Friday, January 23, 2009

Pegang Al-Quran Dan Menangis Ketika Solat

Wassalam

Bolehkah seseorang yang sedang solat memegang musyhaf al-Qur:an dengan niat untuk membacanya di dalam solat dan juga menangis dalam solat kerana kesedihan?

**********************
thtl

Wassalam

al-Jawab:

1. Memegang musyhaf ketika solat dgn niat membacanya dalam solat.
Hukumnya boleh, cuma untuk solat sunat di mana dia tidak ada surah panjang yang dihafalnya.

Dalilnya: al-Qasim meriwayatkan dari Aisyah ra bahawa Aisyah pernah solat di bulan Ramadhan dengan membaca langsung dari musyhaf (al-Qasim ialah al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar alSiddiq, wafat 101H) dikeluarkan oleh Abdul Razzaq dalam alMusanaf (2/230) dan juga dari al-Qasim, pernah Aisyah diimami oleh pembantunya yang membaca dari musyhaf (al-Bukhari, kitab adzan, Ibn Abi Syaibah dalam alMusanif (2/338)

Syaikh Soleh al-Uthaimiin pula tidak menggalakkan kerana pemegang musyhaf akan membuka perkara2 yg tidak diingini, antaranya:

1. pemegang musyhaf tidak akan melihat tempat sujud, walhal pesolat hendaklah sentiasa fokus kepada tempat sujud

2. kedua tangannya tidak bisa lagi bersedekap di atas dada atau lurus sebagaimana biasa

3. banyak melakukan pergerakan misalnya biji matanya yg membaca musyhaf dan jarinya yang membalikkan helaian musyhaf. Maka aku nasihatkan janganlah berbuat demikian. Fatawa syaikh Saleh al-Uthaimiin, 1994: Riyadh, Dar -Alam Kutub. sekian

2. Menangis dalam solat kerana kesedihan lantaran takut akan Allah atau kerana gambaran Neraka, azab kubur dan mahsyar, adalah baik dan terpuji dna merupakan petanda khusyu'.
Dalilnya: "Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis "AQT Maryam (Mary) 58 sekian WA

0 comments:

Post a Comment