Sunday, January 18, 2009

Solat Sunah Tasbih?

Adakah sahih solat sunat tasbih?

***********************
Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat sunat Tasbih. Sebahagian berpendapat ianya disyariatkan dan sebahagian mengatakan tidak disyariatkan.

Perbezaan ini timbul disebabkan mereka berbeza dalam mensahih dan mendhoiefkan (melemahkan) hadith-hadith yang menerangkan tentang solat tasbih.

Maka dalam persoalan sebegini, setiap umat Islam tidak boleh membantah saudaranya yang berbeza pendapat dengannya. Siapa yang hendak lakukan solat sunat tasbih dia boleh lakukan, dan sesiapa yang tidak mahu, dia tidak boleh membantah orang yang melakukannya, demikianlah sebaliknya.

wallahu a'lam.

Ustaz Abdul Kadir, IQ

0 comments:

Post a Comment