http://qawudukdanmandi.blogspot.com/2009/01/wuduk-orang-sakit.html.

Admin said...

solat yang tertinggal dengan senagaja sebaik-baiknya hendaklah diganti. Jika tidak mampu mengganti hendaklah bertaubat dengan sebenar-benar taubat, perbanyakkan solat sunat dan amalan lain, banyak bersedekah kepada fakir miskin. WA

Anonymous said...

Salam,
terlebih dahulu saya memohon maaf jika soalan yang diajukan berbunyi Jahil....

saya telah lama meninggalkan solat fardu, lalu sekarang ingin saya mengqadhakan nya...

Setelah selesai solat fardhu *cth Subuh*
Q.Apakah boleh jika saya mengqadhakan solat subuh hingga isyak sekaligus dalam satu masa?
(bermula dengan mengqadhakan solat subuh hingga selesai,kemudian terus niat dan mengqadhakan solat zohor hingga selesai dan seterusnya sehingga isyak....)

Q. Ataupun setelah selesai solat fardhu *cth subuh* cuma boleh diqadhakan solat subuh saja sebanyak mana yang mampu?

Terima Kasih

Hamba ALLAH yang bingung

Post a Comment