Friday, January 23, 2009

Bacaan dalam solat, wajibkah bertajwid?

Salam

Adakah bacaan dalam solat terutamanya bacaan rukun wajib dibaca dengan bertajwid seperti panjang dan pendeknya (mad), sekiranya tidak dibaca dengan tajwid contohnya bacaan panjang 6 harakat dipendek 2 harakat, batalkah solat tersebut. Sebabnya didapati ramai yang solat dengan begitu cepat yg bermakna tidak membaca dengan tajwid yg sempurna walaupun sebutan makhrajnya betul. Pohon penjelasan

Terima kasih.

*************
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam

Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Menurut Syiekh Ibn Utsaimin rh bahawa tajwid adalah bab membaikkan suara semasa membaca al-Quran, dan ia bukanlah wajib didalam solat. Jika seseorang itu membaca dengan suara yang baik dan bertajwid ketika bersolat,maka itu adalah baik. Jika dia tidak membaca dengan bertajwid, tidaklah menjadi masalah. Meninggalkan tajwid tidaklah mendatangkan dosa baginya (al-Sharh al-Mumthi', 2/135).

Menurut beliau lagi : bukanlah tajwid sebagaimana yang dikenali sekarang, dimana adanya ghunnah dan maddaad (panjang) dan sebagainya dan bukanlah syarat bagi seseorang itu mencantikkan suara ketika membaca al-Quran (al-Sharh a-Mumthi', 2/112).

Yang penting ialah mahraj atau tempat keluar huruf itu betul dan tidak mengubah-gubah huruf dan makna ayat.

Berikut jawapan al-Fadhil Ustaz Abu Umair :-

SJ-05-0233 : Tajwid : kesalahan dengung perlukah diulang wrote:

Yang membatalkan bacaan ialah: sekiranya meninggalkan huruf, atau meninggalkan tasydid, atau menukar suatu huruf dgn huruf lain.

Manakala LAHAN (kesilapan menutur) dalam Fatihah pula, ada perincian:

-sekiranya kesilapan yg mengubah makna, maka tidak sah bacaan itu. jika sengaja, batal sembahyang. contoh kesilapan mengubah makna: membaca AN'AMTU ALAIHIM. sepatutnya: AN'AMTA ALAIHIM.
-sekiranya kesilapan yg tidak mengubah makna, maka sah bacaan fatihah.

Manakala meninggalkan dengung, atau kurang kadar dengung, perkara ini adalah berkaitan dengan TAJWID. dan kekurangan atau ketiadaan tajwid dalam sembahyang TIDAK MENJEJASKAN sembahyang.

-rujukan: Majmuk Nawawi 3/393
-syarah mumti' 3/63
-Fatwa syeikh Saleh Fauzan
-Fatwa syeikh uthaimin


Sekian, wassalam

2 comments:

kamarul said...

Salam
Saya agak terkeliru dengan cara bacaan seorang imam di masjid besar di Petaling Jaya di mana beliau membacakan surah selepas al-fatihah mengikut bacaan riwayat dan tidak mengikut bacaan abu bakar assiddiq seperti biasa. Setahu saya kita tidak boleh membaca selain dari cara bacaan abu bakar assiddiq di dalam sembahyang...hujah tidak membenarkan bacaan selain bacaan abu bakar ialah untuk mengelakkan kekeliruan dan perpecahan....boleh ustaz terangkan secara terperinci mengenai cara bacaan solat memandangkan masyarakat mulai keliru dengan program di akademi al quran dan membawa bacaan tersebut ke dalam solat fardhu. sekian terima kasih

Anonymous said...

Terima Kasih....

Post a Comment