Friday, January 23, 2009

Solat dihadapan Ka'bah

Salam

baru2 ni sy diajukan satu soalan berkenaan solat ketika mengerjakan umrah/haji di mekah.

disebabkan terlalu padat jemaah kat sana, so kesukaran untuk bersujud menjadi satu masalah, agak sukar untuk sempurnakan sujud disebabkan ramai manusia berhimpit.

apa pandangan panel tentang perkara ni?

WA Wassalam

************
al-jawhar
Panel Feqh
Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

Masalah solat dalam masjidil haram ini adalah perkara yang telah dibahaskan oleh perlbagai lapisan ulama yang antaranya ialah As-Syaikh Bin Bazz , Uthaimeen , Solih fauzan dan ramai lagi…

Dalam keadaan yang boleh menimbulkan kesukaran atau masyaqqah ketika ingin menunaikan sebarang ibadah kepada Allah swt , maka disitu dibolehkan untuk kita melakukan apa-apa perkara yang dilarang dalam Islam atas tujuan demi untuk menyempurnakan tuntutan Allah swt…

Banyak dalil-dalil dari Al-Quran dan Hadis yang begitu sinonim dengan kita dalam hal atau bab masyaqqah ini. Antaranya :

1. Al-Baqarah : 185.
2. Al-Maidah : 6.
3. Al-Hajj : 78.
4. HR Imam Bukhari : 5660 , 5663
5. HR Tirmizi : 137
6. HR Abu Daud : 324

Dan banyak lagi…..

Antara kesukaran / masyaqqah yang menjadi perkara biasa berlaku di Masjidil haram ialah seperti , percampuran saf / jemaah antara lelaki dan wanita ( bukan satu saf ) , tiada tempat laluan ketika mencari saf-saf kosong yang mana dibolehkan untuk kita melalui dihadapan orang yang sedang solat.. ruang solat yang tidak mencukupi sehingga ada yang bersolat di atas escalator (tangga bergerak) dan macam-macam lagi kesukaran yang berlaku.

Kesemuanya ini adalah masyaqqah-masyaqqah yang memberi laluan dan kebenaran kepada kita untuk melakukan tuntutan ibadah itu sedaya yang mampu sesuai dengan maksud kaedah fiqh :

“Kesukaran / kepayahan itu membawa kepada kemudahan”

Berkenaan dengan permasalahan kesukaran untuk bersujud , hendaklah diusahakan juga agar dapat sujud kerana perbuatan sujud itu adalah merupakan rukun dalam solat.

WA

0 comments:

Post a Comment