Friday, January 2, 2009

Solat Sunat Sebelum Subuh

Salam
Seseorang hendak melakukan solat sunat (apa-apa saja, eg. solat hajat)sebelum melakukan solat subuh kerana tiada solat sunat selepas subuh. Apakah maksudnya, sebelum masuknya waktu subuh atau boleh solat sunat walaupun sudahpun masuk waktu subuh tetapi belum solat subuh lagi?

TQ
_________________

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr mukminin dengan kadar kemampuan dan kekurangan yang ada, Insyaallah.

Solat sunat selepas solat subuh tidak dibenarkan menurut syara' oleh kerana waktu tersebut termasuk didalam waktu-waktu yang dilarang bersolat. Dalilnya terdapat didalam 2 hadith dibawah ini :-

a. Diriwayatkan bahawa Abu Sa'ed al-Khudri (r.a.) berkata : Nabi saw bersabda :

لا صَلَاةَ بَعْدَ صَلاةِ الْعَصْرِ حَتَّى تَغْرُبَ الشَّمْسُ ، وَلا صَلاةَ بَعْدَ صَلاةِ الْفَجْرِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

"Tidak ada solat selepas Solat Asar sehingga terbenam matahari, dan tiada solat selepas Solat Fajar (Subuh) sehingga matahari telah terbit" - [hadith riwayat Al-Bukhaari #586, Muslim #728]

b. Bahawa 'Amr ibn 'Abasah al-Sulami (r.a.) berkata :

قُلْتُ : يَا نَبِيَّ اللَّهِ ، أَخْبِرْنِي عَمَّا عَلَّمَكَ اللَّهُ وَأَجْهَلُهُ ، أَخْبِرْنِي عَنْ الصَّلاةِ . فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( صَلِّ صَلاةَ الصُّبْحِ ثُمَّ أَقْصِرْ عَنْ الصَّلاةِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ حَتَّى تَرْتَفِعَ . . . ثُمَّ صَلِّ فَإِنَّ الصَّلاةَ مَشْهُودَةٌ مَحْضُورَةٌ حَتَّى يَسْتَقِلَّ الظِّلُّ بِالرُّمْحِ – وهو وقت كون الشمس في وسط السماء- ثُمَّ أَقْصِرْ عَنْ الصَّلاةِ فَإِنَّها حِينَئِذٍ تُسْجَرُ جَهَنَّمُ فَإِذَا أَقْبَلَ الْفَيْءُ – وهو أول وقت صلاة الظهر - فَصَلِّ فَإِنَّ الصَّلاةَ مَشْهُودَةٌ مَحْضُورَةٌ حَتَّى تُصَلِّيَ الْعَصْرَ ، ثُمَّ أَقْصِرْ عَنْ الصَّلاةِ حَتَّى تَغْرُبَ الشَّمْسُ . . .

"Saya berkata : Ya Nabi Allah, khabarkan kepadaku apa yang Allah telah ajarkan kepada kamu apa yang kami tidak tahu, khabarkan kepada ku mengenai Solat. Rasulullah saw bersabda : Bersolatlah di waktu Subuh, kemudian jangan bersolat sehingga matahari terbit dan naik...kemudian bersolatlah kerana solat anda di saksi dan dihadiri [oleh malaikat], sehingga bayangan lembing menunjukkan kearah utara - dimana waktu matahari tegak dilangit - kemudian berhentilah bersolat, kerana waktu tersebut api neraka sedang dinyalakan. Apabila bayang-bayang hilang [tergelincir matahari] - ia merupakan awal waktu zuhur, maka bersolatlah, kerana solat anda akan disaksikan dan dihadiri [oleh malaikat], sehingga anda bersolat Asar, kemudian berhenti bersolat sehingga matahari terbenam.." - [Hadith riwayat Muslim #832].

Kedua-dua hadith diatas ini merujuk kepada period selepas menunaikan solat subuh, maka selepas itu tidak boleh melakukan solat sunat. Contohnya, semasa masuk waktu Subuh, anda masih boleh melakukan sebagai contoh solat sunat istikharah, sunat fajar dan diikuti dengan solat subuh. Maka setelah selesai bersolat subuh, tidak ada lagi solat sunat yang dibenarkan di waktu itu.

Akan tetapi terdapat juga solat-solat yang boleh dilakukan diwaktu yang terlarang ini. Anda boleh merujuk kepada url dibawah ini untuk membaca perbincangannya.

SJ - 2964 : Waktu yang di haramkan solat

wallahu'alam, wassalam.

-----------
Rujukan :-

1. Dr Wahbah Zuhaily. Fiqh Al-Islami wa 'adillatuhu - 1. cetakan ke 3. Beirut : Dar Al-Fikr, 1989.

0 comments:

Post a Comment