Monday, January 19, 2009

Angkat Tangan Takbir Rakaat Ke 3

assalamualaikum..,
Mengangkat tangan ketika takbir rakaat ke3. Ada terdengar ianya sunat.....tapi bagus kiranya saya mengetahui jika berserta hadis atau dalil....sekian

wassalam

************

Tahqeeq

Sifat Solatun Nabi saw pada raka'at ke 3
Imam alMuhaddith Nasiruddin alAlbani meriwayatkan hadis Bukhari-Muslim bahawa hendaklah bertakbir. Juga riwayat Abu Ya'ala (asSahihah #604)

Nabi saw terkadang (lihat kalimah TERKADANG) mengangkat ke dua tangannya (HR alBukhari dan Abu Daud)

Maka perbuatan mengangkat tangan (pd raka'at ke 3) merupakan sunnah (ini disahkan oleh Syaikhul Islam Ibn Hajar (Fathul Bari: 2/220), Imam syarf anNawawi, alMajmoo' 3/399; Ibn Qayyim aljauzea, I'lam alMuwaqq'ein: 2/376; Zaad alMa'ad: 1/256; Albani: Tamaamul Minnah/73, Sifat Solatun Nabiy/77-78. WA

**********
Salam
Takbir adalah rukun solat dan ia adalah wajib bagi setiap rakaat.

Ali meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:


مفتاح الصلاة الطهور، وتحريمها التكبير، وتحليلها التسليم

“Kunci solat adalah bersih. Takbir menyebabkan seseorang itu berada di dalamnya dan keluar darinya adalah tasleem.” (Riwayat Imam Asy-syafie, Ahmad, Ibn Majah dan At-tirmidzi, mengatakan bahawa riwayat yang paling sahih mengenai takbir. Al-Hakim dan Ibn As-Sakin juga menganggap ia sahih. Takbir adalah perkataan الله أكبر Allhu Akbar)

Abu Hameed meriwayatkan bahawa apabila Rasulullah S.A.W mendirikan solat, dia akan berdiri tegak, mengangkat tangannya dan berkata, الله أكبر Allahu Akbar” (Diriwayatkan oleh Ibn Majah dan terdapat dlm Sahih Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban. Al-Bazzar juga meriwayatkan dgn seerti dgnnya tetapi dgn jalur rijal yang memenuhi criteria Imam Muslim).

Walaubagaimanapun, Syeikh Nasiruddin Al-Albani menyebut ia dlm kitabnya تلخيص صفة صلاة النبي صلى الله عليه و سلم pada rakaat ke-3 dan ke-4:


ثم يكبر وجوباً، والسنة أن يكبر وهو جالس
“Kemudian bertakbir dan ia wajib, Sunnah mengucapkan Takbir semasa masih duduk”

Wassalam

Rujukan:
1. Fiqhus Sunnah, Sayyid Sabiq
2. Sheikh Muhammad Nasyiruddin al-Albani Ringkasan Sifat Solat Nabi S.A.W

0 comments:

Post a Comment