Monday, January 19, 2009

Sujud Lama

Salam

Kalau kita solat sendirian, sahkah solat itu seandainya kita sujud lama (untuk berdoa) sehingga kadang-kadang kadarnya adalah melebihi kadar bacaan tahiyyat ? WA

*************
Salam

Untuk menjawab persoalan ini, saya akan membincangkan mengenai hukum doa semasa sujud terlebih dahulu.

Ulama’ berbeza pendpt mengenai hukum berdoa dalam sujud. Ulama Hanafiah berpendapat bacaam selain tasbih yg terdapat dalil adalah sunat hukumnya. Mazhab Malikiah pula menggalakkan segala jenis doa tidak kira yg terdapat dalam hadis ataupun tidak. Manakala Hanbaliah mengatakan tidak mengapa jika dibacakan doa2 yg ma’thur dan juga zikir2. Ulama’ Syafi’iyyah pula mengatakan doa dalam sujud itu amatlah dituntut.

Dalil yg membolehkan doa ialah sebuah hadits shahih, bahwa Nabi saw. bersabda yg bermaksud:

1. Rasulullah saw bersabda, “Saat yang paling dekat bagi seorang hamba untuk berada di samping Tuhannya, ialah ketika Ia sujud. Dari itu hendaklah kamu memperbanyak do‘a ketika sujud itu!”
Dan sabdanya pula: “Ketahuilah bahwa saya dilarang buat membaca Qur‘an di waktu ruku’ maupun sujud. Maka sewaktu ruku’, hendaklah kamu membesarkan Tuhan, sedang di waktu sujud, usahakanlah padanya berdo‘a dengan sungguh-sungguh, karena besar kemungkinan akan dikabulkan Tuhan!”(HR Ahmad dan Muslim).

2. Dari ‘Aisyah, katanya: “Pada suatu malam aku telah kehilangan Nabi saw. Maka tersentuhlah ia olehku di mesjid. Kiranya ia sedang sujud, dengan kedua telapak kakinya yang tegak ke atas, dan di dalam sujud itu Ia membaca: “Allahurnma inni a’udzu biridhaka min sukhthika, wa a‘udzu bimu‘afatika min ‘uqubatika wa a‘udzu bika minka, la uhshi tsanaan ‘alaika, anta kama atsnaita ‘ala nafsika”.
(Ya Allah, aku berlindung dengan keridhaan-Mu dan amarahmurka-Mu, dengan memohon ampun dari adzab-siksa-Mu, dan aku berlindung kepada-Mu daripada-Mu. Tidaklah terhitung puji-pujianku kepada-Mu. Engkau adalah sebagaimana dipujikan oleh diri-Mu sendiri!.”(HR Muslim dan Ash-habus Sunan).

3. Dari padanya pula: “Bahwa Ia kehilangan Rasulullah saw. pada suatu malam. Maka dikiranya ia pergi mendapatkan sebagian dari Isteri-isterinya. Tetapi sewaktu dicarinya dengan meraba-raba, kiranya ia sedang ruku’ atau sujud dan membaca: “Subhanaka ‘llahumma wa bihamdika, la ilaha illa anta.”
(Maha Suci Engkau ya Allah, dan aku memuji-Mu, tiada Tuhan selain daripada-Mu).” ‘Aisyah pun berkata: “Demi ibu-bapaku yang menjadi tebusanmu! Sungguh, aku sedang dalam suatu peristiwa, sedang Anda dalam peristiwa yang lain pula!”(HR Ahmad, Muslim dan Nasa’i).

Berdasarkan dalil2 di atas, jelaslah bahawa antara tempat terbaik utk doa adalah ketika sujud. Berdasarkan keumuman hadis yg pertama di atas, boleh saja berdoa dgn doa selain doa2 yg terdapat dalam hadis. Cumanya, sudah pasti doa terbaik adalah doa2 yg dtg dari Rasulullah saw.

Kembali kpd soalan sdr. Apakah memanjang sujud itu boleh membatalkan solat. Jawapannya tidak. Hanya saja Nabi saw tidak memanjangkan sujud melainkan menyamai ruku'nya. Melainkan terdapat sesuatu halangan spt yg terjadi kpd Rasulullah saw yg mana cucunya menaiki belakang baginda spt di dlm HR an-Nasa'i, Ibn 'Asaakir, al-Hakim dlln.

Dari Malik bin al-Huwairits Rasulullah saw bersabda, "Solatlah sepertimana engkau melihat aku solat."[HR Bukhari]

Sila lanjutkan bacaan sdr ke URL berikut:
SJ - 2894 : Doa ketika Sujud and Sebelum Salam

Sekian. WA.

Wassalam

RUJUKAN

Fiqh Islami wa adilatuhu
(Fiqh & Perundangan Islam Jilid 1)

Tamamul Minnah
Sheikh Albani

Fiqhus sunnah 1
Sheikh Sayyid Sabiq
Fiqh Sunnah(Sunat2 Solat:Jangka Waktu Sujud Dan Bacaan--bacaannya)

Contoh Sembahyang Rasulullah saw
Sheikh Albani
[Alihbahasa dan Tambahan oleh Abdullah Qari]

Hadis2 Hukum Mengenai Bersuci & Solat
Abu Soleh Nasaruddin

Panduan Beribadah Menurut Sunnah Rasulullah saw
Ibn Qayyim

8 comments:

Anonymous said...

kalau makmum mmnjang sujud akhir sedangkan imam sudah separuh membaca tahiyat akhir adakah haram hukumnya?
http://naimisa.blogspot.com/2010/12/bolehkah-diundur-melaksana-rukun-solat.html
btolkah yang dimaksudkan dlm blog tersebut?

Anonymous said...

Saya menghadapi penyakit asthma. Setiap kali Imam memanjangkan sujud dalam solat fardhu, saya terasa begitu mencabar hingga kekadang terfikir untuk mufaraqah saja tapi memikirkan solat sudah penghujung, saya cuba bertahan walaupun pernafasan rasa nak putus.
Jadi, saya ingin kepastian yang ikhlas dari ahli Agama adakah hadis yang sahih menyeru perbuatan sedemikian oleh Imam dalam solat jemaah.Lebih pelik lagi bila solat rawatib, Imam bingkas saja waktu sujud dan paling cepat keluar pintu.
Apakah ini perbuatan yang termasuk dalam kerangka menyusahkan makmum yang ditegah Rasullulah s.a.w??

Anonymous said...

Bagaimana cara betul makmum masbok.
1) Tepuk bahu Imam untuk tanda ingin berjemaah sama
2) Jaharkan takbir untuk tanda ingin berjemaah sama
Bagaimana pergerakkan anggota betul makmum masbok.
1) Takbir angkat tangan dan letak tangan atas pusat, kemudian sujud tanpa sebut "Allahu Akhbar" untuk duduk serta tahiyat awal ikut imam.
2) Takbir angkat tangan dan terus duduk serta tahiyat awal ikut imam tanpa perlu letak tangan atas pusat.
Mohon pandangan yang bersandarkan perbuatan ikut Nabi Muhammad s.a.w.

Admin said...

Memanjangkan sujud akhir adalah sunnah kerana kita dibernarkan berdoa dalam sujud terakhir. Masalah anda termasuk dalam kategori uzur, jika serangan asthma memuncak boleh solat dalam keadaan duduk. WA

Admin said...

Masbuq dengan orang perseorangan hanya perlu berdiri disebelah dan bertakbiratul ihram.

Imam itu untuk diikuti, jika kita masbuq ketika imam sedang duduk tahyat, angkat tangan takbir dan terus duduk tahiyat mengikut imam bermakna kita tertinggal 2 rakaat. WA

Unknown said...

Assalamualaikum.. Maaf hanya ingin bertanya.. Kalau seseorang itu pernah menjadi mangsa kemalangan dan telah hilang satu dari jari kakinya,adakah itu dipanggil tidak cukup sifat dan tidak boleh menjadi imam dalam keluarga ?? Khusus bagi lelaki.. Harap diberi penjelasan.. Terima Kasih ...

Unknown said...

apakah boleh kita sujud lama sedangkangkan imam sudah tasyahud akhir. tolong balas di emailku. aku pengen sekali penjelasannya. makasih

sweetcharmer00 said...

baru2 ni ada dengar ceramah, seorang ustaz dia mengatakan sujud lama2 tu sebenarnya tak boleh. dia cakap tu mcm merujuk kpd solat sorang2 juga. jd mcm mana tu. sebab saya daripada sekolah, ustaz2ah ajar perkara samalah dengan penulis blog, sujud antara waktu dekat dgn Allah. dan bila buat solat hajat ramai2 pun, mmg dilamakan sujud rakaat terakhir tu. dan seingat saya bila perhati ustazah2 mereka memang melamakan sujud. Saya lupa video mana satu, tp kalau saudara/i tengok channel youtube abu khadijah yang baru2 ni dia upload minggu terakhir bulan 10, mmg kat situlah. jadi saya pun konfius, sbb lately pun sy ada hajat, so mmg sujud lama la 2,3 bulan ni, tetiba keluar plak statement ustaz ni, spnjg 30 tahun xpernah dgrlah.
Dan satu lagi, biasa saya sujud doa tu pakai dalam hati je la. Tapi baca blog ni, doa lafaz kt mulut boleh juga ke masa sujud dalam solat?

Post a Comment