Monday, January 19, 2009

Sujud Dahi Berlapik Tudung

assalamualaikum......

1- saya ader search dekat arkib mengenai persoalan anggota sujud berlapik dengan telekung.di sana hanya mengatakan sah kalau berlapik tangan dengan telekung.
adakah dahi juga dikira sah solat andai berlapik dengan telekung?menurut apa yg ustazah saya ajar zmn sekolah dulu batal solat kalau dahi berlapik dengan telekung.

maaf andai soalan ini soalan ulangan..mungkin kelalaian saya tak cari betul2 dlm arkib
tq

**************
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr hajime81 dengan kadar yang termampu, Insyaallah.

Memang ada didalam Soal-Jawab yang menyentuh sujud yang terhalang. Anda boleh search menggunakan keyword "sujud AND terhalang". Walaubagaimana pun, kami akan cuba menjawabnya dengan ringkas, dan untuk perbahasan selanjutnya , sila rujuk kepada Soalan yang telah dijawab oleh Ustaz Pendekar didalam 2 url dibawah (rujukan).

Dua minggu lepas didalam satu kursus kemantapan solat juga saya telah mendengar akan masalah ini dari seorang ustaz yang terkenal. Katanya, barang-barang yang mengikut pergerakan kita (contohnya : kopiah, serban dsb) didalam solat, jika ia menghalang dahi dari mencecah tempat sujud, maka batal sujud tersebut. Pengecualian ini diberikan kepada pihak perempuan yang dahinya kemungkinan besar akan sujud diatas telekung masing-masing.

Pandangan ini wujud didalam setengah-setengah pandangan Mazhab Syafie. Menurut Markas fatwa pemimpinan Dr Abdullah Al-Faqih :-

وذهب الشافعية إلى وجوب كشف ما يقع عليه الاسم من الجبهة فيباشر به موضع السجود، فإن سجد على كور عمامته أو طرف كمه أو طرف عمامته وهما يتحركان بحركته في القيام والقعود أو غيرهما لم تصح صلاته أما لو سجد على شيء فنفصل عنه فصلاته صحيحة، والأحوط كشف الجبهة ومباشرتها لموضع السجود.

"Al-Syafie mewajibkan singkap (terbuka) atas apa yang dinamakan dahi mengambil tempat sujud, maka sujud diatas pelapik serban, atau dihujung lengan baju (sleeve) atau diekor serban, dimana ia bergerak sama semasa berdiri (qiam) dan duduk atau selain kedua-duanya, akan menyebabkan solat tidak sah, akan tetapi jika kita dapat pisahkan (asingkan) sesuatu dari sujud maka sahlah solat tersebut, dan perhatian yang lebih harus diberikan kepada keterbukaan dahi."

Terdapat khilaf didalam permasalahan ini. Disana terdapat beberapa hadith yang menunjukkan para sahabat semasa sedang bersolat dicuaca yang sangat panas, menyampaikan kain pakaiannya untuk melapis sujudnya agar boleh menahan kepanasan permukaan bumi. Salah satu syarat didalam sujud ialah, dahi mestilah menekan dipermukaan bumi secara padat (firm) dan bukannya sikit-sikit, maka para sahabat pun melapikkan permukaan yang panas dengan kainnya dengan bersujud dengan sempurna. Dari Anas ib Malik ra berkata :

حدثنا يحيى بن يحيى حدثنا بشر بن المفضل عن غالب القطان عن بكر بن عبد الله عن أنس بن مالك قال : (كنا نصلي مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في شدة الحر فإذا لم يستطع أحدنا أن يمكن جبهته من الأرض بسط ثوبه فسجد عليه).

"Kami pernah bersolat dengan nabi saw ketika didalam cuaca yang sangat panas, dan jika salah seorang dari kami tidak dapat meletakkan dahinya mampat ke bumi, dia akan meluaskan kain pakaiannya dan sujud diatasnya" - [Hadith riwayat al-Bukhaari dan Muslim ]

Dari hadith ini juga kita dapat lihat bahawa pakaian yang dipakai juga bergerak mengikut pergerakan solat kita. Namun demikan, rasulullah saw tidak melarang mereka dari menggunakan pakaian tersebut melapik dahi ketika solat. Terdapat juga hadith-hadith lain yang membenarkab perbuatan ini. Kami petik dua hadith yang dipaparkan oleh Ustaz Pendekar didalam jawapan beliau :-

Hadis 01 : Sabda Rasulullah s.a.w :

أمرت أن أسجد على سبع و لا أكفت الشعر و لا الثياب الجبهة و الأنف و اليدين و الركبتين و القدمين

Ertinya : Aku telah diperintahkan agar sujud dengan 7 anggota iaitu (1) Dahi (2) Hidung (3) Kedua-dua tangan (4) Kedua-dua lutut dan (5) Kedua-dua kaki serta aku juga dilarang menyelak / menepis rambut dari muka dan pakaian ( Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim rh ).

Hadis 02 : Sabda Rasulullah s.a.w :

أمرنا أن نسجد على سبعة أعظم و لا نكف ثوبا و لا شعرا

Ertinya : Kita semua telah diperintahkan sujud di atas 7 anggota, dan jangan kita menepis baju dan jangan pula kita menyelak rambut . ( Hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari rh, Lihat juga di dalam Fathul Bari { 2 } : 200 , Nailul Autor { 2 } : 286 ).

Apa yang paling penting disini ialah kesempurnaan sujud, pastikan dahi sujud mampat ke mukabumi. Bagi kaum lelaki, untuk mengelakkan khilaf ini, jika semasa sujud didapati kopiah menghalang sujud, cubalah alihkan sedikit agar membenarkan dahi mencecah tempat sujud tersebut. Namun demikian, tidaklah perkara ini sampai membatalkan solat sebagaimana yang dikhabarkan oleh hadith diatas. Jumhur ulama' termasuk Maliki, Hanbali, hanafi kumpulan Salaf, Al-Sya'abi, Al-Auzaahi, mengatakan sujud diatas pakaian solatnya sah, dan Imam Syawkani mengatakan didalam bukunya Nailul Authar bahawa hadith yang melarang sujud yang sedemikian yang disandarkan oleh mazhab Syafie adalah dhaif. WA.

wassalam
===============
Rujukan :

1. SJ-1727 : SUJUD TERHALANG & MENGGUGURKAN
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=7609

2. SJ-1723 : SOF WANITA & SUJUD BERLAPIK
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=7547

3. Markaz Fatawa biIsyraaf Dr Abdullah Al-Faqih. المختار مباشرة الجبهة للأرض حال السجود. url : http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=18709&Option=FatwaId

wassalam

3 comments:

Ustaz firdaus said...

Maklumat tuan dan percubaan merumus tak tepat. Hdis sbg dhoif tak tepat. Harap betul2 faqih sebelum beri jawapan

nawal said...

bagi orang yang berniqab macam mana? sbb ada juga yang memakai niqab yang menutup dahi...

jgn plak pakai niqab tp solat xsah

nawal said...

bagi orang yang berniqab macam mana? sbb ada juga yang memakai niqab yang menutup dahi...

jgn plak pakai niqab tp solat xsah

Post a Comment