Sunday, January 18, 2009

Solat Istikharah

Assalamualaikum,

1. Apakah perlu kita tidur dahulu sebelum solat isthikharah (spt yg digalakkan sblm solat Tahajud) ?

2. Bolehkah solat isthikharah dilakukan pada bila2 masa? Apakah bacaan yg sesuai selepas fatihah?

3. Doa selepas solat isthikharah lebih afdhal dibaca sewaktu dlm sujud terakhir , selepas tahiyat akhir sblm salam ataupun selepas memberi salam? (kerana kita hanya akan melafaz/mengingati ttg perkara yg kita mohon pentunjuk itu ketika mbaca doa tersebut : "Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..)

Sekian.

***************
Jawapan:

1. Tidak ada waktu khusus bagi solat Istikharah. Boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai. Cuma kalau seseorang itu memilih waktu yang mustajab untuk melakukan solat istikharah ia adalah suatu pilihan yang baik. Antara waktu mustajab itu ialah 1/3 akhir malam berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah RA.

ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى سماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل الآخر, فيقول: من يدعوني فأستجيب له, من يسألني فأعطيه, من يستغفرني فأغفرله

Maksudnya: “Allah SWT turun ke langit dunia ketika 1/3 akhir malam pada setiap malam, lalu berfirman: “Sesiapa yang memohon kepada aku (ketika ini), aku akan memperkenankannya, sesiapa yang meminta kepada ku, aku akan memberikannya, sesiapa yang memohon ampun kepadaku aku akan mengampunkannya.”

Persoalan: Bolehkan solat Istikharah dilakukan ketika waktu-waktu yang dilarang solat?

Jawapan: Asalnya solat sunat dilarang dilakukan pada waktu-waktu yang dilarang, melainkan sebahagian para ulama mengecualikan solat sunat yang dilakukan kerana bersebab seperti solat tahiyyatul masjid, solat sunat wudhu dan termasuk solat sunat Istikharah.

Maka jika ada keperluan yang mendesak untuk dilakukan segera solat istikharah itu, lakukanlah ia pada bila-bila masa. Namun jika ada kelapangan untuk melakukannya, lakukanlah ia pada waktu yang mustajab dan jauh dari waktu yang dilarang. (Sila rujuk kitab al-Syeikh ‘Adnan Muhammad ‘Ar’uur, Thalatha Solawat Mahjurah, Dar al-Tabi’ien bi al-Riyadh, m.s. 41-42)

2. Waktunya solat istikharah seperti yang telah dijelaskan di atas. Adapun tentang bacaan selepas al-Fatihah, dia boleh membaca apa-apa surah ataupun ayat al-Quran yang mudah baginya dan sesuai.

3. Doa bagi solat sunat Istikharah yang diajarkan oleh Nabi SAW tempatnya adalah selepas daripada salam berdasarkan sabdaan baginda:

فليركع ركعتين من غير فريضة ثم ليقل...

Maksudnya: “(orang yang punyai hajat untuk beristikharah) hendaklah dia solat dua rakaat sunat, kemudian dia membaca… (doa yang diajarkan oleh Nabi SAW)” (HR al-Bukhari, Ahmad dan selain mereka)

Bukti dalam perkara ini:

Pertama: Perkataan Nabi SAW: “Hendaklah dia solat dua rakaat sunat…” yakni setelah selesai dua rakaat.

Kedua: Perkataan Nabi SAW: “kemudian membaca doa (yang diajar).” Perkataan ثُمَّ yang bermaksud kemudian menunjukkan ia dilakukan selepas selesai solat dan berturutan (lepas solat). Namun ada juga pandangan ulama yang mengatakan doa itu dibaca sebelum salam. Akan tetapi berdasarkan pemilih oleh al-Syeikh ‘Adnan Muhammad ‘Ar’uun adalah seperti yang saya nyatakan di atas.

Wallahu a’lam.

Ustaz Abdul Kadir, IQ

8 comments:

Anonymous said...

wallahu a"lam,,,,

Anonymous said...

kerjakn lah solat ini pd bla2 msa,,nsya ALLAH,,,sgla bjln lncar,,,

Unknown said...

bilakah bacaan tahiyyat akhir dibaca dalam solat sunat dan solat istikharah? please tell me about this solat step by step

Pendosa ingin kesyurga said...

Assalammualaikum,saya ingin bertanya,saya kenal dengan seorang perempuan nie dah lama,dan kami bercinta,selama kami bercinta kami tinggal berdekatan dan rasa sngt bahagia sehingga kami bercadang untuk bernikah dan uruskan borang sehingga selesai,seminggu pada urusan tuh,saya terpaksa balik ke pahang,tapi dia cuba menghalang saya,dan saya pilih untuk pulang ke pahang,dan saya berjanji dgn dia untuk pulang selama 3hari dlm bulan10,saya pun gerak pulang pahang dan hari demi hari pon berlalu,dia ada bertanya bila saya akan pulang semula ke kedah dan teruskan kerja disana,saya pon terangkan sedikit demi sedikit,selepas kejadian tuh,saya perasan dirj saya dah makin jauh berubah sehingga ada berapa kali saya hilangkan diri 2@3 hari pastu saya muncul semula,xlama pada tuh perkara yg sama saya lakukan,pastu muncul semula,lepas saya muncul semua saya tersedar kesilapan saya yg jauh abaikan dia,dlm saat itu saya pon perasan dia sngt lain,bila saya call xangkat,saya whatapp dia sekadar ryply ala kadar saja.dan saya sngt terasa menyesal saat tuh dan sehingga kini dia block semua dari saya..tapi ape yg saya rasa di hati sngt yakin dia masih lagi setia dgn saya dan mengharap saya pulang ke sana dan teruskan kerja dan selesai urusan nikah..kini hampir seminggu lebih dia dah block saya tapi hati saya yakin dgn kuat dia dia masih setia menanti saya,dan skrg saya amalkan solat istikarah dan hati saya rasa sngt yakin dia masih menanti saya,harap faham story saya dan maaf sbb nk ringkaskan ..soalan saya ape yg patut lakukan dan dan bagaimana cara untuk saya mulakan diri saya untuk teruskan urusan nikah sedangkan keadaan ekonomi saya sudah terduduk dan habis segalanya...

Post a Comment