Saturday, January 10, 2009

Surah As-Syams Dalam Solat Duha

Salam
adakah sunnah membaca surah asy-syams pada rakkat pertama solat dhuha dan surah ad-dhuha pada rakaat kedua?

terima kasih
------------

Waalaikumussam..

Ya, sesetengah ulama ada mengatakan sunat membaca kedua-dua surah tersebut. Ada juga yang mengatakan lebih afdal membaca surah al-Kafirun dan al-Ikhlas.

Al-Hafiz Ibn Hajar menyebut : “al-Hakim meriwayatkan daripada jalan Abi al-Khayr dari Uqbah bin Amir katanya (Rasulullah s.a.w. memerintahkan kami melakukan solat sunat Duha dengan membaca surah-surah antaranya : والشمس وضحاها dan والضحى . Kata Ibn Hajr lagi : Dan kesesuaian bacaan berkenaan adalah amat jelas. (Fath al-Bari 4/174).

Sheikh al-Ramli dalam Niyahat al-Muhtaj menjelaskan : "Dan disunatkan membaca pada kedua-dua rakaatnya (rakaat Duha) sura al-Kafirun dan al-Ikhlas. Dua surah ini lebih afdal daripada surah al-Shams dan al-Duha".

Namun ada sesetengah mengatakan hadis atau riwayat mengatakan sunat membaca surah al-Shams dan al-Duha itu tidak warid dengan riwayat sahih.

Oleh itu, hukumnya adalah luas, sesiapa yang melakukan solat Duha boleh membaca apa-apa surah yang diingini.

Wallahualam

2 comments:

fida said...

kenapa surah ad-duha menjadi surah pilihan ? apa sebabnya ? boleh terangkan dengan jelas kenapa orang baca surah ini dalam solat duha ?

Admin said...

sebabnya kerana ada sebahagian ulamak menyatakan kedua surah itu sunnah... pernah dibaca oleh Nabi saw dalam solat dhuha...

setengah ulamak kata riwayat hadis tersebut tidak sahih, ada riwayat nabi saw baca surah al-kafirun dan surah al-ikhlas...

persoalannya luas kepada para pengkaji hadis. Baca surah apa tak jadi halangan.... WA

Post a Comment