Thursday, August 6, 2009

Qadha Solat Haid

SJ-05-0482 : qadha zolat kerana haidh

Postby Guest » Jul 19th, '09, 13:37
a'kum ustaz,

mengapakah kalau haid berhenti pada waktu asar, diwajibkan qadha solat zohor. begitu juga kalau berhenti pada waktu isya', diwajibkan qadha solat maghrib?

harap penjelasan. terima kasih

Guest




***************************************
Postby Abu_Umair » Jul 23rd, '09, 15:13

Jika haidh terhenti sebelum terbenam matahari maka wanita itu wajib bersolat Zohor dan Asar. Dan jika haidh terhenti sebelum terbit fajar, maka hendaklah bersolat Maghrib dan Isyak.

Ini adalah pendapat jumhur fuqaha dan juga mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali. Ia diriwayatkan daripada beberapa sahabat, Abdul Rahman bin Auf dan Ibn Abbas r.a.

Pendapat ini juga diriwayatkan daripada Tawus, Mujahid, dan az-Zuhriy.

Imam Ahmad mengatakan, "Ia adalah pendapat keseluruhan tabieen kecuali Hasan seorang sahaja".

Hujah kepada pendapat ini ialah, waktu Asar juga adalah waktu bagi Zohor dalam keadaan uzur. Dan waktu Isyak juga adalah waktu bagi Maghrib dalam keadaan uzur.

Sebagaimana apabila kita bermusafir, kita boleh menjamakkan solat dengan bersembahyang Maghrib pada waktu Isyak, dan bersembahyang Zohor pada waktu Asar.

Wallahu A'lam.

rujukan:

- Syarh Kabir, Ibn Qudamah
- Fatawa Kubra Ibn Taimiyyah

6 comments:

NoorAfzan said...

ooo..good question and good info..
thanks for sharing here~

puteraT.M said...

alhmdulilahhh...very useful for my wife, tq. :-)

Me myself said...

tapi, sesetengah wanita mengalami masalah kurang pasti dgn waktu haid berhenti. dan ada yang mengatakan bahawa boleh melambatkan mandi wajib selewat-lewatnya 5 waktu solat supaya lebih yakin. betulkah? boleh diperjelaskan?

Admin said...

Petua menunggu 5 kali solat itu tidak ada dalil apa pun melainkan berdasarkan sangkaan yg boleh merosakkan. Wanita yang haidh ada 4 jenis:

1. Haidh yg teratur dan ia bermula dan berakhir dengan pattern yang consistant

2. Haidh yg meragam, patternnya tidak menentu

3. Haidh yg bercampur istihadzah (penyakit)

4. Perempuan yg baru mengalami haidh

Maka kaedah di zaman salaf ialah wanita2 yg keliru ini akan membawa dirjah (kapas) yg dicalit dari kemaluan mereka kepada Aisyah ra utk mempastikan mereka telah bersih.

Berkata Aisyah, jangan tergesa-gesa hingga engkau melihat kapas itu tiada tanda apa-apa. {Fiqh Sunnah}

Maka, petua yg rigid dgn menunggu lima kali solat itu adalah petua yg tidak boleh dipakai kerana haidh ini adalah personal kepada wanita tsb dan dia lebih tahu bila ia kering berdasarkan pattern atau corak haidhnya.. Wallahu'alam

Me myself said...

terima kasih

aidura said...

Assalamualaikum ustz. sekiranya sya sudah mengerjakan solat maghrib & isyak. kemudian bila bangun utk siap solat subuh sya tlh dtg haid. perlu ke sya gantikan juga solat maghrib & isyak?

harap beri penjelasan pd soalan sya. tk!

Post a Comment