APAKAH HUKUM KUATKAN BACAAN DALAM MAGHRIB & ISYAK
APAKAH HUKUM MENGUATKAN BACAAN DALAM SOLAT MAGHRIB DAN ISYA',
APAKAH DALIL YANG MENYOKONG BAHAWA PERLU DIBACA SECARA KUAT PADA 2 RAKAAT PERTAMA SOLAT MAGHRIB DAN ISYA' SECARA PERSEORANGAN(BUKAN SECARA BERJAMAAH).
**********************
alitantawi
setakat ana tahu...
hukum menguatkan bacaan dalam solat maghrib,isyak dan subuh adalah sunat dan tidak wajib. dalilnya adalah amalan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW sepanjang beliau solat. wallahu a'lam.
******************
Tambahan thtl
Dalilnya yang masyhur ialah "Syallu kama ra`aitumuunii Usyalli" maksudnya "solatlah kamu sekelian sebagaimana kalian lihat aku solat."
[HR Bukhari-Muslim]
Lajnah Daaimah lil Buhuth KSA memfatwakan tatacara kuat perlahan itu hukumnya sunnah dan umat Islam disyari'atkan mengikuti sunnah ini. (Jld 6/392)
Dr Abdul Karim Zaidan dalam al-Mufassal, madzhab Ahmad menetapkan, seseorang yg solat secara sendirian mempunyai pilihan samada nak baca kuat atau perlahan (1/220)
Maka, sunnah ini diberatkan dalam solat berjama'ah tapi dilonggarkan dalam solat sendirian. Sekian
Friday, January 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
mintak izin share ya~
nak share jgak
Tak perlu mintak izin, sila hebahkan...
Ilmu agama bukan milik individu, ia milik bersama.
apa pula hukum menguatkan bacaan pada 2 rakaat pertama solat zohor dan asar
Zuhur dan 'asar adalah solat sirr (bacaan perlahan)
maghrib, isyak dan subuh adalah solat jahr (baca kuat)
Kalau kita baca kuat dalam solat sirr bermakna kita tidak mengikut sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah saw, bererti juga kita melanggar perintah Rasul hukumnya haram dan berdosa.
Apa tujuannya solat itu ada yang jahr ada yang sirr tidak dijelaskan, kita hanya dengar dan kita patuh.
bacaan sirr adalah bacaan perlahan dengan menggerakan bibir dan lidah, sekadar boleh dengar sendiri bukan baca dalam hati. WA
Zohor N asar kne bace sekadar dgr dri sendiri ea. Yg alfatihah pn kne
Time jemaah kt masjid. Imam pki mic. Xdgr plak imam bace even untuk diri sendiri pn kite leh dgr klunimam tu gune mic. Leh jelas kn x? Makim confuse. Tq
Soklan atas Untuk solat zohor n asar
salam,,maaf,,utk soalan anonymous,,bacaan fatihah hendaklah dibaca hanya sekadar die sendiri dgr,,,sekiranya die baca dlm hati,,maka tidak sah solat tersebut,,sbb fatihah adalah termasuk dlm rukun qauli(berkata) bkn rukun qalbi(dlm hati)jadi bile baca fatihah hendaklah ia mbaca hanya die shj yg dgr,,,bkn utk org lain,,,sekiranya salah tolg betulkan,,,
maaf,,jawapan yg atas tu dr sy,,,
Post a Comment